Acara basikal ‘Brompton DownTown Hunt 2015’ yang sepatutnya berlangsung pada 16 September ditunda pada 27 September.

Penganjur Van’s Urban Bicycle Co. dalam satu kenyataan yang dimuat naik di Facebook baru-baru ini berkata penundaan berikut susulan perancangan penganjuran satu acara lain pada tarikh yang sama.

AstroAwani.com sebelum ini melaporkan pada 16 September Perhimpunan Padang Merbok akan diteruskan meskipun permit daripada pihak berkuasa masih belum diperolehi.

“Kami dikhabarkan dari sumber-sumber kami, termasuk laporan media, bahawa satu acara mungkin akan berlangsung di Kuala Lumpur pada waktu yang sama dengan acara Brompton Downtown Hunt 2015 pada hari Rabu, 16 September yang boleh menjejaskan kelancaran dan keselamatan peserta kami.

“Kami telah memutuskan untuk menangguhkan acara berkenaan pada 27 September, 2015,” kata kenyataan itu.

Menurut Van’s Urban Bicycle Co., keputusan dicapai selepas rundingan dengan pihak berkuasa.

Berikut adalah kenyataan penuh oleh Van Urban Bicycle Co.:

Brompton DownTown Hunt 2015’
Sumber: Facebook/Van’s Urban Bicycle Co.