Tanggal 16 September merupakan hari yang amat bermakna untuk rakyat Sarawak kerana hari itulah Sarawak telah bersama-sama Malaya, Sabah dan Singapura membentuk sebuah negara bernama Malaysia pada tahun 1963, kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.
Beliau berkata bersama Malaysia, banyak kejayaan dan kemajuan yang telah dikecapi, khususnya dari sudut pembangunan.
"Walaupun tidak begitu menyeluruh disebabkan oleh beberapa kekangan termasuklah masalah keselamatan pada awal pembentukan, di mana kita menghadapi konfrontasi daripada Indonesia dan ancaman komunis hinggalah kita berjaya menubuhkan kerajaan yang stabil pada 70-an.
"Hingga sekarang, kita telah dapat mengadakan beberapa hala tuju pembangunan yang berkisar kepada pembangunan luar bandar lebih-lebih lagi dari sudut pendidikan dan Sarawak telah membangun menerusi Yayasan Sarawak serta institusi pengajian yang telah diwujudkan," katanya kepada pemberita di sini pada Sabtu.
Abang Johari juga memanjatkan rasa kesyukuran kerana menurutnya, dalam masa 56 tahun, walaupun menghadapi pelbagai rintangan, Sarawak telah berjaya membangun sepertimana yang dapat lihat pada hari ini.
"Perancangan untuk membangunkan lagi Sarawak sentiasa ada namun ia lebih mencabar kerana wujudnya teknologi yang bergerak seiringan dengan peredaran zaman.
"Maka kita hendaklah menyesuaikan pembangunan Sarawak melalui era baharu, kerajaan Sarawak walaupun tidak bersama satu platform dengan kerajaan Pusat tetapi tetap bersedia untuk bekerjasama," katanya.
Beliau yakin dengan adanya hala tuju yang betul, perpaduan rakyat yang berbilang kaum dan agama di negara ini mampu menjadikan Malaysia lebih maju.
"Saya percaya masa depan Malaysia sangat cerah dan kalau Sarawak mampu menjadi sebuah negeri aman dan makmur, maka Malaysia juga akan menjadi aman dan makmur," katanya.
"Bagi pihak kerajaan Sarawak, saya mengucapkan Selamat Hari Malaysia. Marilah kita merapatkan perpaduan kita dan mempunyai hala tuju yang sama, demi masa depan yang gemilang untuk generasi yang akan datang," tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 14 2019

ABANG JOHARI: Perancangan untuk membangunkan lagi Sarawak sentiasa ada namun ia lebih mencabar kerana wujudnya teknologi yang bergerak seiringan dengan peredaran zaman. -Gambar fail
Dua maut dalam kemalangan babit sebuah kereta, empat motosikal
Dua penunggang motosikal maut dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta dan empat motosikal di kilometer 84, jalan Kota Tinggi-Kluang, Kluang tengah malam Ahad.
KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menerusi Jabatan Landskap Negara (JLN) menyasarkan pembinaan 112 Taman Rekreasi MADANI (TRM) di seluruh negara pada tahun ini.
Timbalan menterinya Datuk Aiman Athirah Sabu berkata ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.
Timbalan menterinya Datuk Aiman Athirah Sabu berkata ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Sarawak capai kejayaan dalam elektrifikasi luar bandar dengan peluasan grid RES di Daro
Julaihi berkata projek itu akan membekalkan tenaga elektrik kepada 186 isi rumah di lapan kampung.

2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja
Peluru 66mm (B-63) yang dipercayai peninggalan perang itu meletup pada Sabtu di Kampung Kranhong, Komun Ta Siem, Daerah Svay Leu.

Kerajaan peruntuk RM16.21 juta bagi pembangunan Orang Asli di Johor
Peruntukan menerusi JAKOA itu meliputi pelaksanaan pelbagai program ekonomi, keusahawanan, bantuan perumahan, pembangunan infrastruktur.

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

Hari Malaysia sama penting dengan Hari Kebangsaan, perlu dijiwai oleh setiap rakyat
Hari Malaysia yang disambut pada 16 Sept setiap tahun mempunyai signifikan yang sama dengan sambutan Hari Kebangsaan.

Kira-kira 20,000 pengunjung dijangka meriahkan Sambutan Hari Malaysia 2022 di Melaka
Sambutan Hari Malaysia 2022 akan berlangsung di hadapan Memorial Pengisytiharaan Kemerdekaan di Bandar Hilir pada 16 September.

Sibu tuan rumah Hari Malaysia 2020
Bertemakan Malaysia Prihatin Sibu dipilih jadi tuan rumah sambutan Hari Malaysia 2020.

16 Sept hari bermakna untuk rakyat Sarawak - Abang Jo
Tanggal 16 September merupakan hari yang amat bermakna untuk rakyat Sarawak kerana hari itulah Sarawak telah bersama-sama Malaya, Sabah dan Singapura membentuk sebuah negara bernama Malaysia.

Peniaga 'roti terbang' zahir semangat merdeka dengan berpakaian Jalur Gemilang
Sebelum ini, dia hanya menghias gerai dengan pelbagai saiz Jalur Gemilang, namun, tahun ini, dia turut mengenakan pakaian berkaitan semangat patriotik kepada negara bagi menampilkan kelainan.

Acara basikal 'Bromptown Downtown Hunt 2015' ditangguh
Acara basikal 'Brompton DownTown Hunt 2015' yang sepatutnya berlangsung pada 16 September kini ditunda ke 27 September.

16 September 1963 bermulanya sebuah negara
Malaysia ditubuhkan secara rasmi pada tanggal 16 September 1963 dengan gabungan Singapura, Sabah dan Sarawak.