Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mahu pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) ditangguhkan serta merta bagi membolehkan kajian, perancangan dan persiapan infrastruktur dibuat sebaik mungkin.
Menurut presidennya Amidi Abdul Manan, PBS adalah satu lonjakan besar dalam sistem pendidikan negara.
“Masyarakat yang telah terbiasa dengan sistem pendidikan berorientasikan peperiksaan perlu diberikan penerangan yang mencukupi dari segala sudut.
“Begitu juga dengan para pemimpin terutamanya Menteri Pendidikan Pertama dan Kedua serta para pegawai Kementerian Pendidikan perlu menghayati konsep dan kaedah pelaksanaan PBS ini bagi menjamin keutuhannya,” kata beliau dalam satu kenyataan.
Tambah Amidi, tujuh perkara di bawah perlu diselesaikan sebelum pelaksanaan PBS:
1. Kajian yang menyeluruh serta model pelaksanaan diuji sepenuhnya bagi menjangka segala keperluan serta faktor perencat kepada PBS ini.
2. Penerangan yang jelas dan menyeluruh kepada semua lapisan rakyat Malaysia khususnya melibatkan pihak PIBG harus dilakukan demi mengelakkan kekeliruan dan percanggahan maklumat di setiap peringkat pelaksanaan serta untuk memastikan aspirasi besar dari dasar ini benar-benar difahami oleh ibu-bapa.
3. Latihan dan kursus berkaitan pentaksiran seperti pembinaan instrumen yang sesuai dan berkesan diberikan kepada para guru. Begitu juga latihan dalam membina kaedah pengajaran dan pengujian bagi mentafsir dokumen yang diperlukan.
4. Pemantapan struktur pentadbiran dan organisasi di Kementerian Pendidikan yang mengikut keperluan PBS seperti kewujudan kelompok guru pakar yang betul-betul boleh memberi bimbingan yang berkesan.
5. Mengupaya Pejabat Pendidikan Daerah di seluruh negara agar mampu menjadi tempat rujuk dan pemain barisan hadapan dalam pelaksanaan PBS ini.
6. Bilangan murid dalam kelas sesuai dengan pelaksanaan PBS ini. Nisbah hanya wajar mengambil kira jumlah guru yang terlibat dalam sesi pembelajaran dan pengajaran (PdP) sahaja. Maka jumlah guru dan bilangan sekolah perlu ditambah mengikut keperluan lokaliti.
7. Sistem sokongan guru dalam melaksanakan PBS perlu dilengkapkan terlebih dahulu bagi menjamin kelancaran pelaksanaannya.
Tambah beliau, sebarang perubahan yang bersifat populis perlu dihindari termasuk keghairahan mahu meninggalkan legasi yangdisifatkan boleh merencatkan sistem pendidikan.
“ABIM juga menyarankan agar sebarang penambahbaikan dan perubahan pada mana-mana peringkat dalam sistem pendidikan samada dasar, pengurusan mahu pun prasarana hendaklah menerusi satu kajian yang utuh demi kebaikan dan manfaat generasi masa hadapan,” kata beliau.
PBS bakal menggantikan Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah PMR yang dijalankan sehingga 9 Oktober 2013.
Astro Awani
Tue Feb 18 2014

Masyarakat telah terbiasa dengan sistem pendidikan berorientasikan peperiksaan

Kerajaan tidak bercadang semak semula kadar cukai pendapatan syarikat buat masa ini - Kementerian Kewangan
Buat masa ini, kerajaan tidak berhasrat untuk menyemak semula kadar cukai pendapatan syarikat, menurut Kementerian Kewangan.

Revolusi kewangan United, pejabat London bakal tutup?
Kelab tersebut sedang mengkaji semula keperluan pejabat mereka di London dan potensi penjimatan yang boleh dilakukan.

Presiden Palestin sambut baik pelan Mesir bina semula Gaza, gesa AS sokong
Pemimpin negara-negara Arab berkumpul di Kaherah pada 4 Mac untuk membincangkan satu pelan alternatif bagi membangunkan semula Gaza tanpa mengusir penduduknya.

Imam Besar Al-Azhar seru Sidang Kemuncak Liga Arab ambil 'pendirian sepakat' mengenai Gaza
Imam Besar Al-Azhar, pada Selasa menggesa pemimpin Arab agar mengambil "pendirian sebulat suara" terhadap rancangan untuk memindahkan penduduk Palestin dari Semenanjung Gaza.

JDT kekang kuasa Buriram di laman sendiri
Pasukan tuan rumah berdepan isu penyudah yang tumpul, selain cabaran untuk mengatasi disiplin bertahan yang kukuh ditunjukkan JDT.

VM2026: Tourism Malaysia pergiat usaha tarik pelancong India
Pada 19 Februari, Malaysia melancarkan kempen pelancongan berskala besar di India sempena pameran pelancongan terkemuka di New Delhi.

Anggota JPJ diminta kukuhkan semangat berpasukan, berintegriti jalankan tanggungjawab
Ketua Pengarah JPJ berkata, ia penting sebagai persediaan dalam menghadapi cabaran lebih besar pada tahun ini.

Petani UK rancang protes baharu di London bantah cukai warisan
Protes kali ini akan diadakan kebanyakannya dengan berjalan kaki, selepas pihak polis mengehadkan jumlah traktor yang dibenarkan masuk berikutan gangguan lalu lintas.

Perubahan iklim tingkatkan risiko kebakaran bandar - Kajian
Ketika suhu global terus meningkat akibat perubahan iklim, bandar-bandar dijangka berdepan risiko kebakaran yang semakin meningkat.
10 Berita Pilihan - (4 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Usaha babitkan perjuangan Palestin tidak wajar dipersoal - ABIM
Usaha itu turut digembleng bersama sumbangan peribadi rakyat Malaysia yang prihatin serta memperlihatkan solidariti nasional.

ABIM saran orang ramai supaya lebih cakna, empati terhadap OKU
ABIM tuntut kerajaan dan swasta beri peluang pekerjaan kepada golongan OKU dengan sasaran satu peratus daripada keseluruhan pekerja.

ABIM sokong waran tangkap ICC terhadap pemimpin Israel
Keputusan itu dianggap satu pencapaian penting dalam usaha global menuntut keadilan untuk rakyat Palestin yang terkesan akibat kekejaman Israel.

Masyarakat perlu terjemah seluasnya pemikiran Allahyarham Siddiq Fadzil - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata banyak fikrah Allahyarham Siddiq digunakan dalam gerak kerja beliau sepanjang berada di tampuk kepimpinan dalam kerajaan selama ini.

Isu pendidikan, cabaran negara dibincang dengan Dewan Da'wah Islamiyah Indonesia - Fadhlina
Isu pendidikan dan cabaran membina negara khususnya mempertahankan nilai, moral dan agama dibincangkan antara KPM dan Dewan Da'wah Islamiyah Indonesia.

Konsep Islam dan kesederhanaan fokus utama Simposium Antarabangsa MADANI
Konsep kesederhanaan dalam Islam menjadi antara fokus utama perbincangan Simposium Antarabangsa MADANI anjuran Universiti Islam Malaysia (USIM) pada 3 dan 4 Julai ini.

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: ABIM gesa rakyat bertenang, serah siasatan kepada PDRM
ABIM menggesa rakyat untuk bertenang dan menyerahkan sepenuhnya siasatan serta tindakan kepada PDRM serta pihak berkuasa berkaitan.

Telaga tiub undang risiko mendapan tanah di Kelantan - ABIM
ABIM Kelantan melahirkan rasa kebimbangan terhadap fenomena penggalian telaga tiub di negeri ini yang dikhuatiri boleh mengundang risiko berlakunya mendapan tanah.

KPM akan umum pengambilan guru baharu dalam masa terdekat
Kementerian Pendidikan (KPM) akan membuat pengumuman berhubung pengambilan guru baharu dalam masa terdekat, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.

Resolusi UNSC mengenai tahanan mesti libatkan tahanan Palestin dipenjara Israel - ABIM
Resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) mengenai gencatan senjata dan pembebasan tahanan mesti dilihat dalam dimensi yang menyeluruh.