Bekas tentera, Mohd Noor Yaacob, 84, tidak dapat melupakan peristiwa menjadi perajurit berbangsa Melayu pertama dititah Yang di-Pertuan Agong Ketujuh Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri'Ayatuddin Al-Mu'adzam Shah agar perkhidmatannya dalam tentera disambung sehingga beliau mencapai umur 50 tahun.
Mohd Noor berkata beliau menerima titah itu ketika Almarhum Seri Paduka berkenan melawat Latihan Gonzales II yang disertainya di Kuala Dungun, Terengganu pada 18 Feb 1980.
Mesra disapa 'Abe Nor', Mohd Noor berkata dalam lawatan itu Almarhum Seri Paduka sempat beramah mesra dengannya termasuk bertanyakan tempoh perkhidmatan beliau dalam tugas.
"Saya memberitahu Seri Paduka, latihan itu merupakan latihan terakhir saya sebelum bersara memandangkan umur (saya) ketika itu sudahpun mencapai 45 tahun dan (sepatutnya telah) wajib bersara.
"Bagaimanapun, Seri Paduka bertitah 'mana boleh' dan menyatakan saya perlu berkhidmat lagi sambil menitahkan kepada seorang pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk menyambung perkhidmatan saya selama lima tahun lagi dan ia berkuat kuasa serta-merta," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Sambutan Ambang Kemerdekaan 2019 yang dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Pakar KPJ Perdana Kota Bharu Zawari Abdullah di Hospital Pakar KPJ Perdana di sini, hari ini.
Majlis yang disertai lebih 100 kakitangan hospital swasta itu dimulakan dengan aktiviti senamrobik dan diikuti dengan perkongsian pengalaman oleh Mohd Noor.
Mengulas lanjut, bapa kepada 10 anak itu berkata beliau memulakan khidmatnya dalam Tentera British pada 1953 sebelum berkhidmat dengan Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dari 1958 sehingga 1970 sebelum bersara sebagai Pegawai Waran II (PWII) pada 1985.
Mohd Noor berkata sepanjang berkhidmat hampir 30 tahun dalam bidang ketenteraan, antara pengalaman yang tidak dapat dilupakannya termasuklah terpaksa mengutip cebisan mayat 14 rakan seperjuangannya yang terkorban dalam serangan hendap oleh komunis di Kampung Pasir Lundu, Sarawak pada 1970.
"Mereka yang terkorban sebenarnya dalam perjalanan pulang ke Kem Lundu selepas menghantar barang catuan ke sebuah kem lain, namun dipertengahan jalan mereka diserang hendap oleh segerombolan komunis dan tidak mampu melawan sehingga ada yang terhumban jatuh daripada lori.
"Saya dan anggota lain kemudiannya diarahkan untuk menghantar pertolongan dan antara yang paling diingati apabila saya terpaksa memasukkan semula biji mata rakan yang terkeluar akibat serangan hendap itu," katanya.
Mohd Noor yang merupakan Ketua Cawangan Persatuan Veteran Tentera Malaysia cawangan Ketereh berkata banyak pengorbanan yang telah dilakukan oleh perwira negara untuk mencapai kemerdekaan termasuk mengorbankan nyawa sendiri demi mempertahankan negara.
"Hingga kini, dua peluru penabur yang masih tertanam di siku kiri saya selepas terkena 'tembakan curi' komunis ketika sedang beroperasi di Serian, Sarawak pada 1965," katanya.
Beliau turut menasihati generasi muda masa kini supaya mengukuhkan perpaduan tanpa mengira latar belakang kaum dan agama selain tidak melakukan perkara yang akan mendatangkan kemudaratan agar kemerdekaan yang dikecapi dan dinikmati hari ini dapat dipertahankan selamanya.
"Benarlah kita merdeka tanpa titisan darah tetapi selepas merdeka anggota tentera kita bersusah-payah terutama apabila terpaksa berhadapan dengan komunis.
"Tiap-tiap hari askar kita kena serang hendap di sana sini, sebab itu saya menyeru kita semua supaya menjaga dan menyayangi tanah air kita," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 29 2019
Antara pengalaman yang tidak dapat dilupakan Abe Nor termasuklah terpaksa mengutip cebisan mayat 14 rakan seperjuangannya yang terkorban dalam serangan hendap oleh Komunis di Kampung Pasir Lundu, Sarawak pada 1970. - Bernama
Kerajaan teliti kaedah baharu lantikan tetap, pastikan kewangan negara lebih mampan
Kerajaan sedang meneliti kaedah baharu lantikan tetap bagi memastikan pengurusan kewangan negara yang lebih mampan.
PDRM gerak unit skuba forensik, K9 cari telefon, rantai Nur Farah Kartini hari ini
Proses mencari bahan bukti akan dimulakan sekitar jam 9 pagi di kawasan parit berhampiran ladang kelapa sawit berkenaan.
Bangkai pesawat MH17 tanpa sayap imbau kekejaman tragedi menyayat hati
Keadaan serpihan pesawat MH17 Malaysia Airlines (MAS) yang cuba dibina semula tanpa sayap, tayar, ekor dan tempat duduk penumpang cukup menggerunkan sekali gus mengingatkan pada kekejaman yang meragut
VOP akan diselesaikan dalam tempoh sebulan - Ahmad
Pelaksanaan Syarat Perubahan Harga (VOP) susulan penyasaran subsidi diesel dijangka diselesaikan dalam tempoh sebulan lagi, kata Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan.
Industri minyak sawit disaran guna semula sisa untuk bahan api penerbangan mampan - Liew
Industri minyak sawit perlu mengkaji penggunaan semula sisa sebagai stok suapan penting untuk bahan api penerbangan mampan (SAF), di luar penggunaan tradisional minyak sawit.
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
'Abe Nor' askar Melayu pertama dititah bersara pada umur 50 tahun
Mohd Noor menerima titah itu ketika Almarhum Seri Paduka berkenan melawat Latihan Gonzales II yang disertainya di Kuala Dungun, Terengganu pada 18 Feb 1980.