Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim diminta mendedahkan terma perjanjian dengan Bank Islam yang membolehkannya tiba-tiba dikecualikan daripada membayar hutang sebanyak RM70 juta.
Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rafizi Ramli berkata, itu mungkin langkah terbaik Abdul Khalid untuk membersihkan namanya sekali gus mematikan keraguan terhadap integritinya sendiri.
"Abdul Khalid perlu menjelaskan kenapa syarikat yang dikuasai oleh Tan Sri Rashid Manaf mendapat manfaat beratus juta ringgit dari Kerajaan Negeri dalam tempoh sebulan selepas hutangnya diselesaikan dengan Bank Islam dengan rundingan melalui Rashid.
"Jika Abdul Khalid tidak bersedia untuk mendedahkan terma-terma perjanjian dengan Bank Islam, sepatutnya Abdul Khalid failkan saman fitnah terhadap saya di dalam mahkamah sebelum membuat laporan kepada SPRM," katanya dalam satu kenyataan kepada Astro AWANI di sini.
Pejabat Menteri Besar Selangor pada petang Rabu meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat Abdul Khalid Ibrahim mengenai sebarang tuduhan salah laku pentadbiran oleh PKR ke atasnya.
Jelas Rafizi, sehingga kini, Abdul Khalid dilihat tidak mengambil sebarang tindakan mahkamah terhadapnya atau Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.
"Saya percaya ini kerana Abdul Khalid tidak mahu memberi keterangan bersumpah di mahkamah mengenai perjanjian rahsianya dengan Bank Islam.
"Jika Abdul Khalid tidak ada apa-apa yang disembunyikan, maka dia sewajarnya mendedahkannya atau menyaman saya di mahkamah sebelum berakhirnya hari Jumaat," ujarnya.
Dalam pada itu, Rafizi turut menyenaraikan garis masa urusniaga-urusniaga penting yang menjadi asas kepada penyiasatan KEADILAN terhadap integriti Abdul Khalid iaitu:
1. Pada 13 Februari 2014 iaitu 2 minggu selepas 'Langkah Kajang' diumumkan, pendengaran kes rayuan tuntutan hutang Bank Islam terhadap Abdul Khalid di Mahkamah Persekutuan tidak diteruskan dan mahkamah dimaklumkan bahawa kedua-dua pihak sedang merundingkan penyelesaian di luar mahkamah.
2. Pada 26 Februari 2014, Abdul Khalid tiba-tiba mengumumkan bahawa satu memorandum persefahaman (MoU) penstrukturan air telah ditandatangani di antara Kerajaan Selangor dan Kerajaan Persekutuan.
3. Pada 19 Mac 2014, Tropicana Corporation Berhad mengumumkan bahawa ia telah menjual 308.72 ekar tanah yang dibelinya dari Kerajaan Selangor (dalam bulan April 2013) kepada Ecoworld Berhad. Ini bermakna sebanyak 308.72 ekar tanah milik Kerajaan Selangor akhirnya dipindah milik ke syarikat yang dikuasai oleh Tan Sri Rashid Manaf.
4. Pada 25 Mac 2014, Abdul Khalid menandatangani satu lagi MoU dengan Ecoworld Berhad yang menganugerahkan projek pembinaan 2,400 unit rumah pangsa mampu milik di bawah Kerajaan Selangor yang dianggarkan bernilai RM591 juta kepada Ecoworld Berhad.
5. Pada 31 Mac 2014, Bank Islam dan Abdul Khalid memaklumkan kepada mahkamah semasa pengurusan kes bahawa kedua-dua pihak bersetuju untuk tidak meneruskan tindakan undang-undang berikutan penyelesaian di luar mahkamah yang telah dicapai.
6. Pada 23 April 2014, Bank Islam memfailkan circular resolution kepada pemegang saham sebagai sebahagian dari peraturan Bursa Malaysia. Ia turut menyenaraikan perjalanan kes tuntutan baki hutang dari Abdul Khalid. Circular resolution itu turut mengesahkan bahawa Bank Islam telah bersetuju menggugurkan tuntutan saman baki hutang dari Abdul Khalid walaupun 'peguam Bank Islam berpendapat Bank Islam mempunyai kes yang kuat terhadap lawan.'
Sementara itu, Setiausaha Politik Abdul Khalid Ibrahim, Azman Abidin sendiri mengakui bahawa Menteri Besar berjumpa dengan Rashid beberapa kali untuk merundingkan penyelesaian kes hutangnya.
Ujarnya, Rashid adalah bekas peguam Tun Daim Zainuddin dan seorang tokoh korporat yang menguasai Ecoworld dan diketahui rapat dengan Barisan Nasional.
Oleh yang demikian katanya, KEADILAN bertanggungjawab untuk mengarahkan Abdul Khalid menjelaskan:
1. Kenapa hutang beliau berjumlah RM70 juta diselesaikan secara tiba-tiba?
2. Kenapa Abdul Khalid merundingkan penyelesaian ini dengan Rashid?
3. Kenapa Rashid melalui syarikatnya mendapat manfaat beratus juta ringgit melalui urusniaga tanah dan kontrak pembinaan dari Kerajaan Selangor?
Kata Rafizi, sehingga kini, Abdul Khalid mengelak dari memberi penjelasan secara telus kepada pimpinan parti sekali gus meningkatkan keraguan terhadap integritinya.
"Sebab itu, saya tidak Abdul Khalid menghantar laporan KEADILAN kepada SPRM kerana dia sendiri tahu sukar untuk SPRM mengambil sebarang tindakan terhadapnya.
"Rakyat juga tidak akan lupa bahawa dalam kes penyelewengan dana Pusat Fidlot Nasional (NFC), SPRM dari awal-awal lagi mengumumkan bahawa ia bukan rasuah dan Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil didapati tidak bersalah," ujarnya.
Oleh itu kata Rafizi, tindakan Abdul Khalid cuba menggunakan SPRM untuk membersihkan namanya sama seperti SPRM mengumumkan tiada sebarang penyelewengan berlaku di dalam kes NFC.
Jelasnya, apabila fakta mula difahami rakyat, majoriti rakyat Malaysia tidak percaya lagi dengan kenyataan SPRM bahawa tiada unsur penyelewengan di dalam kes NFC.
Astro Awani
Thu Aug 07 2014
RAFIZI: Sehingga kini, Abdul Khalid mengelak dari memberi penjelasan secara telus kepada pimpinan parti sekali gus meningkatkan keraguan terhadap integritinya.
Baki lima anggota 'Bali Nine' bakal dipindahkan ke Australia
Indonesia bersetuju untuk membenarkan lima baki anggota 'Bali Nine' warga Australia yang terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal Indonesia - Bali, dikembalikan ke negara kelahiran mereka itu. Kesemua lima suspek berkenaan yang kini dalam tempoh pemenjaraan seumur hidup di Bali antara sembilan individu yang terbabit dalam kes penyeludupan heroin 8.3 kilogram di pulau berkenaan.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS100 juta Apple
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gempa bumi dengan magnitud 6.4 gegarkan barat Ishikawa, Jepun
Pihak berkuasa menasihatkan agar pemantauan terus dilakukan. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Ugut bunuh Presiden Filipina, Naib Presiden terima sepina
Biro Penyiasatan Nasional (NBI) Filipina hari ini memanggil Naib Presiden, Sara Duterte supaya memberi keterangan mengenai ancaman bunuh ke atas Presiden, Ferdinand Marcos Jr.
PBB amat khuatir serangan di Lubnan semakin memuncak
Suruhanjaya tinggi bagi hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (OHCHR) menyatakan kebimbangan terhadap situasi yang berlaku di rantau Asia Barat terutama di selatan Lubnan yang semakin memuncak.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Rasionalisasi subsidi diesel bukan faktor utama kenaikan kos barangan sektor pembuatan - MOF
Menurut MOF, rekod pencapaian bulanan PMI sektor pembuatan bagi 2024 boleh dianggap lebih baik dan stabil berbanding 2023.
Kerjasama mesti adil, bukan formula elit - PM
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Suruhanjaya Tinggi Malaysia keluar nasihat perjalanan
Rakyat Malaysia di Pakistan dinasihatkan supaya berhati-hati berikutan perarakan di ibu negara Islamabad oleh penyokong bekas perdana menteri Pakistan yang kini menjalani hukuman penjara, Imran Khan.
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh pada Selasa dalam rusuhan oleh penunjuk perasaan yang menuntut supaya bekas Perdana Menteri, Imran Khan, dibebaskan dari penjara.
Masa tepat perkukuh perdagangan AI dan digital Malaysia-Rusia - Nazir Razak
Tan Sri Nazir Razak, Pengerusi ASEAN Business Advisory Council, menyeru kerjasama lebih erat antara Rusia dan ASEAN dalam bidang perdagangan digital, kecerdasan buatan (AI), pasaran karbon, modal teroka, serta keselamatan makanan. Beliau menyifatkan Forum Perniagaan Antarabangsa World of Opportunities Russia-ASEAN sebagai platform strategik untuk memperkukuh hubungan ekonomi, dengan menekankan keutamaan ASEAN menjelang 2025 dan mengundang pelaburan serta kepakaran Rusia.
Aplikasi 'GO by Bank Islam' akan ditamatkan menjelang Nov 2025
Aplikasi ini akan menambah sejumlah ciri-ciri baharu secara berfasa, sebelum aplikasi GO ditamatkan sepenuhnya.
Bank Islam perkenal aplikasi, web perbankan baharu – BIMB
Untuk menggunakan aplikasi BIMB, pengguna perlu mempunyai peranti dengan iOS 13 dan terkini, atau Android 10 dan terbaru.
Pengguna aplikasi GO by Bank Islam disaran kemas kini aplikasi
Ia dilaksana bagi memberikan kelancaran dan kemudahan operasi dalam penggunaan aplikasi, selain mengatasi isu keselamatan.
Abdul Halim Ismail perintis sistem kewangan Islam di Malaysia - CEO Bank Islam
Bapa Perbankan Islam Malaysia, Allahyarham Datuk Abdul Halim Ismail memainkan peranan yang amat signifikan dalam merintis dan mengembangkan sistem kewangan Islam di Malaysia.
Bapa perbankan Islam Malaysia, Abdul Halim Ismail meninggal dunia
Bapa perbankan Islam Malaysia, Datuk Abdul Halim Ismail meninggal dunia pada usia 85 tahun pagi ini.
Pertumbuhan KDNK Malaysia dijangka cecah 6.0 peratus pada suku kedua 2024 - Bank Islam
Bank Islam menjangkakan pertumbuhan KDNK Malaysia akan mencecah 6.0 peratus pada suku kedua 2024.
Bank Islam berjaya kurangkan impak OPR pada 2023
Bank Islam Malaysia Bhd berjaya mengurangkan impak OPR yang tidak berubah seterusnya membawa kepada NIM yang bertambah baik pada tahun lepas.
Bank Rakyat catat keuntungan RM1.76 bilion bagi tahun kewangan 2023
Kumpulan Bank Rakyat mencatatkan keuntungan sebelum cukai dan zakat (PBTZ) lebih tinggi sebanyak RM1.76 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2023.
Bank Islam menjangkakan KDNK Malaysia bagi S3 berkembang 3.2 peratus
Bank Islam menjangkakan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia berkembang 3.2 peratus pada suku ketiga 2023 (S3 TK2023).
Bank Islam lancar Kad Debit-i Visa Be U
Kad Debit-i Visa Be U menyediakan transaksi yang cepat, selamat dan tanpa sentuhan di mana-mana pedagang Visa di seluruh dunia.