PUTRAJAYA: Anggota penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) yang tular rebah ketika perbarisan Hari Penguat Kuasa semalam mengesahkan dia berada dalam keadaan tidak sihat pada hari kejadian.
Nik Mohamad Adhar, 22, berkata dia mengalami demam sejak tiga hari lalu, lapor Sinar Harian.
"Pagi tadi pun saya masih demam," kata anggota penguat kuasa KPDNHEP yang bertugas di Tawau, Sabah ini.
Pemuda yang berasal dari Tumpat, Kelantan ini turut menjelaskan insan yang mengangkat dan memeluknya di tengah-tengah padang kawad itu merupakan bapa saudaranya, Abdul Aziz Ya’acob, 60, yang mesra dipanggilnya "abah".
"Abah, bapa saudara saya.
"Emak kandung saya meninggal dunia ketika saya berusia tiga bulan, manakala ayah pula meninggal sewaktu saya berumur tujuh tahun," katanya lagi.
Nik Mohamad Adhar berkata dia dijaga oleh Abdul Aziz dan ibu saudara, Rosmawati Ismail, 53, yang dipanggilnya "emak" sejak usia tiga bulan.
Menurutnya, meskipun berstatus anak saudara, layanan Abdul Aziz tidak pernah berbeza dengan enam anaknya yang lain.
"Dari kecil sampai sekarang, layanannya sama seperti anak sendiri," katanya lagi.
Menceritakan peristiwa rebah itu, dia berkata itu bukan kali pertama insiden itu berlaku.
"Sebenarnya semasa abah datang melulu tu, itu kali kedua saya rebah. Kali pertama saya masih boleh bangun dan kedua, abah datang," kata Nik Mohamad Adhar.
Detik Nik Mohamad Adhar diangkat dan dipeluk selepas rebah ketika acara kawad sempat dirakam jurugambar dan dimuat naik di Facebook oleh Menteri KPDNHEP, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.
BACA: Kasihnya seorang ayah, sanggup berlari bantu anak saudara rebah ketika kawad
Menyifatkan gambar-gambar tersebut memaparkan kasih sayang seorang bapa yang tidak berbelah bahagi, Alexander berkata, beliau tidak mampu menahan air mata melihat apa yang berlaku di depan matanya.
"Ketika terkujurnya anak tatkala berkawad, kerana menahan terik mentari, berlari si ayah menerpa dari arah khemah tetamu.
"Sehingga terlucut selipar yang disarung, namun tidak diendahkan, asalkan beliau berada di sisi anak dalam sekelip mata," katanya.
Astro Awani
Fri Jul 22 2022
Abdul Aziz memeluk Nik Mohamad Adhar yang rebah di tengah-tengah padang kawad ketika perbarisan Hari Penguat Kuasa KPDNHEP. -Facebook Alexander Nanta Linggi
P2 Biotech sokong seruan TPM revolusi teknologi industri getah
Seruan ini selaras dengan visi P2 Biotech untuk memodenkan sektor getah, memperkasakan pekebun kecil, serta menarik minat generasi muda.
Google ambil alih pasukan kejuruteraan HTC Vive
Android XR akan digunakan set kepala Samsung Project Moohan dan juga cermin mata pintar Samsung yang masih di peringkat awal pembangunan.
Ipoh antara lapan bandar terbaik di Asia perlu dikunjungi
Menurut Rumaizi, Ipoh berada di kedudukan kelima daripada senarai destinasi pelancongan terbaik di benua Asia.
Tumbuk kakitangan Puspakom, pemilik lori didenda RM1,600
Koh Soon Hua, 60, mengaku bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan dalam bahasa Mandarin oleh jurubahasa mahkamah.
Tumblr TV dilancar kepada umum – Pesaing baharu TikTok?
Tumblr TV sebenarnya adalah produk dari 10 tahun lepas. Cuma, pada ketika itu ia adalah ciri untuk menerokai pelbagai koleksi GIF.
Kanak-kanak maut, lima parah dalam nahas MPV-lori di Maran
Kenderaan dinaiki mangsa dipercayai melanggar belakang sebuah lori yang berhenti di lorong kecemasan kerana mengalami kerosakan pada bahagian tayar.
Ahli Parlimen perlu berhujah berdasarkan fakta, bukan sentimen - Ahli akademik
Menurut Mohamad Fauzan, sikap ini bagi memastikan sesi perbahasan di Dewan Rakyat dilakukan dengan profesional dan beradab.
AWANI Ringkas: Siasatan buku Hannah Yeoh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
MEF tak sokong bayar gaji berdasarkan jantina
Pekerja perlu menerima ganjaran daripada majikan berdasarkan sumbangan dan prestasi mereka kepada organisasi, bukan berdasarkan jantina.
Radio Sinar kembali ke slogan asal ‘Muzik Retro Terbaik’
Stesen radio Sinar di bawah Astro Radio Sdn Bhd kini memperkenalkan kembali slogan ‘Muzik Retro Terbaik’. Sinar yang telah 20 tahun bersiaran sebelum ini menggunakan slogan ‘Sinar Menyinari Hidupmu’, yang cukup sinonim dengan pendengar setianya.
'Abah layan macam anak sendiri' - Pegawai akui rebah kerana tidak sihat
Nik Mohamad Adhar berkata, bapa saudaranya yang bekerja sebagai pemandu teksi itu dianggap sebagai bapa kandung.