KUALA LUMPUR: Tujuh daerah di tiga negeri masih terkesan banjir dengan 952 mangsa berada di 19 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat jam 4 petang tadi.
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) melalui kenyataan memaklumkan kejadian banjir itu melibatkan empat daerah di Perak, dua di Selangor dan satu di Johor.
"Jumlah ini menunjukkan pengurangan berbanding laporan jam 8 pagi tadi dengan terdapat 1,156 mangsa sedang berlindung di PPS seluruh negara," menurut kenyataan itu.
NADMA melaporkan satu PPS ditutup hari ini iaitu PPS Sekolah Kebangsaan Alor Pongsu, Kerian, Perak.
Menurutnya, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melaporkan enam sungai berada ditahap amaran iaitu Long Teru, Miri, Sarawak; Sungai Serting di Jambatan Padang Gudang dan Sungai Triang di Bera, Pahang; Sungai Muar di Buloh Kasap, Segamat, Johor serta Sungai Kerian di Rumah Pam Bandar Baharu, Bandar Baharu dan Sungai Gurun di Kampung Perupok, Yan, Kedah.
Dalam pada itu, NADMA memaklumkan Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara mengeluarkan notis kesiapsiagaan banjir kilat di Johor, Kelantan, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Selangor dan Sarawak pada jam 4 petang tadi.
Menurutnya, Jabatan Kerja Raya pada jam 2 petang tadi pula melaporkan terdapat dua lokasi terkesan banjir, tujuh lokasi cerun runtuh serta masing-masing dua lokasi jalan mendap dan jambatan rosak/runtuh.
Kejadian-kejadian ini berlaku di empat daerah di Kedah, masing-masing dua daerah di Johor dan Negeri Sembilan serta masing-masing satu daerah di Perak, Selangor, Kelantan, Terengganu dan Pahang.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 23 2022
Tujuh daerah di tiga negeri masih terkesan banjir dengan 952 mangsa berada di 19 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat jam 4 petang tadi. - Gambar fail/BERNAMA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 26 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 27 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Banjir di Kelantan memburuk, Terengganu beransur pulih, Johor kekal setakat 8 malam
Situasi banjir di Kelantan bertambah buruk manakala Terengganu beransur pulih dan Johor pula tiada perubahan setakat 8 malam ini.
Banjir: 13 kawasan berbukit dikenal pasti lokasi perpindahan penduduk Gua Musang
Ia merupakan usaha agensi kerajaan dan keselamatan di jajahan Gua Musang dalam melakukan kesiapsiagaan sekiranya berlaku banjir besar kali ini.
ACLE: JDT tewas tipis 0-1 kepada Shandong Taishan
Separuh masa pertama perlawanan menyaksikan insiden kad kuning mewarnai aksi JDT di atas padang.
Enam individu ditahan disyaki terlibat kes curi Ferrari di pusat cuci kereta
Susulan penangkapan itu, polis turut merampas empat buah kereta iaitu Ferrari, Naza Suria dan dua kereta jenis BMW.
Papan tanda: Hormati peraturan sedia ada - Abdul Karim
Semua pihak diminta untuk menghormati peraturan serta undang-undang sedia ada mengenai penggunaan bahasa tertentu pada papan tanda.
JBPM dilantik ILB bantu pacu sektor kebombaan negara
JBPM dilantik sebagai Badan Peneraju Industri (ILB) bagi industri kebombaan oleh JPK berkuat kuasa Julai lepas hingga Disember 2027.
10 Berita Pilihan - (26 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Banjir di Kelantan memburuk, Terengganu beransur pulih, Johor kekal setakat 8 malam
Situasi banjir di Kelantan bertambah buruk manakala Terengganu beransur pulih dan Johor pula tiada perubahan setakat 8 malam ini.
Banjir: 13 kawasan berbukit dikenal pasti lokasi perpindahan penduduk Gua Musang
Ia merupakan usaha agensi kerajaan dan keselamatan di jajahan Gua Musang dalam melakukan kesiapsiagaan sekiranya berlaku banjir besar kali ini.
MTL: Lebih 100 hektar padi sedia dituai ditenggelami banjir, kerugian hampir RM1 juta
Seramai 39 pesawah dari Kampung Luar dan Kampung Tersang di sini mengalami kerugian hampir RM1 juta selepas sawah seluas 121 hektar ditenggelami banjir.
Perdana Menteri sampai sumbangan khas kepada mangsa banjir di Melaka
Sumbangan disampaikan oleh Setiausaha Politik Kanan beliau, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin pada satu majlis di Tanjung Minyak.
Lapan sekolah di Terengganu berisiko banjir ketika SPM
Beliau berkata empat daripadanya di Kemaman membabitkan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chukai, SMK Ayer Puteh, SMK Mak Lagam, dan SMK Bukit Mentok.
Mangsa banjir meningkat di lima negeri
Jumlah mangsa banjir di seluruh negara mencatatkan peningkatan kepada 191 orang setakat 6 pagi Selasa, berbanding 183 mangsa semalam.
Banjir: Jumlah mangsa di Terengganu berkurang, Johor dan Kelantan tidak berubah
Situasi banjir di Terengganu dilaporkan semakin pulih apabila jumlah mangsa ditempatkan di PPS di negeri itu berkurang manakala jumlah mangsa di Johor dan Kelantan tidak berubah setakat 8 malam ini.
Ribut Bert landa UK, tiga maut
Kesemua mangsa maut dalam insiden jalan raya ketika ribut melanda di Hampshire, Lancashire dan Trefriw, North Wales.
Mangsa banjir di lima negeri menurun
Negeri-negeri yang terjejas ialah Kelantan, Terengganu, Johor, Sarawak dan Selangor.
Banjir: Melaka pulih, Terengganu semakin baik, Johor dan Kelantan tidak banyak perubahan
Situasi banjir di Melaka pulih sepenuhnya manakala jumlah mangsa di Terengganu semakin berkurang sementara Johor dan Kelantan tidak menunjukkan banyak perubahan setakat malam ini.