Kesemua 10 langkah utama pakej Prihatin telah dilaksanakan, mewakili 95 peratus daripada keseluruhan nilai pakej iaitu RM260 bilion, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Beliau berkata, jumlah peratusan tersebut meliputi bantuan kerajaan yang telah mula disalurkan termasuk Geran Khas Prihatin (GKP) yang dikhususkan bagi perusahaan kecil dan sederhana mikro.
“Pada 1 Mei, kerajaan telah memperuntukkan RM2.1 bilion (bagi GKP) yang mana RM3,000 akan diberikan kepada setiap PKS Mikro aktif yang berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri, Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) pada 31 Disember 2019,” katanya semasa membentangkan Laporan Laksana Keempat Pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat, pada Selasa.
Menurutnya, permohonan GKP dibuka sehingga 15 Mei, 2020, dan keputusan akan diumumkan pada minggu pertama Jun dengan pembayaran dijangka dibuat pada hujung bulan yang sama.
Bagi sebarang maklumat lanjut mengenai perkara itu boleh dilayari di gkp.hasil.gov.my.
Sementara itu mengenai Fasa Pertama Bantuan Prihatin Nasional (BPN), Tengku Zafrul berkata pembayaran sebanyak RM5.5 billion telah dibuat kepada 7.78 juta penerima, peningkatan daripada 7.74 juta penerima dengan jumlah sebanyak RM5.47 bilion pada minggu lepas dan juga melibatkan mereka tanpa akaun bank yang telah menunaikan BPN di cawangan Bank Simpanan Nasional.
Manakala pembayaran Fasa Kedua dibuat secara berperingkat bermula 4 Mei, kepada 8.3 juta penerima B40 dan M40 yang diluluskan sebelum ini bernilai RM3.7 bilion.
Sehingga 29 April, 2020, hampir dua juta permohonan baharu dan rayuan telah diluluskan melibatkan jumlah sebanyak RM1.5 bilion.
“Dengan perkembangan terkini, adalah dijangka peruntukan tambahan sekurang-kurangnya RM1 billion diperlukan di atas peruntukan asal sebanyak RM10 bilion.
“Sukacita juga saya mengumumkan bahawa pembayaran untuk permohonan baharu dan rayuan yang layak akan dibuat bermula pertengahan bulan Mei,” kata Tengku Zafrul.
Bernama
Tue May 05 2020
TENGKU ZAFRUL: Permohonan GKP dibuka sehingga 15 Mei 2020, dan keputusan akan diumumkan pada minggu pertama Jun dengan pembayaran dijangka dibuat pada hujung bulan yang sama. - Facebook/Tengku Zafrul
Unjuran pertumbuhan KDNK 2025 sebanyak 4.5-5.5 peratus adalah munasabah - Ahli ekonomi
Belanjawan 2025 adalah langkah terbaik untuk mengimbangi keutamaan ekonomi dengan realiti politik.
Semua negara wajib tamatkan pendudukan Israel ke atas wilayah Palestin - Suruhanjaya Siasatan PBB
Pendudukan Israel adalah punca utama kepada kitaran keganasan yang tidak berkesudahan dan konflik selama beberapa dekad.
Dijangka jana sebahagian besar pertumbuhan ekonomi global
BRICS memainkan peranan luar biasa dalam ekonomi global pada masa kini dan diyakini meningkat di masa depan.
Enam maut, 25 cedera bas terbabas di Turkiye
Enam terbunuh manakala 25 cedera apabila sebuah bas terbabas lalu terbalik di Aksaray wilayah tengah Turki, pada Jumaat.
Polis giat cari warga amerika yang disyaki diculik
Pihak berkuasa Filipina pada Jumaat melancarkan pencarian seorang warga Amerika Syarikat yang dipercayai diculik kumpulan bersenjata di selatan Filipina.
Singapura tahan remaja bawah ISA, rancang lakukan serangan
Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) dalam satu kenyataan berkata pelajar yang radikal diri itu merupakan penyokong tegar kumpulan Daesh, juga merancang pergi ke Syria, untuk terlibat dalam keganasan bersenjata.
Pasukan pengaman disasar secara sengaja - Jurucakap UNIFIL
Jurucakap itu berkata kedudukan mereka telah berulang kali diserang di Lubnan, sekali gus meletakkan pasukan pengaman dalam bahaya.
Dia rakyat beta, beri keadilan sekarang - Tengku Hassanal
Tengku Mahkota Pahang itu dalam kemas kini di Instagram Story hari ini menambah, keadilan bukan sahaja perlu perlu dilaksanakan, tetapi ia juga mesti dilihat dilaksanakan.
Empat lelaki didakwa rompak jongkong emas RM710,000
Empat lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, pada Jumaat, atas pertuduhan merompak jongkong emak bernilai RM710,000, awal bulan lalu.
Tiga penunggang motosikal maut dalam kemalangan berasingan di LPT2
Tiga lelaki dipercayai peserta program EX5 Members 4.0 maut dalam dua kemalangan berasingan di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) di Kemaman hari ini.
PM Anwar tinjau persiapan Belanjawan 2025
Anwar yang tiba kira-kira 9.40 pagi disambut oleh Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
Pertumbuhan hutang Kerajaan Persekutuan dijangka turun kepada 7.5 peratus pada 2024
Sehingga akhir Jun 2024, hutang Kerajaan Persekutuan berjumlah RM1.22 trillion.
KPM tubuh jawatankuasa khas kurangkan ketidakhadiran calon SPM
Jawatankuasa Khas Tindakan Gempur Kehadiran Calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024/2025, ditubuh dalam usaha mengurangkan jumlah ketidakhadiran calon.
Belanjawan 2025 ambil kira cadangan pelbagai industri, rakyat akar umbi
Johan berkata pihaknya kini dalam proses memuktamadkan ucapan dan langkah belanjawan yang akan diumum Perdana Menteri kelak.
GLIC tegaskan komitmen sokong kerangka Ekonomi MADANI, pacu pertumbuhan
GLIC komited menyokong kerangka Ekonomi MADANI dengan memanfaatkan penyasaran modal dalam sektor pertumbuhan dan bernilai tinggi.
Belanjawan 2025 lebih gah, saksama - PM Anwar
Belanjawan 2025 yang dijadual dibentangkan pada 18 Oktober ini disifatkan sebagai lebih gah dan saksama.
Belanjawan 2025: MoF sedia peruntukan mencukupi untuk sektor pelancongan
Kementerian Kewangan akan menyediakan peruntukan mencukupi untuk sektor pelancongan negara sebagai persediaan Malaysia menjadi Pengerusi ASEAN 2025 dan Tahun Melawat Malaysia 2026.
Harga runcit bagi petrol RON97 dan diesel di Semenanjung turun sebanyak 15 sen
Harga runcit bagi petrol RON97 dan diesel di Semenanjung turun sebanyak 15 sen dengan masing-masing ditetapkan pada RM3.25 seliter dan RM3.01 seliter.
Kerajaan ikrar tingkat ekosistem PMKS - Kementerian Kewangan
Kerajaan komited tingkatkan persekitaran yang mampu mengembangkan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) untuk menyumbang sepenuhnya kepada kemakmuran Malaysia.
Harga diesel di Semenanjung Malaysia turun 5 sen lagi
MoF berkata penetapan harga tersebut seiring dengan penurunan harga pasaran minyak dunia.