JITRA: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) merekodkan 90 peratus kemalangan yang berlaku di negara ini adalah disebabkan sikap pemandu itu sendiri.
Pengarah Kanan Penguatkuasa JPJ Datuk Lokman Jamaan berkata, pihaknya kesal dengan peningkatan kes kemalangan jalan raya walaupun sebelum mendapat lesen pemandu telah menjalani kursus pemanduan dan perlu mematuhi peraturan jalan raya sebelum dibenarkan memandu di atas jalan.
"Daripada analisis yang kami buat, didapati 90 peratus kemalangan yang berlaku adalah berpunca daripada sikap acuh tak acuh pemandu itu sendiri.
"Sedangkan, sebelum mereka mendapat lesen lesen ataupun sebelum mereka dibenarkan memandu, mereka telah pun diberikan kursus-kursus khas untuk mereka mematuhi peraturan-peraturan jalan raya.
"Sikap dan perbuatan mereka inilah sebenarnya yang menjadi punca berlakunya kemalangan jalan raya," katanya ketika menyertai Op Khas Kenderaan Komersial di Plaza Tol Jitra, malam tadi.
Lokman berkata, melalui ‘Ops Patuh Khas 2023’ JPJ menahan dan melakukan pemeriksaan ke atas 321,263 buah kenderaan termasuk 64,880 kenderaan komersial.
Sementara itu, Lokman menegaskan, JPJ memandang serius kejadian buli jalan raya yang kerap berlaku kebelakangan ini dan memberi amaran JPJ tidak akan teragak-agak membatalkan lesen memandu pesalah.
"Kesalahan di bawah Seksyen 324 atau 323, membuli di jalan raya, akan diambil tindakan di bawah Kanun Keseksaan oleh pihak polis.
"Jadi, sebab operasi-operasi yang kami jalankan ini sentiasa bersama dengan agensi-agensi lain, kita juga ada sistem di mana kesalahan-kesalahan berulang ini akan direkodkan.
"Sehingga satu ketika, mereka akan dilucutkan hak untuk memegang lesen dan tidak dibenarkan memandu apabila mata demerit (mencapai tahap tertentu) atau kesalahan dilakukan secara berulang."
Operasi khas malam tadi turut melibatkan Polis Diraja Malaysia, Agensi Antidadah Kebangsaan, Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Imigresen Malaysia.
Adie Sufian Zulkefli
Tue Oct 31 2023
Op Khas Kenderaan Komersial di Plaza Tol Jitra malam tadi melibatkan beberapa agensi termasuk PDRM, AADK, Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Imigresen Malaysia. - Foto Astro AWAN
Mangsa banjir di Sarawak hampiri 10,000 orang
Sehingga 7 pagi tadi, jumlah PPS aktif terus meningkat kepada 57 dengan mangsa banjir kini mencecah 9,780 orang daripada 2,767 keluarga.
Lebuhraya WISE berpotensi jana ekonomi, kurangkan kesesakan di Terowong Menora
Jajaran WISE akan menjadi laluan alternatif yang lebih selesa bagi pengguna jalan raya dari utara yang ingin bercuti di Perak.
Bantuan banjir perlu menerusi jawatankuasa pengurusan bencana
Menurut menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat datuk seri nancy shukri perkara itu penting untuk memastikan kelancaran agensi pengurusan bencana dalam menyalurkan bantuan yang diperlukan, lebih-lebih lagi kawasan yang terputus hubungan.
Hamas sahkan ketua tenteranya, Mohammed Deif maut dibunuh Israel
Tentera Israel sebelum ini mengakui, mereka telah membunuh Deif dalam serangan udara pada Julai lalu, namun, Hamas hanya mengesahkan kematiannya semalam.
Maahad tahfiz dinasihatkan daftar, elak keciciran agihan bantuan
Maahad tahfiz dinasihatkan berdaftar dengan kerajaan negeri supaya tidak tercicir dari segi bantuan termasuk naik taraf kemudahan.
9 negara, termasuk Malaysia, akan berhimpun di The Hague
Sembilan negara, termasuk Malaysia, akan bersidang di The Hague bagi membincangkan komitmen bersama dalam menegakkan undang-undang antarabangsa, menangani ancaman terhadap Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) dan mempertahankan hak rakyat Palestin.
Teknologi: Itali sekat aplikasi AI China Deepseek
Pihak berkuasa perlindungan data Itali, Garante, menyekat akses kepada model kecerdasan buatan (AI) dari China, DeepSeek, kerana kekurangan maklumat mengenai penggunaan data peribadi pengguna.
Pasca perang Syria: Emir Qatar ketua negara pertama lawat Syria
Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al-Thani, melakukan lawatan bersejarah ke Damsyik pada Khamis dan bertemu dengan Presiden Peralihan Syria, Ahmed al-Sharaa.
Kekejaman zionis: Gaza musnah, pemulihan makan 10-15 tahun - wakil A.S
Gaza kini dalam keadaan hampir musnah sepenuhnya dan proses pembinaan semula wilayah yang dilanda peperangan itu mungkin mengambil masa antara 10 hingga 15 tahun.
Pasca perang Syria: Presiden baharu umum kerajaan peralihan inklusif
Presiden baharu Syria, Ahmed al-Sharaa, mengumumkan beliau akan membentuk sebuah kerajaan peralihan inklusif yang mewakili pelbagai komuniti untuk membina institusi dan mentadbir negara sehingga pilihan raya bebas dan adil dapat diadakan.
JPJ keluar 1,968 saman menerusi Op TBC 2025
JPJ Terengganu mengeluarkan 1,968 saman dalam tempoh lapan hari pelaksanaan Op Khas TBC 2025 yang bermula pada 20 Jan lepas.
JPJ cadang wujud pasukan tindakan khas
Beliau berkata pasukan itu akan berfungsi antaranya bagi menjalankan operasi khas, risikan selain membantu negeri menyelesaikan sesuatu isu.
JPJ Kedah kutip saman tertunggak kenderaan asing lebih RM100,000
Kutipan tertinggi direkodkan terhadap seorang pemandu dan pemilik van Thailand berusia 45 tahun.
Ops Tunggak: 182 pemandu, 163 kenderaan ada rekod saman tertunggak
Ketua Pengarah JPJ Datuk Aedy Fadly Ramli berkata selain itu sebanyak 16 kenderaan dari Thailand telah disita sepanjang tempoh berkenaan.
JPJ kutip RM12.5 juta saman tertunggak menerusi inisiatif kompaun khas RM150
Mereka yang gagal membayar tunggakan saman juga tidak boleh memperbaharui lesen memandu dan cukai jalan sehingga ia dijelaskan.
Op Tahun Baru Cina 2025: 17 bas ekspres tidak dibenarkan bawa penumpang
Setakat 23 Jan, 24 kes dikenal pasti tidak mencapai standard keselamatan ditetapkan membabitkan bas ekspres daripada sembilan syarikat.
Tahun Baharu Cina: JPJ lakukan audit operasi di depot, terminal bas ekspres
Sebanyak 2,500 anggota dan pegawai JPJ akan bertugas pada Tahun Baharu Cina ini bagi memastikan kelancaran aliran trafik dan pematuhan terhadap undang-undang jalan raya.
JPJ bakal tukar petugas kaunter yang bertugas lebih lima tahun
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan arahan pertukaran petugas kaunter JPJ yang bertugas melebihi lima tahun, melibatkan 1,907 petugas di seluruh negara.
MOT, JPJ akan bincang aplikasi jual beli motosikal terpakai diintegrasi mySIKAP
Anthony Loke berkata, ia juga bagi mengelakkan sebarang kejadian melibatkan urusan pertukaran hak milik dan saman yang tertunggak.
JPJ Melaka keluar 275 notis babit pelbagai kesalahan
JPJ Melaka mengeluarkan 275 notis atas pelbagai kesalahan dilakukan pengguna jalan raya pada Operasi Bersepadu Khas di Batu Berendam.