Sebanyak 90 peratus daripada remaja dan wanita yang dirogol dan dicabul kehormatan, dilakukan oleh orang yang dikenali dan sebanyak 60 peratus mangsa juga tidak melaporkan kejadian itu.
Ketua Pegawai Eksekutif Close Personal Protection Training & Services (CPPTS) Sdn Bhd Mahathir Manan berkata mangsa tidak melaporkan kejadian kerana campur tangan keluarga selain malu dan tidak mahu maruah keluarga tercalar.
Menurutnya, dapatan itu adalah hasil analisis CPPTS, sebuah syarikat latihan dan rundingan terhadap isu berkenaan.
Pemangsa yang dikenali itu termasuk anggota keluarga terdekat seperti bapa, abang kandung, abang ipar dan teman lelaki, katanya kepada pemberita selepas program 'Women Response Technique' untuk pengamal media di sini, Khamis.
Mahathir yang pernah berkhidmat dengan Polis Diraja Malaysia berkata justeru itu, satu saluran perlu diwujudkan untuk memudahkan mangsa mengadu kejadian sebelum mereka mengambil inisiatif sendiri untuk membuat laporan polis.
"Walaupun sebenarnya kita tidak ada apa-apa kepentingan dengan mangsa yang berusia 13 hingga 22 tahun tetapi satu saluran perlu diwujudkan untuk mengurangkan kesan dan trauma yang dialami mereka sebelum perkara menjadi buruk.
"Saluran ini penting untuk mengumpul mangsa-mangsa rogol sebagai satu motivasi untuk mereka meneruskan kehidupan," katanya.
Program 'Women Response Technique' merupakan satu sistem yang direka untuk menyediakan teknik asas mempertahankan diri kepada golongan remaja dan wanita dalam menangani pelbagai situasi contohnya semasa dirogol.
Sepanjang program itu diwujudkan, kira-kira 3,000 peserta mengikutinya dan difahamkan 10 peratus daripadanya menyatakan kejayaan menggunakan teknik yang telah dipelajari.
CPPTS, ialah syarikat yang memberi khidmat latihan efektif dan profesional di samping pendekatan metodologi untuk memberi pendedahan dan pengetahuan asas sehingga ke peringkat lanjutan menerusi teknik-teknik latihan terkini, komprehensif dan praktikal.
Bernama
Wed Sep 11 2013
Bekas gabenor New York, anak tiri diserang empat individu
Kedua-dua mangsa mengalami kecederaan di bahagian muka serta badan dan dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.
Tentera AS lancar serangan di bandar Yaman
AS menyerang 15 sasaran Houthi di kawasan yang dikawal oleh kumpulan yang disokong Iran itu.
Korea Selatan pindahkan 97 rakyatnya dari Lubnan
Kementerian Luar Korea Selatan maklumkan, kesemua mereka tiba di Korea Selatan pada petang Sabtu.
Pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula 23 September lalu.
[LAPOR LANGSUNG] Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Laporan Al Jazeera menyebut, jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
AWANI Pagi: Pendayaupayaan Pembangunan Sosio Ekonomi Bagi Memacu Wilayah Persekutuan
Ikuti temu bual bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa di #AWANIPagi jam 7.30 pagi di saluran 501 Astro AWANI.
Pentagon, Jabatan Negara AS beri amaran jenayah perang Israel
Pegawai-pegawai tersebut telah memberi amaran peningkatan jumlah kematian di Gaza mungkin melanggar undang-undang antarabangsa.
200,000 pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula pada 23 Sept.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Kementerian Komunikasi akan memberikan keutamaan dengan meneruskan usaha untuk meningkatkan dan memantapkan lagi prasarana kesalinghubungan melibatkan isu Internet, dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Okt ini.
90% mangsa rogol dan cabul diserang individu dikenali -- CPPTS
Mahathir Manan berkata mangsa tidak melaporkan kejadian kerana campur tangan keluarga selain malu dan tidak mahu maruah keluarga tercalar.