83 mangsa daripada 16 keluarga di Kemasik, Kemaman menjadi kumpulan pertama dipindahkan selepas kediaman mereka dilanda banjir kira kira jam empat petang tadi.
72 mangsa daripada 14 keluarga di tempatkan SMK Badrul Alam Shah, Kemasik , Kemaman.
Mangsa membabitkan 22 lelaki dewasa, 32 wanita dewasa, sembilan kanak kanak lelaki, tujuh kanak kanak perempuan dan dua orang bayi.
Manakala 11 mangsa daripada dua keluarga dipindahkan ke SK Teluk Kalong, Kemaman membabitkan tiga lelaki dewasa, empat wanita dewasa, tiga kanak-kanak lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan.
Hujan lebat berterusan sejak semalam mengakibatkan berlaku peningkatan paras air dan limpahan di beberapa batang sungai utama termasuk Sungai Kemaman di Jambatan Kampung Sungai Pinang.
Keadaan itu juga menyebabkan beberapa penempatan penduduk di kawasan rendah dinaiki air sedalam 0.25 meter hingga 0.5 meter dan berarus deras..
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kemaman, Rosman Roslan berkata, semua agensi terbabit kini sudah digerakkan untuk melaksanakan tugas masing-masing.
Rosman yang juga Pegawai Daerah Kemaman berkata, persiapan berkenaan termasuk menyalurkan bantuan makanan dan keperluan di semua pusat perpindahan banjir termasuk pengkalan hadapan.
Menurut Roslan, pihaknya bersama beberapa agensi seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat, Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Majlis Perbandaran Kemaman, menjalankan pemantauan serta bersiap sedia membantu operasi pemindahan mangsa jika keadaan semakin buruk .
Rosman berkata, Jabatan Pengairan dan Saliran serta agensi terbabit juga sentiasa memantau paras air sungai dan juga bersedia menghadapi kemungkinan berlakunya air laut pasang awal malam ini.
Sehubungan itu, penduduk yang tinggal di kawasan rendah dan yang berisiko berlaku banjir disaran membuat persediaan awal dan berpindah segera apabila diarah berbuat demikian.
Dalam pada itu, Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abd. Rahman dalam satu kenyataan yang dikeluarkan petang tadi memaklumkan kerajaan negeri sentiasa memantau dan mengambil langkah berjaga-jaga pada musim tengkujuh yang baru sahaja bermula.
Menurut Ahmad Razif, setakat ini, kebanyakan aras sungai-sungai utama negeri itu masih dalam keadaan normal namun akan terus dipantau perkembanganya dari semasa ke semasa.
Pihak berkuatkuasa dan agensi kerajaan sudah diarahkan bersiap siaga untuk menghulurkan bantuan dalam kadar segera .
Penduduk juga diminta supaya sentiasa memberi kerjasama serta mematuhi arahan pihak berkuasa khususnya sekiranya diminta untuk berpindah.
Astro Awani
Tue Nov 29 2016
Anggota Persatuan Bulan Sabit Merah dan beberapa penduduk memindahkan warga emas Ng Kim Er, 94, yang uzur ke rumah saudaranya selepas rumahnya dinaiki air di Taman Cerong Lanjut di Kuala Terengganu hari ini. - Foto Bernama
KKM rangka super apps, tawar perkhidmatan kesihatan termasuk pesanan ambulans
'Super apps' atau aplikasi mudah alih super akan menguruskan pelbagai perkhidmatan kesihatan termasuk pesanan ambulans.
COP29 gesa negara maju beri sumbangan, transformasi tenaga hijau tidak akan berjaya tanpa dana - Pembantu Khas Presiden Azerbaijan
COP29 kini digelar sebagai COP Pendanaan kerana tumpuan utama yang jelas terhadap keperluan memenuhi komitmen sumbangan kepada dana iklim.
Dasar ekonomi Trump boleh tambah RM19.7 bilion kepada KDNK Malaysia - Juwai IQI
Dasar ekonomi Donald Trump dijangka memberi kesan besar ke atas ekonomi Malaysia, dengan unjuran menunjukkan cara Presiden AS itu boleh menyumbang RM19.7 bilion kepada KDNK negara.
Federer titip pujian menjelang persaraan Nadal
Legenda tenis, Roger Federer memuji bekas seterunya Rafael Nadal menjelang persaraan atlet Sepanyol itu dari arena tenis di Piala Davis.
Polis siasat dakwaan anggota peras ugut warga Arab
Polis mengesahkan menerima laporan berkenaan dakwaan seorang lelaki warga Arab Saudi diperas ugut oleh beberapa pegawai polis semasa memandu di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dalam kawasan daerah ini.
TERKINI] Lima daerah di Terengganu terjejas babit 1,622 mangsa
Selepas Kemaman, empat lagi daerah di Terengganu iaitu Marang, Setiu, Hulu Terengganu dan Dungun terjejas akibat banjir setakat jam 11 malam pada Selasa.
Menurut laman Info Bencana JKM, ia menunjukkan trend peningkatan kepada 1,622 mangsa dengan 11 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka berbanding 212 mangsa di lapan PPS pada jam 10 malam.
Menurut laman Info Bencana JKM, ia menunjukkan trend peningkatan kepada 1,622 mangsa dengan 11 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka berbanding 212 mangsa di lapan PPS pada jam 10 malam.
Ribuan penunjuk perasaan 'kepung' Parlimen, bantah RUU digubal
Anggaran 42 ribu rakyat New Zealand berhimpun di Parlimen pada Selasa membantah usaha menggubal Rang Undang-Undang (RUU)yang akan mengurangkan hak suku Maori.
Dua remaja Australia dimasukkan ke hospital selepas keracuanan koktel
Dua remaja Australia dilapor dimasukkan ke hospital di Thailand selepas disyaki keracunan di Laos ketika mengembara bersama rakan-rakannya, lapor media Australia pada Selasa.
Bekas Menteri Luar Prak Sokhonn kembali galas jawatan
Perdana Menteri Hun Manet telah melantik semula ahli politik veteran, Prak Sokhonn sebagai Menteri Luar yang baharu untuk memacu dasar luar negara Kemboja, lapor Fresh News.
Pelajar cedera dirempuh kereta di hadapan sekolah
Beberapa pelajar cedera selepas sebuah kereta terbabas di luar bangunan sebuah sekolah rendah di wilayah Hunan, China.
83 mangsa banjir di Kemaman Terengganu dipindahkan
83 mangsa daripada 16 keluarga di Kemasik, Kemaman menjadi kumpulan pertama dipindahkan selepas kediaman mereka dilanda banjir.