KUALA LUMPUR: Sejumlah 82,846 kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dilaporkan hingga hari terakhir minggu epidemiologi (ME) 22/2022 (4 Jun) yang menyaksikan peningkatan sebanyak 32 kali ganda berbanding 2,485 kes bagi tempoh yang sama tahun lepas.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata jika dibandingkan jumlah kes sebanyak 30,489 bagi tempoh sama pada 2019 iaitu sebelum pandemik COVID-19, ia menunjukkan peningkatan sebanyak 1.7 kali ganda.
Beliau berkata kes yang dilaporkan di seluruh negara bagi ME 22/2022 adalah 16,954 kes, menurun 9.3 peratus berbanding 18,688 pada ME 21/2022.
Dr Noor Hisham berkata hingga 4 Jun, Selangor menyumbang jumlah kes tertinggi iaitu sebanyak 23,305 kes (28.13 peratus), diikuti Kuala Lumpur dan Putrajaya 9,540 kes (11.52 peratus), Perak 8,032 kes (9.7 peratus), Kelantan 5,782 kes (6.98 peratus) dan Johor 5,234 kes (6.32 peratus).
"Kes HFMD banyak berlaku dalam kalangan kanak-kanak berumur enam tahun ke bawah iaitu sebanyak 74,841 kes (90 peratus), diikuti kumpulan umur tujuh hingga 12 tahun dengan 6,520 kes (lapan peratus) manakala selebihnya berumur lebih 12 tahun iaitu 1,485 kes (dua peratus)," katanya dalam kenyataan hari ini.
Dr Noor Hisham berkata berdasarkan survelan jenis virus (enterovirus) penyebab HFMD di Malaysia, tiga virus utama yang menyebabkan penularan HFMD dalam komuniti pada tahun ini adalah Enterovirus 71 (EV71), Coksackie A6 (CA6) dan Coxsackie A16 (CA16).
Beliau berkata sehingga kini, terdapat tiga kes HFMD yang dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) dengan kes pertama dan kedua dimasukkan kerana mengalami komplikasi radang otak (encephalitis) dan masih di bawah pemantauan rapi di ICU manakala kes ketiga telah sihat dan dibenarkan pulang pada 31 Mei lepas.
Sehingga kini, sebanyak 1,746 wabak dilaporkan di Malaysia dengan tiga negeri tertinggi mencatatkan kejadian wabak ialah Kuala Lumpur dan Putrajaya iaitu 562 wabak (32.2 peratus), diikuti Selangor 208 wabak (11.9 peratus) dan Sarawak 206 wabak (11.8 peratus).
"Majoriti lokasi penularan wabak berlaku di taska, tabika, tadika dan prasekolah iaitu 1,059 wabak (61 peratus) diikuti oleh rumah persendirian dengan 605 wabak (35 peratus) dan juga pusat jagaan kanak-kanak sebanyak 56 wabak (tiga peratus)," katanya.
Wabak dikira apabila terdapat dua atau lebih kes dalam satu lokaliti dan kes mempunyai kaitan epidemiologi serta berlaku dalam tempoh inkubasi penyakit HFMD.
Menurut Dr Noor Hisham setakat 4 Jun, sebanyak 1,346 premis taska/tadika/tabika/prasekolah telah ditutup meliputi 305 premis yang ditutup secara sukarela dan 1,041 premis ditutup di bawah Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988.
Sementara itu, beliau menyeru ketua jabatan dalam perkhidmatan awam untuk mengambil berat berkenaan kemudahan cuti menjaga anak yang dijangkiti HFMD dan mengambil tanggungjawab dalam membantu kerajaan menangani penularan kes itu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 07 2022
![82,846 kes HFMD dilaporkan setakat 4 Jun - KP Kesihatan 82,846 kes HFMD dilaporkan setakat 4 Jun - KP Kesihatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/61653405775_TBHFMD.jpg)
Jika dibandingkan sejumlah 30,489 kes bagi tempoh sama pada 2019, ia menunjukkan peningkatan sebanyak 1.7 kali ganda. - Gambar fail
![Pheu Thai calonkan anak perempuan Thaksin sebagai calon PM Pheu Thai calonkan anak perempuan Thaksin sebagai calon PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723722582_TBPaetongtarnShinaw.jpg)
Pheu Thai calonkan anak perempuan Thaksin sebagai calon PM
Paetongtarn yang berusia 37 tahun adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Penari MSS teruja sambut ketibaan kontinjen SUKMA 2024
Kehangatan temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024 mula dirasai di pintu masuk wilayah itu apabila suasana balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) bergema dengan alunan seribu rentak.
Fokus pengantarabangsaan produk tempatan ke 4 negara - Armizan
Datuk Armizan Mohd Ali berkata bagi tujuan pengantarabangsaan barangan Malaysia, empat negara menjadi fokus pada tahun ini iaitu Emiriah Arab Bersatu (UAE), Thailand, Jepun dan China.
Jenazah Muhammad Nidza selamat dikebumikan
Jenazah Muhammad Nidza selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Puncak Alam, Kuala Selangor.
Kematian Nidza Afham tiada unsur jenayah, kes diklasifikasikan SDR
Bedah siasat yang dijalankan ke atas Muhammad Nidza Afham Mokhtar tidak menemukan sebarang unsur jenayah.
AWANI Borneo [15/08/2024] – Jaga integrity | Persaingan sihat | SUKMA 2024
Tumpuan Awani Borneo 15 Ogos 2024 bersama Nickyson Nyambar;
1. Hajiji ingatkan pegawai daerah jaga integriti, mudahkan urusan rakyat
2. KPDN pelawa pasar raya besar buka cawangan di Sabah, Labuan
3. SUKMA 2024: Premier bakal umum insentif untuk atlet Sarawak berjaya raih pingat
1. Hajiji ingatkan pegawai daerah jaga integriti, mudahkan urusan rakyat
2. KPDN pelawa pasar raya besar buka cawangan di Sabah, Labuan
3. SUKMA 2024: Premier bakal umum insentif untuk atlet Sarawak berjaya raih pingat
[TERKINI] Belasungkawa: Jenazah Allahyarham Nidza Afham selamat dikebumikan
Ikuti siaran perjalanan terakhir jenazah Allahyarham Nidza Afham di Tanah Perkuburan Islam Felda Bukit Cherakah, Puncak Alam, Selangor.
SUKMA 2024: Kesemua venue bagi 488 acara sedia digunakan
Kerja penaiktarafan tiga lokasi iaitu padang memanah, gelanggang hoki serta trek bmx yang belum siap sepenuhnya tidak menjejaskan pelaksanaan acara sukan berkenaan kerana ia hanya melibatkan fasiliti tandas yang diganti menggunakan tandas mudah alih, selain landskap trek.
KPDN pelawa Lotus’s, pasar raya besar buka cawangan di Sabah, Labuan
Mengambil contoh harga ayam di Lotus’s Malaysia, Armizan berkata rangkaian pasar raya itu konsisten menawarkan harga berpatutan serendah RM6.99 sekilogram berbanding harga ayam yang tinggi di wilayah tersebut.
Hajiji ingatkan pegawai daerah jaga integriti, mudahkan urusan rakyat
Hajiji berkata beliau telah menerima banyak aduan daripada rakyat dan laporan tentang isu integriti serta ketelusan melibatkan Pegawai Daerah dan Penolong Pegawai Daerah, termasuk ada antara mereka melengah-lengahkan urusan yang mempunyai kepentingan untuk rakyat.
![12 murid dijangkiti HMFD, sebuah SJKC di Bahau ditutup 12 murid dijangkiti HMFD, sebuah SJKC di Bahau ditutup](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719039990_TBHFMD.jpg)
12 murid dijangkiti HMFD, sebuah SJKC di Bahau ditutup
Sebuah SJKC di Bahau diarah tutup selama empat hari selepas 12 muridnya dikesan dijangkiti penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD).
![5,335 kes HFMD dilaporkan di Pulau Pinang 5,335 kes HFMD dilaporkan di Pulau Pinang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/51691148753_HFMD.jpg)
5,335 kes HFMD dilaporkan di Pulau Pinang
Sebanyak 5,335 kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di Pulau Pinang direkodkan sejak awal tahun ini hingga minggu epidemiologi (ME) 36/2023 pada 9 Sept.
![45 murid dijangkiti HFMD, Perak ambil langkah kawalan - Exco 45 murid dijangkiti HFMD, Perak ambil langkah kawalan - Exco](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/51691148753_HFMD.jpg)
45 murid dijangkiti HFMD, Perak ambil langkah kawalan - Exco
Sejumlah 45 murid di beberapa daerah negeri ini antaranya Kinta Utara, Kinta Selatan, Larut, Matang dan Selama, Muallim dan Kerian dikesan menghidap penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD).
![HFMD di Johor meningkat 1.3 kali ganda kepada 320 kes HFMD di Johor meningkat 1.3 kali ganda kepada 320 kes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/41685950033_TBHFMD.jpg)
HFMD di Johor meningkat 1.3 kali ganda kepada 320 kes
Jumlah kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di Johor dilaporkan meningkat 1.3 kali ganda kepada 320 kes pada Minggu Epidemiologi ke-22 (ME22) iaitu bagi tempoh 28 Mei hingga Sabtu lepas.
![Bilangan kes HFMD melepasi paras amaran kebangsaan Bilangan kes HFMD melepasi paras amaran kebangsaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/61684623286_posterberkenaanpen.jpg)
Bilangan kes HFMD melepasi paras amaran kebangsaan
Selangor menyumbang kes tertinggi, diikuti Sabah, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Johor dan Sarawak.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/41680607592_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Kes HFMD dan wabak jangkitan salur pernafasan di Johor meningkat Kes HFMD dan wabak jangkitan salur pernafasan di Johor meningkat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/51658066797_TBlingtiansoon.jpg)
Kes HFMD dan wabak jangkitan salur pernafasan di Johor meningkat
Kes kumulatif bagi penyakit tangan, kaki dan Mulut (HFMD), serta wabak jangkitan saluran pernafasan di negeri Johor meningkat.
![HFMD: Johor catat 8,376 kes setakat semalam HFMD: Johor catat 8,376 kes setakat semalam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/51658066797_TBlingtiansoon.jpg)
HFMD: Johor catat 8,376 kes setakat semalam
Sebanyak 8,376 kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dilaporkan di Johor sejak 1 Jan lepas hingga semalam, peningkatan sebanyak 79 kali ganda berbanding 106 kes bagi tempoh sama tahun lepas.
![Kes ILI, URTI, dan HFMD meningkat di Johor - Exco Kesihatan Kes ILI, URTI, dan HFMD meningkat di Johor - Exco Kesihatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/41656846338_TBlingtiansoon.jpg)
Kes ILI, URTI, dan HFMD meningkat di Johor - Exco Kesihatan
Sebanyak 952 kes jangkitan saluran pernafasan dilaporkan sehingga minggu epid pada 25/2022, iaitu peningkatan sebanyak 70.9 peratus.
![Johor rekod 6,987 kes HFMD tahun ini sehingga semalam Johor rekod 6,987 kes HFMD tahun ini sehingga semalam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/81655627302_HFMD.jpg)
Johor rekod 6,987 kes HFMD tahun ini sehingga semalam
Kebanyakan kes HFMD berlaku dalam kalangan kanak-kanak berumur 0 hingga enam tahun iaitu sebanyak 6,048 kes (86.6 peratus).