KUALA LUMPUR: Lebih 80 peratus tiket penerbangan syarikat tambang murah telah habis dijual seminggu sebelum menjelang Aidifitri.
Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia Riad Asmat berkata sehingga Khamis, syarikat berkenaan telah menjual kira-kira 82 peratus daripada 11,400 tempat duduk tambahan bagi tempoh 19 hingga 22 April ini.
Beliau berkata antara destinasi mendapat permintaan paling tinggi ialah Kuala Lumpur-Tawau, Johor Bahru-Kuching, Johor Bahru-Sibu dan Kuala Lumpur-Kuching.
"Bagaimanapun, masih ada tempat duduk yang tersedia pada tambang rendah tetap yang juga pantas dijual seperti Kota Kinabalu ke Johor Bahru; Johor Bahru ke Kota Kinabalu; Bintulu ke Kuala Lumpur; Kuching ke Johor Bahru; Miri ke Johor Bahru; Sibu ke Johor Bahru dan Kuala Lumpur; dan Tawau ke Kuala Lumpur bagi tempoh sama," katanya dalam kenyataan kepada Bernama.
Pada masa yang sama, Riad berkata tempat duduk bagi penerbangan tambahan istimewa pada tambang rendah tetap untuk 28 April hingga 1 Mei juga masih tersedia,
Pada 7 Mac lepas syarikat itu telah melancarkan 124 penerbangan tambahan istimewa pada tambang rendah tetap untuk musim perayaan Aidilfitri ini antara 19 April dan 1 Mei.
Sementara itu, syarikat penerbangan tambang murah terbaharu MYAirline Sdn Bhd turut menerima maklum balas positif apabila 85 hingga 90 peratus tiket ke seluruh destinasi telah terjual sempena musim perayaan ini.
Ketua Pegawai Ekskutifnya Rayner Teo berkata Kota Bharu, Tawau dan Kota Kinabalu menerima permintaan paling tinggi setakat ini.
"Buat masa ini masih terdapat kekosongan tempat duduk, tetapi ia terjual dengan cepat. Kami juga akan menambah dua penerbangan tambahan dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu dari 19 hingga 21 April.
"Kami sudah pun menambah penerbangan dari Kuala Lumpur ke Tawau daripada sekali sehari kepada dua kali sehari susulan permintaan yang tinggi," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 14 2023
Pada 7 Mac lepas, AirAsia Malaysia melancarkan 124 penerbangan tambahan istimewa pada tambang rendah tetap untuk musim perayaan Aidilfitri ini antara 19 April dan 1 Mei. - Gambar fail
"Petaling Street" sekali lagi digempur, 34 pendatang tanpa izin ditahan
Jalan Petaling di sini, yang menjadi antara lokasi panas penjualan barangan tiruan melibatkan warga asing, sekali lagi digempur oleh JIM Kuala Lumpur menerusi operasi KL Strike Force", petang tadi.
Mahkamah Sabah, Sarawak rekod kadar penyelesaian kes memberangsangkan tahun lepas
Badan kehakiman di Sabah dan Sarawak merekodkan pencapaian cemerlang pada 2024, dengan kedua-dua negeri menunjukkan kadar penyelesaian kes yang memberangsangkan pada semua peringkat mahkamah.
ASEAN-Malaysia 2025 [9/01/2025]
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
It's About YOUth: Shaping the Future: Girls in Robotics
Nuha Amani and Nuha Rumaisa from Tunku Kurshiah College's Team Ensis Kogeki wowed the nation with their stunning match victory in Japan. They share their passion for robotics and hope to inspire more young girls to dive into STEM and robotics.
JENDELA:144 menara telekomunikasi beroperasi di Pahang - Exco
Sebanyak 144 daripada 191 menara telekomunikasi yang siap dibina di bawah fasa satu projek Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) di Pahang telah beroperasi sepenuhnya.
AWANI Tonight: Japanese PM Ishiba calls for stronger ASEAN cooperation
Japanese Prime Minister Shigeru Ishiba emphasised the need to strengthen ties with ASEAN, following talks with Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim in Putrajaya today.
AWANI Tonight: 2024 first year to pass 1.5 °C limit
The year 2024 is officially the hottest ever recorded with global temperatures 1.6 °C above pre-industrial levels, surpassing the previous record set in 2023 and crossing a critical climate threshold.
AWANI Tonight 10 Jan 2025
#AWANITonight with @fayekwan_
1. Japan PM calls for stronger ASEAN collaboration during visit to Malaysia
2. 2024 first year to pass 1.5 °C limit
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Japan PM calls for stronger ASEAN collaboration during visit to Malaysia
2. 2024 first year to pass 1.5 °C limit
#AWANIEnglish #AWANINews
Kota Tinggi kembali dilanda banjir, 8 PPS dibuka
Sebanyak lapan pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Kota Tinggi, selepas daerah itu dilanda banjir di beberapa kawasan susulan hujan lebat tanpa henti sejak jam 7 pagi tadi.
AGC kaji bangunkan Unit Bahagian Rayuan dan Perbicaraan bagi Sabah, Sarawak
Jabatan Peguam Negara (AGC) sedang mengkaji keperluan untuk menubuhkan Unit Bahagian Rayuan dan Perbicaraan bagi Sabah dan Sarawak tahun ini.
Pemangku Sultan Johor kecewa gangguan bekalan air pada Aidilfitri
Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail menzahirkan rasa kecewa berikutan isu gangguan bekalan air yang berlaku di negeri ini ketika sambutan Aidilfitri baru-baru ini.
Sultan Ibrahim berkenan hadir Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri Melaka
Yang di-Pertuan Agong berkenan berangkat menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
MAIWP sumbang lebih RM16 juta kepada asnaf sempena Aidilfitri tahun ini
Sumbangan khas sempena Hari Raya itu melibatkan 32,250 asnaf di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
Sultan Selangor adakan pertemuan dengan PM Anwar di Seri Perdana
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke kediaman rasmi Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.
Warga emas maut dalam perjalanan pulang selepas rai Aidilfitri
Seorang wanita warga emas yang dalam perjalanan pulang selepas meraikan Aidilfitri bersama keluarga maut apabila kereta dinaiki terlibat dengan kemalangan dengan sebuah lori.
Kerajaan Johor gesa Ranhill SAJ segera tangani isu gangguan bekalan air
Kerajaan Johor menggesa Ranhill SAJ untuk segera menangani isu gangguan bekalan air yang masih berlaku pada musim perayaan Aidilfitri ini.
'Jem' luar biasa! 18 jam redah kesesakan balik raya
Tempoh perjalanan menjadi panjang disebabkan oleh masalah kesesakan lalu lintas akibat pertambahan kenderaan di atas jalan raya.
Lebih 20,000 kunjungi Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Sabah
Lebih 20,000 tetamu menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Kerajaan Sabah hari ini.
Aliran trafik semakin sesak, kemalangan di beberapa kawasan
Aliran trafik sesak selepas Plaza Tol Sungai Besi menuju ke pusat bandar setakat jam 4.50 petang.
Kegembiraan rai Aidilfitri bertukar tragedi
Nahas yang berlaku kira-kira pukul 12.45 tengah malam itu menyebabkan mangsa Nurul Izati Yunus, 23, meninggal dunia di tempat kejadian.