KUALA LUMPUR: Kaji selidik dijalankan oleh Google Malaysia mendapati 72 peratus ibu bapa secara proaktif mendidik diri mereka tentang keselamatan dalam talian pada tahun ini, berbanding hanya 67 peratus pada 2021.
Menyifatkannya sebagai perkembangan menggalakkan, Ketua Komunikasi Google Malaysia Nadia Khan berkata kaji selidik dalam talian tentang 'Keselamatan Kanak-Kanak dan Keluarga' itu, juga menunjukkan 30 peratus ibu bapa tidak merasakan bahawa anak mereka mempunyai pengetahuan yang baik mengenai isu keselamatan dalam talian.
"Dari saat anak menerima peranti biasanya pada usia 10 tahun, purata ibu bapa hanya mula bercakap mengenai keselamatan dalam talian dengan mereka pada usia 13 tahun," katanya kepada media selepas taklimat meja bulat mengeni 'Keselamatan Dalam Talian bagi Kanak-Kanak dan Keluarga' di sini hari ini.
Beliau berharap dapat meningkatkan kesedaran dan mendidik ibu bapa melalui sumber dan alatan percuma seperti program YouTube Kids, Family Link dan Be Internet Awesome untuk melengkapkan diri dan anak-anak mereka agar lebih selamat ketika dalam talian selain membina amalan digital yang sihat.
Ketika ditanya mengenai cadangan untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan ibu bapa tentang keselamatan dalam talian menerusi kerjasama rapat dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di sekolah, Nadia berkata mereka akan menimbangkan cadangan itu bagi program akan datang.
Sementara itu, Ketua Penyelesaian Prestasi Asia Tenggara (SEA) Google Jenny Lim berkata buli siber perkara yang paling menjadi kebimbangannya.
Katanya untuk itu beliau telah menetapkan had masa skrin untuk anak perempuannya terutama pada hujung minggu, selain menunjukkan contoh yang baik menerusi amalan tingkah laku bersesuaian.
"Mungkin ada ibu bapa yang tidak mahir Internet dan membiarkan saja anak mereka terdedah kepada teknologi. Bagaimanapun, penting bagi mereka untuk tahu tentang perkara ini dan satu daripada caranya ialah berhubung dengan ibu bapa lain atau mencari kumpulan yang berkepentingan sama bagi mendapatkan pandangan berbeza," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 30 2023

30 peratus ibu bapa tidak merasakan bahawa anak mereka mempunyai pengetahuan yang baik mengenai isu keselamatan dalam talian. - Gambar hiasan

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Malaysia ambil pendekatan seimbang, tidak ikut langkah sekat akses dalam talian
Fahmi berkata Malaysia akan mengambil pendekatan yang lebih seimbang dalam menangani isu keselamatan dalam talian.

Singapura perkenal kod amalan untuk aplikasi bagi meningkatkan keselamatan dalam talian
Kategori kandungan berbahaya yang dikenal pasti termasuk kandungan seksual, keganasan, bunuh diri dan mencederakan diri.

'Apa guna ambil duit rakyat Malaysia?'- Fahmi mahu pengendali media sosial sekat aktiviti jenayah
Pengendali platform media sosial perlu lebih proaktif dalam membantu kerajaan menyekat sebarang aktiviti tidak bermoral serta menyalahi undang-undang di akaun media sosial.

Semua negara mesti bersatu atasi ancaman dalam talian berikutan penggunaan media sosial - Pakar
Pengguna daripada pelbagai segmen masyarakat sangat bergantung kepada media sosial untuk mendapatkan maklumat harian mereka.

Meta, MCMC jalin kerjasama laksana Kempen Kesedaran Amalan Keselamatan Dalam Talian
Kerjasama itu termasuk Kempen Keselamatan Dalam Talian untuk Kanak-Kanak dan Keluarga yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

Kerajaan bakal laksana kajian, anjur persidangan mengenai dasar keselamatan dalam talian - Azalina
Kerajaan merancang untuk membangunkan hala tuju dasar perundangan yang komprehensif bagi menangani subjek rumit ini dalam masa terdekat.

Kempen keselamatan dalam talian untuk kanak-kanak dan keluarga akan dilancar - Fahmi
Kementerian Komunikasi akan melancarkan Kempen Keselamatan Dalam Talian untuk Kanak-kanak dan Keluarga dalam masa terdekat, bagi menangani isu keselamatan golongan berkenaan di alam siber, kata Menter

Meta, TikTok beri komitmen soal keselamatan dalam talian libat kanak-kanak - Fahmi
Perbincangan yang berlangsung hari ini antara lain menyentuh tentang pemantauan kandungan berunsurkan jenayah seperti judi dalam talian, scam, berita palsu dan 3R.

72 peratus ibu bapa proaktif mendidik diri tentang keselamatan dalam talian
30 peratus ibu bapa tidak merasakan bahawa anak mereka mempunyai pengetahuan yang baik mengenai isu keselamatan dalam talian.