Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam kenyataan hari ini memaklumkan jumlah calon yang berjaya mendapat tempat ialah 77 peratus daripada jumlah keseluruhan pemohonan iaitu sebanyak 105,424 yang diterima sistem UPUOnline.
Menurut KPT, sebanyak 1,114 program pengajian Sarjana Muda telah ditawarkan bagi sesi pemohonan kali ini.
"Kemasukan pelajar ke institusi-institusi berkenaan dibuat berasaskan prinsip meritokrasi dengan menyusun semua calon yang layak mengikut markah merit tertinggi hingga terendah," menurut kenyataan itu.
KPT menjelaskan calon yang tidak berjaya mendapatkan tawaran tempat pengajian boleh membuat rayuan melalui UPUOnline dalam tempoh 10 hari bermula 12 tengah hari ini hingga 5 petang, 15 Sept.
"Kementerian mengucapkan selamat maju jaya kepada semua calon yang berjaya dan semoga peluang menyambung pengajian pada peringkat pendidikan tinggi digunakan sebaiknya," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA