KUALA LUMPUR: Seramai 700 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dianugerah Pingat Jasa Malaysia (PJM) sebagai pengiktirafan atas sifat keperwiraan, keberanian, pengorbanan dan kesetiaan dalam menyumbang kepada kebebasan negara daripada ancaman pengganas komunis.
Kementerian Pertahanan dalam kenyataan malam tadi memaklumkan penganugerahan itu, yang disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Datuk Seri Muez Abd Aziz di Dewan Perwira, Wisma Pertahanan ATM, telah dilaksanakan sejak 2004.
"PJM hanya dianugerahkan kepada anggota tentera atau bekas anggota tentera yang memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti telah berkhidmat atau terlibat dalam operasi secara berterusan selama tiga bulan dan ke atas atau telah bertugas secara langsung tidak kurang dari enam bulan di mana-mana pasukan atau formasi ATM bagi tempoh dari 1 Jan 1969 hingga 2 Dis 1989 bagi operasi menentang Parti Komunis Malaya (PKM).
"Antara syarat lain, veteran tersebut telah berkhidmat atau terlibat dalam operasi secara berterusan selama tiga bulan dan ke atas atau telah bertugas secara tidak langsung tidak kurang dari enam bulan di mana-mana pasukan atau formasi ATM bagi tempoh 1 Jan 1969 hingga 17 Okt 1990 bagi operasi menentang Parti Komunis Kalimantan Utara (PKKU)," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu juga memaklumkan syarat lain ialah veteran itu telah terbunuh, cedera atau menjadi kurang upaya disebabkan oleh tugas menentang pengganas PKM bagi tempoh 1 Jan 1969 hingga 2 Dis 1989 atau pengganas PKKU bagi tempoh 1 Jan 1969 hingga 17 Okt 1990.
Majlis semalam merupakan penganugerahan pertama yang disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan setelah Menteri Pertahanan bersetuju mewakilkan kuasa melalui Panglima Angkatan Tentera dan Ketua-Ketua Perkhidmatan ATM untuk menyempurnakan pemakaian PJM melalui Mesyuarat Majlis Veteran Kebangsaan bertarikh 29 Sept 2022.
Turut hadir Ketua Staf Markas ATM Leftenan Jeneral Datuk Arman Rumaizi Ahmad, Timbalan Panglima Tentera Darat Leftenan Jeneral Datuk Seri Mohammad Ab Rahman, Timbalan Panglima Tentera Laut Laksamana Madya Datuk Sabri Zali, Timbalan Panglima Tentera Udara Leftenan Jeneral Datuk Muhamad Norazlan Aris, Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM Mejar Jeneral Zambery Jefry Darus serta wakil Persatuan Veteran ATM sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor.
Sehingga kini, seramai 33,632 warga Veteran ATM menerima PJM manakala bagi veteran yang layak dan belum lagi mendapat anugerah itu dijadual menerimanya pada masa akan datang.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 08 2023
Muez (kanan) menyampaikan anugerah PJM kepada salah seorang penerima pada majlis di Dewan Perwira, Wisma Pertahanan ATM, Kuala Lumpur semalam. - Foto Facebook Kementerian Pertahanan Malaysia
Tumpuan Jumaat – 8 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tanah Enklaf Duta: Mahkamah Rayuan mahu dengar hujah lanjut
Mahkamah Rayuan Putrajaya pada Khamis memerintahkan pihak yang terlibat dalam pertikaian perundangan membabitkan Enklaf Duta agar mengemukakan hujahan lanjut berhubung nilai tanah di kawasan seluas 106.7 hektar itu.
Tuntutan Sulu: Percubaan untuk peras ugut rakyat Malaysia gagal - Azalina
Malaysia kini akan memfokus kepada usahanya di Perancis untuk mendapatkan pembatalan Award Akhir itu secepat mungkin.
Ada transaksi meragukan, SPRM mahu lihat jika ada unsur penipuan - Azam Baki
Azam berkata, SPRM juga percaya sebahagian dana pelaburan disalahgunakan dalam hal tersebut, namun siasatan masih dijalankan.
Australia cadang larang media sosial untuk individu bawah 16 tahun
Australia dijangka akan menggubal undang-undang bagi melarang penggunaan media sosial untuk individu berusia di bawah 16 tahun.
Insiden letupan: Enam anggota Malbatt 850 cedera ringan - ATM
Insiden berlaku berdekatan Stadium Saida, Lubnan, ketika pergerakan anggota MALBATT 850-12 dari Beirut ke Kem Marakah.
TikTok diarah tutup operasi di Kanada atas sebab keselamatan
TikTok diarahkan oleh kerajaan Kanada untuk menutup perniagaan mereka di negara tersebut. Arahan diberikan kerana TikTok didakwa mendatangkan kesan negatif kepada keselamatan Kanada.
Teknologi AI: Arab Saudi rancang pelaburan AS$100 bilion saingi UAE
Inisiatif itu, yang dipanggil "Project Transcendence", juga akan memberi tumpuan kepada merekrut bakat baharu, membangunkan ekosistem tempatan dan menggalakkan syarikat teknologi untuk melakukan pelaburan sumber.
10 Berita Pilihan - (7 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Korea Selatan mungkin hantar bekalan senjata ke Ukraine
Presiden Korea Selatan tidak menolak kemungkinan akan menghantar bekalan senjata kepada Ukraine susulan provokasi oleh Korea Utara. Perkara tersebut turut dibincangkan dengan Presiden terpilih Donal Trump.
Keputusan perolehan Black Hawk tunggu Oktober ini - Khaled Nordin
Perkembangan kontrak sewaan helikopter Black Hawk untuk Tentera Darat Malaysia (TDM) akan diketahui pada Oktober ini.
MINDEF beri masa hingga Oktober ini untuk kontraktor hantar helikopter Black Hawk
Mohamed Khaled berkata sekiranya pihak berkenaan gagal menepati masa yang diberikan, kementerian akan membatalkan kontrak perolehan perkhidmatan sewaan helikopter itu.
Mindef tidak lantik NGO kutip dana bantu rakyat Palestin - Menteri
Kementerian Pertahanan tidak melantik mana-mana badan bukan kerajaan (NGO) untuk mengutip dana bagi membantu membiayai kos rawatan rakyat Palestin yang sedang dirawat di dalam negara ketika ini.
Mindef siasat dakwaan kehadiran kapal Pengawal Pantai China di perairan Beting Patinggi Ali
Mindef akan menyiasat dakwaan kehadiran kapal Pengawal Pantai China (CCG) di Laut China Selatan khususnya di kawasan sekitar Beting Patinggi Ali, Sarawak.
Pembangunan rumah keluarga sasar tampung 60 peratus anggota tentera - Adly
Kementerian Pertahanan menyasarkan pembangunan rumah keluarga angkatan tentera dapat menampung hingga 60 peratus daripada keseluruhan lebih 100,000 anggota.
Nahas helikopter Lumut: Mindef pertimbang keperluan teliti SOP latihan udara - Mohamed Khaled
Mindef akan mempertimbangkan keperluan untuk meneliti semula SOP latihan udara membentuk formasi penerbangan lintas hormat bagi mengelak tragedi.
Agong berkenan lawat Kementerian Pertahanan
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan mengadakan lawatan kerja rasmi ke Kementerian Pertahanan, di ibu negara hari ini.
Mindef tidak lengahkan pelantikan Pengerusi, Ketua Eksekutif LTAT
Mindef masih mencari pengganti yang sesuai untuk jawatan Pengerusi dan Ketua Eksekutif Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) selepas dikosongkan baru-baru ini.
Sedia beri penjelasan kepada PAC berhubung laporan audit LTAT - Khaled
Menteri Pertahanan berkata pihaknya akan memberi penjelasan kepada PAC berhubung rizab negatif LTAT sekiranya dipanggil.
PAC bimbang pembinaan LCS lewat 86 hari
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) menyatakan kebimbangan terhadap pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) yang terus mengalami kelewatan.