PUTRAJAYA: Seramai 50,000 hingga 70,000 pengunjung dijangka menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri 2022 Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan ahli Jemaah Menteri Ahad ini (8 Mei) bermula 10 pagi hingga 4 petang, di Laman Sari, Kompleks Seri Perdana di sini.
Pengarah Pengurusan Pejabat Perdana Menteri Mohd Sabri Seman berkata seramai 200 petugas melibatkan jawatankuasa Kementerian Kesihatan (KKM), Pejabat Kesihatan Daerah (PKD), anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) akan ditempatkan bagi memantau prosedur operasi standard (SOP) pencegahan COVID-19 dan keselamatan bagi memastikan majlis berjalan lancar.
"Sebanyak 20 khemah disediakan di luar Kompleks Seri Perdana untuk pengunjung yang berbaris dan menunggu giliran untuk masuk ke majlis serta kemudahan untuk orang kurang upaya (OKU) dan warga emas.
"Orang awam digalakkan memakai pelitup muka dan beradab untuk melakukan pergerakan selepas menjamu selera bagi memberi peluang kepada pengunjung lain," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini.
Mohd Sabri berkata Perdana Menteri akan beramah mesra dengan para tetamu sehingga majlis selesai pada 4 petang dan pengunjung dinasihati supaya hanya berlegar dan bergambar di tempat yang dibenarkan sahaja.
Beliau berkata atur cara majlis telah disusun dan dirancang oleh Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa (BIUPA) apabila Perdana Menteri meluahkan hasrat untuk mengadakan majlis rumah terbuka bersama rakyat.
Katanya antara program yang dirancang adalah persembahan bagi memeriahkan majlis tersebut yang bertemakan suasana kampung.
Beliau turut menasihati orang awam menggunakan perkhidmatan bas secara percuma yang disediakan oleh Bas Putrajaya bermula 9 pagi dari tiga lokasi, iaitu di Putrajaya Sentral, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Masjid Putra dengan kekerapan setiap 20 minit.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 06 2022
![70,000 pengunjung dijangka hadir Rumah Terbuka Aidilfitri PM, Jemaah Menteri Ahad ini 70,000 pengunjung dijangka hadir Rumah Terbuka Aidilfitri PM, Jemaah Menteri Ahad ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/61651814916_RumahTerbuka.jpg)
Perdana Menteri akan beramah mesra dengan para tetamu sehingga majlis selesai pada 4 petang. - Facebook/Ismail Sabri Yaakob
!['Danger' hanya salah faham, tak pernah rasa tak selamat di Malaysia - Kim Pan-gon 'Danger' hanya salah faham, tak pernah rasa tak selamat di Malaysia - Kim Pan-gon](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721124936_KimPanGon.jpg)
'Danger' hanya salah faham, tak pernah rasa tak selamat di Malaysia - Kim Pan-gon
Maksud perkataan 'danger' yang dikatakan oleh Kim Pan-gon, dalam sidang media sebelum ini hanyalah satu salah faham.
![Istiadat Pertabalan Agong: Orang ramai dinasihat tidak cemas dengar tembakan meriam Istiadat Pertabalan Agong: Orang ramai dinasihat tidak cemas dengar tembakan meriam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721193528_tbIstiadatPertabala.jpg)
Istiadat Pertabalan Agong: Orang ramai dinasihat tidak cemas dengar tembakan meriam
Orang ramai dinasihat tidak cemas jika terdengar bunyi tembakan meriam semasa memandu di Jalan Sultan Abdul Halim pada Jumaat dan Sabtu ini.
Tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Usaha membasmi kemiskinan di Sabah antara menjadi tumpuan sidang Dewan Rakyat hari ini.
![Buang tulis 'PN' kepada bekas MP, Speaker minta hantar surat Buang tulis 'PN' kepada bekas MP, Speaker minta hantar surat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721192211_SyedHussinDewanR.jpg)
Buang tulis 'PN' kepada bekas MP, Speaker minta hantar surat
Jelas Johari, sehingga kini, PN belum menghantar sebarang notis kepadanya bagi menarik paparan di skrin Dewan Rakyat mengenai status Syed Abu Hussin.
Istiadat Pertabalan Agong: Orang ramai dinasihat tidak cemas dengar tembakan meriam
Orang ramai khususnya warga kota dinasihatkan agar tidak cemas jika terdengar bunyi tembakan meriam semasa memandu di sepanjang Jalan Sultan Abdul Halim pada pagi Jumaat dan Sabtu ini.
Jangan 'shoot down' idea P-turn - Menteri Kerja Raya
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi minta YB Stampin, Chong Chieng Jen tidak 'shoot down' idea P-turn di Lebuhraya Pan Borneo yang beri kemudahan kepada pengguna.
#AWANInews
#AWANInews
![Tragedi MH17: Sedekad berlalu, keadilan akan terus dituntut Tragedi MH17: Sedekad berlalu, keadilan akan terus dituntut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720776307_UkraineCrisis.jpg)
Tragedi MH17: Sedekad berlalu, keadilan akan terus dituntut
Mahkamah itu dalam penghakiman memutuskan bahawa mahkamah tidak meragui sama sekali bahawa MH17 telah terkena sebutir peluru berpandu BUK yang ditembak dari padang di ladang di timur Ukraine.
Teroka peluang baharu ekonomi, kurangkan kebergantungan hutang
Menurut, Pensyarah Kanan, Fakulti Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Malaya, Dr. Safiah Omar hutang boleh menjadi alat untuk memperoleh dana yang diperlukan tetapi pergantungan yang berlebihan boleh membawa kepada masalah kewangan jangka panjang, termasuk beban hutang yang tinggi serta mendorong kepada ketidakstabilan ekonomi
![Maybank perkenal tempoh bertenang 12 jam untuk peningkatan had pemindahan wang Maybank perkenal tempoh bertenang 12 jam untuk peningkatan had pemindahan wang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51704603925_TBMAYBANK.jpg)
Maybank perkenal tempoh bertenang 12 jam untuk peningkatan had pemindahan wang
Langkah ini dilakukan dalam usaha mengekang penipuan perbankan dalam talian, serta mencegah penipuan yang cuba meningkatkan had pemindahan transaksi.
![Teroka peluang baharu ekonomi, kurangkan kebergantungan hutang - Pakar Teroka peluang baharu ekonomi, kurangkan kebergantungan hutang - Pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721188868_HBREAKHUTANG.jpg)
Teroka peluang baharu ekonomi, kurangkan kebergantungan hutang - Pakar
Negara-negara yang mempunyai hutang yang tinggi sering menghadapi kesukaran untuk membayar semula hutang.
![Keputusan biopsi kedua adik Fatimah, 'The Family UK' diketahui 10 hingga 14 hari Keputusan biopsi kedua adik Fatimah, 'The Family UK' diketahui 10 hingga 14 hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71717480581_Fatimahs.jpg)
Keputusan biopsi kedua adik Fatimah, 'The Family UK' diketahui 10 hingga 14 hari
Keputusan biopsi kedua Fatimah Omar Mukhlis, kanak-kanak cilik yang pernah tular kerana kepetahannya bercakap dalam loghat Kelantan walaupun membesar di UK, akan diketahui dalam tempoh 10-14 hari.
![Bomba Kelantan rekod lebih 1,300 kes kebakaran terbuka Bomba Kelantan rekod lebih 1,300 kes kebakaran terbuka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51712718912_Kebakaran.jpg)
Bomba Kelantan rekod lebih 1,300 kes kebakaran terbuka
Sebanyak 1,379 kes kebakaran terbuka melibatkan hutan, kebun, belukar dan sampah direkodkan di Kelantan bermula Januari hingga Isnin lepas (6 Mei).
![Saya akan rindu nyanyian ‘live’ Hail Amir - Lufti Ameer Saya akan rindu nyanyian ‘live’ Hail Amir - Lufti Ameer](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51715007022_hailamir.jpg)
Saya akan rindu nyanyian ‘live’ Hail Amir - Lufti Ameer
Kesihatan Datuk Hail Amir sebelum ini dalam keadaan baik malah sempat menyambut Hari Raya Aidilfitri di Pulau Pinang baru-baru ini.
![Aishah terkejut, tak sangka video nyanyian spontan tepi jalan jadi tular Aishah terkejut, tak sangka video nyanyian spontan tepi jalan jadi tular](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714018996_aishah.jpg)
Aishah terkejut, tak sangka video nyanyian spontan tepi jalan jadi tular
Menurut Aishah, tindakan yang dilakukannya itu adalah secara kebetulan dan tidak dirancang sama sekali.
![5.9 bilion tontonan di TikTok Malaysia direkodkan sepanjang Ramadan, awal Raya 5.9 bilion tontonan di TikTok Malaysia direkodkan sepanjang Ramadan, awal Raya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41714010920_TBtiktokjpg.jpg)
5.9 bilion tontonan di TikTok Malaysia direkodkan sepanjang Ramadan, awal Raya
Tiktok Shop dilihat berkembang menjadi tumpuan ramai pengguna untuk membeli barangan, kerana ia turut digayakan dan didemonstrasikan.
![Tembakan di KLIA: 'Along' tidak sepatutnya bekerja semalam - Rakan Tembakan di KLIA: 'Along' tidak sepatutnya bekerja semalam - Rakan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51713093096_TBklia.jpg)
Tembakan di KLIA: 'Along' tidak sepatutnya bekerja semalam - Rakan
Mengikut jadual asal pengawal peribadi yang mesra disapa ramai dengan panggilan 'Along' itu tidak seharusnya bekerja semalam.
![Jamuan Aidilfitri komuniti Taiping, 'potluck' sambil berkelah Jamuan Aidilfitri komuniti Taiping, 'potluck' sambil berkelah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61713047371_potluck.jpg)
Jamuan Aidilfitri komuniti Taiping, 'potluck' sambil berkelah
Lebih istimewa apabila masing-masing yang hadir segak mengenakan pakaian kebangsaan baju Melayu dan baju kurung.
![Dewasa bergejala elak peluk, cium anak kecil semasa beraya - Pakar Pediatrik Dewasa bergejala elak peluk, cium anak kecil semasa beraya - Pakar Pediatrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41712798686_DrSelvaKumarSiva.jpg)
Dewasa bergejala elak peluk, cium anak kecil semasa beraya - Pakar Pediatrik
Golongan dewasa yan dinasihat untuk tidak menyentuh, mencium atau memeluk anak-anak kecil dengan sesuka hati.
![Rakyat Malaysia di Bangkok sambut Aidilfitri dengan keluarga, rakan Rakyat Malaysia di Bangkok sambut Aidilfitri dengan keluarga, rakan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81712749609_tbsambutAidilfitri.jpg)
Rakyat Malaysia di Bangkok sambut Aidilfitri dengan keluarga, rakan
Kedutaan Besar Malaysia di Thailand anjur majlis makan tengah hari bersama kakitangannya dan tetamu jemputan bagi meraikan Hari Raya Aidilfitri.
![Shila Amzah terbuka menerima kunjungan ibu dan adik nak datang beraya - “Andai kata mama dan Syada mahu...” Shila Amzah terbuka menerima kunjungan ibu dan adik nak datang beraya - “Andai kata mama dan Syada mahu...”](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41712740987_TBShilaAmzah.jpg)
Shila Amzah terbuka menerima kunjungan ibu dan adik nak datang beraya - “Andai kata mama dan Syada mahu...”
Penyanyi Shila Amzah memberitahu dia terbuka menerima kehadiran ibu dan adik-beradiknya untuk datang ke rumah sempena Hari Raya Aidilfitri.