TUARAN: Sebanyak 70,000 vaksin dos tunggal jenis CanSino akan diterima Sabah pada minggu hadapan, kata Datuk Seri Hajiji Noor.
Jelas Ketua Menteri Sabah, jumlah itu akan ditambah secara berperingkat-peringkat memandangkan Sabah sebelum ini telah memohon 1.8 juta dos vaksin CanSino daripada Kerajaan Pusat.
"Pada minggu depan, kita akan menerima lagi vaksin sebanyak 560,720 ribu iaitu jenis Pfizer, Sinovac dan CanSino. Apa yang dimaklumkan kepada saya, 70,000 vaksin CanSino akan dibekalkan ke Sabah minggu depan.
"Jadi dengan bekalan vaksin ini, ianya akan dapat meningkatkan lagi peratusan vaksinasi kepada rakyat kita di Sabah," katanya selepas membuat lawatan di Hospital Tuaran dan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Sulaman pada Sabtu.
Mengulas lanjut, Hajiji berkata, bekalan vaksin dos tunggal itu akan mempergiat usaha vaksinasi kepada penduduk luar bandar, pulau-pulau dan pekerja perladangan.
Mengulas mengenai tahap pemberian vaksin di Sabah, Hajiji melahirkan rasa puas hati.
Setakat semalam, 63 peratus penduduk sudah menerima dos pertama sekali gus beliau percaya Sabah mampu mencapai 40 peratus lengkap menerima vaksin dalam waktu terdekat.
Kata Hajiji, keyakinan itu disandarkan apabila melihat kadar pemberian vaksin mencapai 60,000 orang sehari.
"Jika semuanya berjalan dengan baik, Sabah boleh mencapai 60 peratus rakyat yang divaksin pada awal ataupun sebelum 15 September akan datang ini.
"Jadi ini cukup memberansangkan, cukup menggembirakan kita kerana jika ini berterusan kita boleh mencapai kelompok imuniti sekurang kurangnya mungkin pada bulan Oktober ataupun November akan datang ini," katanya lagi.
Sementara itu, Hajiji turut memohon agar kerajaan Persekutuan mempertimbangkan cadangan menaik taraf Hospital Tuaran menjadi sebuah hospital pakar.
Eleanor Michelle Patrick
Sat Aug 21 2021

Hajiji (tengah) berpeluang melihat seorang warga tua, Wakidi Kario, 85 menerima suntikan vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Hospital Tuaran, di Tuaran pada Sabtu. - Gambar ihsan CMO Sabah.

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

COVID-19: Dos penggalak tunggal CanSino diluluskan
Kementerian Kesihatan (KKM) telah meluluskan dos penggalak tunggal vaksin CanSino Convidecia untuk digunakan sebagai penggalak heterologous dengan kesemua 19 jenis vaksin utama di Malaysia.

KKM lulus vaksin Convidecia sebagai dos penggalak heterologous
Dos penggalak heterologous merujuk kepada vaksin penggalak yang diberikan dengan vaksin yang berbeza daripada vaksin yang diberikan sebelum ini, kata SGB dalam satu kenyataan.

Vaksin COVID-19: Masyarakat Orang Asli di Kelantan terima suntikan CanSino
Mereka adalah penerima terawal bagi merancakkan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) di kawasan pedalaman.

Vaksin COVID-19: CanSino diagihkan ke Pulau Mabul
Pengagihan vaksin CanSino itu bagi meningkatkan liputan imunisasi dalam usaha Malaysia melangkah ke fasa endemik.

53,000 dos CanSino tiba di Sabah hari ini
Sebanyak 53,000 dos vaksin tunggal jenis CanSino tiba di Sabah hari ini, kata Dr Rose Nani Mudin.

70,000 dos vaksin CanSino tiba di Sabah minggu depan
Sebanyak 70 ribu vaksin dos tunggal jenis CanSino akan diterima Sabah pada minggu hadapan, kata Datuk Seri Hajiji Noor.

Vaksin COVID-19: Kumpulan pertama CanSino tiba di KLIA
Kumpulan pertama bekalan vaksin COVID-19 jenis CanSino tiba di KLIA pukul 8.43 pagi.

Bekalan pertama vaksin CanSino tiba di Sabah minggu hadapan - Hajiji
Ia melibatkan 200,000 ribu vaksin jenama berkenaan yang akan digunakan untuk mempercepatkan capaian imuniti kelompok di negeri itu.

Sabah diberi keutamaan terima vaksin CanSino - Khairy
Menteri Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin beri jaminan Sabah antara negeri terawal yang akan untuk menerima vaksin dos tunggal CanSino.

Vaksin COVID-19: Proses kelulusan CanSino bermula Jun lalu
COVAX merupakan inisiatif pengedaran vaksin yang disokong oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).