KUALA LUMPUR: Anak syarikat milik penuh Solution Group Bhd (SGB), Solution Biologics Sdn Bhd, rakan kongsi pembuatan ASEAN CanSino Biologics Inc (CanSinoBIO) hari ini mengumumkan bahawa vaksin dos tunggal Convidecia CanSino telah diluluskan oleh Kementerian Kesihatan untuk digunakan sebagai pemvaksinan secara campuran atau dos penggalak heterologous.
Dos penggalak heterologous merujuk kepada vaksin penggalak yang diberikan dengan vaksin yang berbeza daripada vaksin yang diberikan sebelum ini, kata SGB dalam satu kenyataan.
"Kementerian Kesihatan dalam satu pengumuman hari ini telah meluluskan Convidecia untuk digunakan sebagai dos penggalak heterologous, dos penggalak bagi dewasa berumur 18 tahun dan ke atas yang telah melengkapkan dua dos vaksinasi Sinovac dalam termpoh sekurang-kurangnya tiga bulan," katanya.
Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan SGB Datuk Dr Mohd Nazlee Kamal berkata kelulusan KKM itu memberi rakyat Malaysia lebih banyak pilihan vaksin untuk suntikan dos penggalak dan apa yang lebih penting, menekankan keselamatan dan keberkesanan Convidecia sebagai vaksin dalam mencegah jangkitan COVID-19.
Mohd Nazlee berkata kelulusan itu juga bermakna Convidecia kini boleh membantu usaha kerajaan untuk pemberian dos penggalak dalam jumlah yang tinggi dalam memerangi varian Omicron terutamanya dalam kumpulan berisiko seperti warga tua dan mereka yang mempunyai daya tahan imun rendah.
"Penggunaan dos penggalak daripada vaksin berbeza daripada vaksin yang diberikan sebelum ini juga lebih berkesan dengan tindak balas imun yang lebih tinggi berbanding menggunakan vaksin yang sama untuk suntikan dos penggalak," katanya.
Menggariskan keberkesanan penggunaan vaksin heterologous itu, keputusan percubaan klinikal menunjukkan bahawa mereka yang menerima dos tunggal Convidecia sebagai dos penggalak selepas menerima dua dos vaksin COVID-19 tidak aktif menunjukkan bahawa ia selamat dan mempunyai kadar keberkesanan yang tinggi.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 21 2022

Dos penggalak heterologous merujuk kepada vaksin penggalak yang diberikan dengan vaksin yang berbeza daripada vaksin yang diberikan sebelum ini. - Gambar hiasan/ AP

Paus Francis stabil selepas alami masalah pernafasan - Holy See
Paus Francis yang sedang menerima rawatan akibat radang paru-paru telah melalui malam yang tenang selepas mengalami serangan asma.

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.
Lebih 18,000 orang berhimpun di Istana Maharaja Jepun raikan hari keputeraan
Lebih 18,000 orang berhimpun dalam cuaca sejuk di Istana Maharaja Jepun bagi meraikan hari keputeraan Maharaja Naruhito.

Kusta: 368 penduduk jalani ujian saringan
Kerajaan memberi jaminan bahawa rawatan bagi pesakit kusta adalah berkesan dan tidak perlu dilakukan sebarang langkah kuarantin.

Kusta: Tiada vaksin, tangani dengan amalan kebersihan dan penjagaan kesihatan
Penyakit kusta tiada vaksin khusus dan merebak melalui titisan udara. Pencegahan terbaik adalah dengan menjaga kebersihan diri serta kesihatan yang baik.

Situasi kusta di Kuala Pilah terkawal, pesakit tidak perlu lagi diasing - KKM
KKM memberi jaminan situasi kusta di Kuala Pilah dalam keadaan terkawal dan pesakit kusta tidak perlu diasingkan susulan terdapat rawatan berkesan bagi penyakit itu.

Penyakit kusta: PKD ambil langkah proaktif, lakukan pencegahan awal
PKD melakukan pencegahan awal terhadap penyakit kusta menerusi saringan dan pemeriksaan terhadap penduduk di Kampung Orang Asli (KOA) Chergun dan KOA Guntur di sini, sejak Ogos lepas.

Wabak kusta: KKM minta jangan terpengaruh dengan sumber tidak tepat
KKM meminta agar masyarakat tidak bimbang dan terpengaruh dengan sebarang spekulasi atau sumber tidak tepat berhubung wabak kusta di Kampung Orang Asli Chergun dan Guntur, Kuala Pilah.

Vaksin influenza percuma untuk warga emas di Melaka mulai hari ini
Vaksin influenza percuma untuk warga emas di Melaka mulai hari ini

Vaksin influenza percuma untuk warga emas sakit kronik mulai 18 Feb - KKM
Warga emas, iaitu mereka yang berumur 60 tahun ke atas dan mempunyai sekurang-kurangnya satu penyakit kronik tersenarai, boleh mendapatkan vaksin influenza secara percuma bermula 18 Feb ini.

Pengharaman penuh industri vape di Malaysia bukan penyelesaian yang adil - Nanostix
Nanostix Innovations Sdn Bhd dalam satu kenyataan mahu kerajaan menekankan pertimbangan utama bagi memastikan pelaksanaan yang lebih seimbang.

Pengendali makanan di tapak pesta perlu dapatkan suntikan antitifoid - KKM
Semua pengendali perlu dipastikan menghadiri Latihan Pengendali Makanan (LPM) di Sekolah Latihan Pengendali Makanan (SLPM) yang diiktiraf.

Tiada trend peningkatan influenza, tiada kes selesema burung - KKM
Malaysia tidak menunjukkan trend peningkatan kes influenza dan tidak merekodkan sebarang kes selesema burung (avian influenza) dalam kalangan manusia, demikian menurut Kementerian Kesihatan (KKM).