Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman empat hari tujuh individu bagi membantu siasatan kes satu sindiket yang dipercayai mengaut jutaan ringgit hasil manipulasi maklumat peribadi pengguna telefon bimbit yang ditumpaskan suruhanjaya itu semalam.
Mereka adalah antara lapan orang, merangkumi pengarah syarikat dan petugas teknikal tiga syarikat, yang ditahan dalam operasi khas SPRM di sekitar Lembah Klang semalam.
Majistret Shah Wira Abdul Halim mengeluarkan perintah reman itu yang bermula hari ini hingga 25 Julai, selepas membenarkan permohonan SPRM menurut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah di Mahkamah Majistret Putrajaya, di sini.
Seorang lagi individu dibebaskan dengan jaminan SPRM.
Menurut sumber SPRM, kesemua individu tersebut disyaki terbabit, menerusi tiga syarikat yang disiasat, telah menyediakan perkhidmatan "sms content services provider" iaitu penghantaran khidmat pesanan ringkas (SMS) berbayar kepada pemegang telefon bimbit di seluruh negara.
Sumber itu berkata syarikat-syarikat tersebut yang dipercayai beroperasi sejak lima tahun lalu, menghantar SMS berbentuk promosi atau untuk perkhidmatan tertentu kepada pelanggan tanpa persetujuan pengguna dan dikenakan caj bayaran tertentu bernilai RM0.50 hingga RM4.00 bagi setiap SMS yang dihantar tanpa disedari.
Menurut sumber itu, sasaran sindiket tersebut kebanyakannya adalah pengguna prabayar.
Selain keuntungan yang dikutip secara haram daripada pengguna telefon bimbit, sindiket juga membuat tuntutan kepada syarikat-syarikat telekomunikasi sebagai caj perkhidmatan, kata sumber itu.
Tambah sumber itu, sindiket tersebut juga dipercayai menyogok kakitangan syarikat telekomunikasi bagi mendedahkan nombor dan butir peribadi pengguna untuk disalahgunakan.
Bernama
Wed Jul 22 2020
SPRM tahan reman tujuh individu bagi membantu siasatan kes satu sindiket manipulasi maklumat peribadi pengguna telefon bimbit.
Niaga AWANI: [Transisi tenaga] Cabaran besar menanti Malaysia
Fokus perubahan tenaga yang Malaysia mahu laksanakan hadir dengan cabaran yang besar dan memerlukan bukan sahaja iltizam politik, sebaliknya sistem utuh dan kerjasama pelabagai pihak khususnya sektor korporat.
AWANI Pagi: Keselamatan kebakaran dalam pemasangan panel solar atas bumbung
[LANGSUNG] Fokus #AWANIpagi 17 Julai 2024 8.30 pagi,
Diskusi 8.30 pagi Rabu bersama PgB Muhamad Zahin Ishak, Pegawai Cawangan Perakuan Keselamatan Kebakaran, Bahagian Keselamatan Kebakaran, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia membincangkan antaranya langkah-langkah keselamatan utama yang perlu diambil semasa pemasangan panel solar atas bumbung untuk mengurangkan risiko kebakaran.
Diskusi 8.30 pagi Rabu bersama PgB Muhamad Zahin Ishak, Pegawai Cawangan Perakuan Keselamatan Kebakaran, Bahagian Keselamatan Kebakaran, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia membincangkan antaranya langkah-langkah keselamatan utama yang perlu diambil semasa pemasangan panel solar atas bumbung untuk mengurangkan risiko kebakaran.
Guna AI, sunting gambar rakan wanita jadi bogel
Media tempatan melaporkan, sekitar 20 wanita telah diubah gambar mereka kepada foto bogel.
Bekalan elektrik terputus, 165,000 penduduk Toronto terjejas banjir
Banjir juga menyebabkan beberapa kenderaan di bandar itu terkandas di jalan yang ditenggelami air berhampiran Jambatan Dundas.
Dua warga AS antara yang ditemui maut di hotel Thailand
Menurut polis Thailand, kesemua mangsa adalah berketurunan Vietnam, dengan dua daripadanya membawa pasport AS.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [17 Julai 2024]
[LANGSUNG] Fokus #AWANIpagi 17 Julai 2024 7.30 pagi,
Antara fokus Awani Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Azib Zikry
1. Keluarga Nur Farah Kartini mohon henti keluar kenyataan guris hati
2. Kim Pan-gon akui akan rindui sokongan rakyat Malaysia
3. Astro penyiar rasmi Sukan Olimpik Paris 2024
Antara fokus Awani Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Azib Zikry
1. Keluarga Nur Farah Kartini mohon henti keluar kenyataan guris hati
2. Kim Pan-gon akui akan rindui sokongan rakyat Malaysia
3. Astro penyiar rasmi Sukan Olimpik Paris 2024
Langkah menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah antara tumpuan Dewan Rakyat
Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin meminta Menteri Ekonomi menyatakan langkah tersebut pada sesi jawab lisan.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta pastikan kemampanan sektor air
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air.
[INFOGRAFIK] Tarikh-tarikh penting Istiadat Pertabalan Yang Di-Pertuan Agong ke-17
Berikut adalah info berkenaan dengan tarikh-tarikh penting Istiadat Pertabalan Yang Di-Pertuan Agong ke-17
Menendez didapati bersalah ke atas 16 pertuduhan rasuah
Juri di Mahkamah Persekutuan Manhattan membacakan keputusannya pada Selasa selepas berbincang selama lebih 12 jam selama tiga hari.
Lagi negara haramkan TikTok bagi institusi kerajaan
Kosovo pada Jumaat mengharamkan aplikasi TikTok bagi semua institusi kerajaannya, lapor Agensi Anadolu.
Tiada masalah terima 'bak kut teh' kalau benar-benar halal - Misbahul Munir
Teresa Kok antara yang membawakan isu tersebut, menegaskan pengiktirafan itu tidak harus dipertikai kerana ia dijangka mampu menarik ramai pelancong ke Malaysia.
Haram kenakan caj tukar kredit eMADANI
Mengenakan caj perkhidmatan bagi pertukaran eMADANI kepada bentuk tunai atau pemindahan ke bank simpanan termasuk dalam perbuatan riba yang diharamkan syarak.
Montana negeri AS pertama haramkan TikTok
Montana menjadi negeri pertama AS mengharamkan aplikasi media sosial TikTok yang dibangunkan China, apabila gabenor Republikan Greg Gianforte menandatangani rang undang-undang pada Rabu.
33 tong cecair kimia dibuang secara haram di Gopeng
Sebanyak 33 tong berisi cecair bahan kimia ditemukan di kawasan lapang berhampiran jalan ke Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Gopeng di sini, petang Isnin.
Dosa besar jadikan agama Islam sebagai bahan jenaka - Mufti
Perbuatan berjenaka dengan mempersenda dan menghina agama adalah kesalahan jenayah syariah dari sudut undang-undang.
"Kenapa tak pakai sarung tangan sentuh anjing?" - Dituduh haram, jawapan doktor ini memang 'win'!
Enggan isu berkenaan diperbesarkan hingga menimbulkan kekeliruan, doktor itu kemudian tampil menjawab mengapa dia tidak memakai sarung tangan.
Kesederhanaan Islam lengkapi keperluan keamanan bersama - Prof Mohammad Hashim
Ancaman terhadap keamanan akan sentiasa wujud dan semakin meningkat memandangkan golongan pelampau sentiasa ada di mana-mana.
Kes rasuah: Nasib Zahid ditentukan 24 Januari
Ahmad Zahid dituduh dengan 47 pertuduhan dengan 12 daripadanya pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram, melibatkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.
Belalai dipotong terkena jerat, anak gajah betina mati selepas dua hari dirawat
Jumlah gajah Sumatera yang maut akibat dijerat atau diracun kini telah mencecah sehinga 25 ekor sejak sembilan tahun lalu.