Program pembersihan laut dalam terpanjang Astro Kasih selama 168 jam yang masuk hari ketiga pada Ahad berjalan lancar.
625 kilogram sampah berjaya dikutip oleh para penyelam yang terlibat dalam cubaan bagi mencipta ‘Guinness World Record’ dalam kategori pembersihan dasar laut terpanjang.
Setiap hari para peserta akan menyelam bagi memungut sampah mengikut waktu dan giliran yang telah ditetapkan.
Antara sampah sarap yang paling banyak dikutip ialah jala ikan, tayar lama, fiber optik, botol plastik dan tin minuman.
Setiap sampah yang dikutip akan ditimbang dan dihantar ke jeti untuk dilupus oleh pihak Dewan Bandaraya Kota Kinabalu.
Seramai 140 penyelam dari dalam dan luar negara akan menyelam berterusan tanpa henti selama tujuh hari tujuh malam bagi membersih 14 lokasi menyelam di Taman Marin Tunku Abdul Rahman.
Klik untuk laporan penuh Astro Awani.