NILAI: Polis berjaya menumpaskan 'geng curi lembu' dengan tertangkapnya enam lelaki termasuk seorang remaja bawah umur di Pahang pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Abdul Malik Hasim berkata, ia susulan laporan polis diterima pada 2 Februari lalu daripada seorang penternak lembu dan kerbau berusia 38 tahun yang memberitahu terserempak dengan suspek yang disyaki cuba mencuri haiwan ternakannya di Labu di sini.
"Berikutan itu, Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis (IPD) Nilai telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 379/511 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan cubaan mencuri.
"Hasil maklumat awam, kesemua suspek berusia antara 17 hingga 34 tahun itu ditahan di Maran dan Jerantut, Pahang," katanya dalam kenyataan kepada media pada Ahad.
Menurutnya, polis turut merampas sebuah kenderaan pacuan empat roda, tiga batang paip besi yang telah diubah suai, tujuh picagari, alat renjatan elektrik, cecair disyaki pelali dan beberapa peralatan curi haiwan ternakan.
Tambah beliau, hasil siasatan mendapati kumpulan itu bukan saja terlibat dalam beberapa kes curi haiwan ternakan di Negeri Sembilan tetapi juga di Pahang yang melibatkan kerugian dianggarkan RM72,000.
"Dengan tertangkapnya suspek, polis berjaya telah menyelesaikan empat kes curi haiwan ternakan iaitu dua kes di Nilai, satu kes masing-masing di Jerantut dan Kuala Lipis, Pahang.
"Kesemua suspek telah direman tiga hari bermula pada Ahad hingga Selasa," katanya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Feb 05 2023
![6 lelaki termasuk remaja ditahan curi lembu 6 lelaki termasuk remaja ditahan curi lembu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/61675635925_RemajaCuri.jpg)
Barangan dirampas daripada suspek yang digunakan untuk mencuri haiwan ternakan di Negeri Sembilan dan Pahang. -Foto Sinar Harian
Tumpuan Isnin – 08 Julai 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
'Jeff' dinobat siput terpantas dunia, menang Kejohanan Dunia Lumba Siput
Tahun ini, siput bernama Jeff dinobatkan sebagai pemenang, menang saingan akhir dengan masa 4 minit dan 3 saat. Begitupun, kepantasan Jeff tidak dapat memadam rekod yang dibuat pada tahun 1995 oleh seekor siput bernama Archie.
![Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720368598_TBPrabowo.jpg)
Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia
Kerajaan baharu yang akan dipimpin oleh Prabowo Subianto-Gibran Rakabuming Raka dijangka memperkukuh daya saing produk minyak sawit sebagai komoditi strategik untuk pasaran domestik dan antarabangsa.
![Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61706067730_TBgarisanpolis.jpg)
Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik
Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut selepas terjatuh ke dalam tasik dipercayai ketika sedang mencari lokan di Taman Tasik Teratai Fasa 2 Serendah, Hulu Selangor.
Ribuan umat Islam zahir solidariti kepada Palestin di Shah Alam
Bertemakan Gaza Bangkit, program pada Ahad malam itu turut mengundang pendakwah dari Indonesia, Ustaz Abdul Somad Batubara untuk menyampaikan ceramah.
NGO, belia perlu ambil iktibar peristiwa hijrah - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru pertubuhan bukan kerajaan dan gerakan belia mengambil iktibar daripada peristiwa Hijrah Nabi Muhammad SAW untuk mengembalikan kegemilangan negara.
Kehadiran ATM di Timur Sabah berikan keyakinan masyarakat setempat
Kehadiran pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Timur Sabah meningkatkan keyakinan masyarakat setempat serta merancakkan lagi pembangunan sektor pelancongan, ekonomi dan sosial di kawasan itu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703329565_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
Enam cedera hari pertama Festival Larian Lembu di Sepanyol
Meskipun ada yang cedera, acara tersebut sentiasa mendapat perhatian dan tahun ini, ratusan orang mengejar enam ekor lembu jantan di bandar itu.
![6 lelaki termasuk remaja ditahan curi lembu 6 lelaki termasuk remaja ditahan curi lembu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/61675635925_RemajaCuri.jpg)
6 lelaki termasuk remaja ditahan curi lembu
Hasil maklumat awam, kesemua suspek berusia antara 17 hingga 34 tahun itu ditahan di Maran dan Jerantut, Pahang.