“Kebanggaan itu penting. Apabila kita bangga dengan pencapaian, kita dapat motivasi and inspirasi. Namun apa yang penting adalah tabiat. Sebagai contoh, mungkin ada yang mempunyai semangat untuk membaca.... beli sahaja buku tetapi tidak membaca tidak guna juga."
Demikian pandangan pengasas Zubedy (M) Sdn Bhd dan ahli Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN) Anas Zubedy, dalam mewujudkan masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju dengan keyakinan terhadap diri sendiri, bangga dengan apa yang dicapai serta gagah menghadapi pelbagai masalah.
Ini merupakan cabaran kedua dalam acuan gagasan Wawasan 2020 yang diilhamkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada 1991.
Ini juga merupakan antara sembilan cabaran dalam misi negara untuk mencapai kecemerlangan dalam tempoh lima tahun dalam bidang ekonomi, politik, sosial, kerohanian dan psikologi.
Bagi Anas, merasa bangga tidak cukup untuk meneruskan momentum dalam pembangunan negara.
“Ada yang buat sikit, mahu diberi ‘A’ atau dirai. Kita punya standard prestasi sudah menurun.
“Perlu ada tabiat kerja kuat, tabiat bangun awal, tabiat menjadi lebih efektif. Ia datang dari disiplin, etika kerja dan piawai yang tinggi,” kata Anas ketika ditemui di ibu pejabat syarikatnya di Damansara.
Rakyat Malaysia sudah bebas?
Anas berkata rakyat Malaysia tidak akan bebas selagi mereka hilang keyakinan dengan diri sendiri dan terus menyalahkan faktor-faktor luar.
“Orang Malaysia ini biasanya kalau ada yang tidak elok, dia tidak akan tengok diri sendiri dulu, tetapi dia terus memberi alasan atas sebab-sebab luaran. Bagaimana kita hendak bebas? Orang yang bebas biasanya tidak akan menyalahkan apa-apa fakor tetapi akan terus mengambil tindakan.”
“Jiwa bebas ini datang daripada satu keadaan di mana manusia itu percaya bahawa tuhan tidak akan ubah nasib dia kecuali kalau dia ubah diri dia sendiri.
"Dia tahu kalau dia nak betul-betul nak buat sesuatu, dia ada kuasa, dia ada kebolehan, dia ada jalan untuk mencapai kejayaan. Dia bebas daripada faktor luar dan memberi sebab-sebab luaran,” katanya.
Modal insan generasi X, Y, Z
Selain berjiwa bebas, ia memerlukan modal insan yang berwibawa dan dinamik agar ekonomi negara dapat terus maju.
Anas berpendapat bahawa generasi muda hari ini yang akan menerajui negara lima tahun kelak.
Pada pandangan beliau, generasi Y mempunyai pegetahuan yang luas tetapi tidak mendalam.
“Generasi Y ketika ini biasanya akan buat banyak perkara tetapi untuk menjadi pakar dalam satu bidang perlu mengambil masa selama lima hingga enam tahun dan bukan lima hingga enam bulan.
“Jika generasi Y tidak mendalami pengetahuan yang luas itu, jadi pencapaian Wawasan 2020 tidak akan mendalam. Ia cuma berada pada permukaan sahaja, dan tidak stabil,” katanya.
Namun Anas berkata ini bukan perkara yang perlu dibimbangkan kerana Generasi Y akan dibimbing oleh generasi sebelum mereka iaitu generasi X yang mempunyai pengalaman yang mendalam.
Selain itu Anas berkata generasi Z, yang ketika ini dalam lingkungan belasan tahun, mempunyai kebolehan tersendiri.
“Generasi Z memang dahsyat. Mereka ada kebolehan dari generasi Y tetapi lebih mendalam,” katanya.
Pemikiran barat lawan timur
Pada tahun 1982 Tun Mahathir memperkenalkan Dasar Pandang Ke Timur sebagai satu usaha mengalihkan pandangan rakyat dari terlalu membesarkan kemajuan negara Barat.
Antaranya, Tun Mahathir berkata: ‘’Mereka dari negara maju, sudah mempengaruhi orang Malaysia dengan berbagai pendapat yang bertujuan supaya kita tidak bekerja dan oleh itu tidak dapat bertanding dengan mereka. Bilakah kita akan sedar bahawa kita telah dipermainkan oleh mereka, bahawa walaupun negara telah dibebaskan, fikiran kita masih dijajah.”
Anas akui dunia ini terajui oleh orang-orang barat dan inovasi mereka, seperti beberapa laman media sosial.
“Kalau kita yakin dengan diri kita, kita tidak akan terikut dengan satu pemifikiran. Kita tidak akan terikut-ikut kepada barat sahaja atau timur sahaja.
“Kita perlu lihat tanpa prejudis dan ambil apa yang baik dan lepaskan apa yang tidak baik.
“Kita perlu ada keyakinan tanpa hilang kekuatan dalaman.” katanya.
Syafique Shuib
Thu Apr 30 2015
'Seorang yang bebas akan ambil tindakan dan tidak menyalahkan faktor luaran.' - Anas Zubedy. -Gambar fail
Wanita temui ajal buang bintik hitam, tanda lahir
Liu meninggal dunia akibat komplikasi yang berkaitan dengan tekanan intrakranial yang berlebihan.
Agenda Negara Menua antara tumpuan baharu RMK-13
Agenda Negara Menua antara tumpuan baharu kerajaan dalam merangka Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) yang bakal dibentang awal tahun depan di Parlimen. Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, berkata melalui kertas putih Agenda Negara Menua, kerajaan mendapati terdapat banyak penambahbaikan perlu dilaksanakan dari segi undang-undang untuk mewujudkan industri penjagaan.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [26 November 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Farhan Hakimi & Amirul Aiman
- Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
- Kes Faisal Halim diambil alih Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bukit Aman
- Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta
#AWANIpagi #AWANInews
- Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
- Kes Faisal Halim diambil alih Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bukit Aman
- Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta
#AWANIpagi #AWANInews
Dibuang sekolah kerana ibu bapa tidak pilih calon pemimpin
Pemerintah Pamotan, Rembang, akan memanggil pemilik tadika berkenaan untuk tujuan siasatan lanjut.
Biden, Macron dijangka umum gencatan senjata Israel-Hezbollah
Rundingan semakin hampir dimuktamadkan tetapi belum selesai sepenuhnya.
Kim Swee jurulatih baharu kelab Indonesia, Persis Solo
Datuk Ong Kim Swee sah dilantik sebagai ketua jurulatih baharu sebuah kelab bola sepak dalam Liga Indonesia, Persis Solo.
Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
WHO kecam serangan hospital di utara Gaza
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengecam serangan berterusan rejim Zionis ke atas Hospital Kamal Adwan di Utara Gaza.
Perkara itu disampaikan Ketua Pengarahnya, Tedros Adhanom Ghebreyesus menerusi sebuah ciapan di X.
Serangan Israel di beirut tengah ragut 29 nyawa
Kawasan padat penduduk di tengah Beirut, musnah akibat serangan udara Israel pada Sabtu lalu, mengorbankan sekurang-kurangnya 29 orang, termasuk kanak-kanak.
Serangan ini menjadi yang paling dahsyat di Beirut dalam setahun terakhir.
Serangan ini menjadi yang paling dahsyat di Beirut dalam setahun terakhir.
UAE tahan tiga suspek kes bunuh rabai
Ketiga-tiga suspek merupakan warga Uzbekistan berusia 28 hingga 33 tahun.
#5Tahun2020: Rakyat sudah bersedia, kerajaan belum - Ambiga
Bekas Presiden Majlis Peguam Datuk Ambiga Sreenevasan mahukan pilihan raya yang bebas dan ruang demokrasi yang besar agar rakyat bebas bersuara.
#5Tahun2020: 'Bangga saja tidak mencukupi, perlu ada tabiat hebat' - Anas Zubedy
Bagi Anas Zubedy, seseorang yang bebas mempunyai kuasa, kebolehan, dan mencari jalan untuk mencapai kejayaan dan tidak menyalahkan faktor luaran.
#5Tahun2020: Jangan 'bertuhankan' Bahasa Inggeris - Nik Safiah
Wawasan 2020 yang diilhamkan Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada tahun 1991 merupakan misi negara mencapai kecemerlangan dalam pelbagai bidang.