Sebanyak 581 kes penderaan kanak-kanak yang dilakukan pengasuh, dilaporkan dari tahun 2015 hingga Jun tahun ini.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata mengikut statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) itu, sebanyak 146 kes berkenaan bermula awal tahun ini sehingga Jun.
"Sebanyak 32 Taska dikenakan tindakan arahan bertulis, 14 Taska dikenakan tindakan kompaun, empat taska dikenakan tindakan tutup sementara, 52 Taska dibatalkan pendaftaran dan dua taska lagi telah didakwa pada tempoh tersebut," katanya dalam ucapan perasmian sempena majlis penutup Bengkel Khas Taska di Rumah, di Putrajaya, pada Ahad.
Beliau berkata kementeriannya memandang serius kes penderaan kanak-kanak dan pengabaian berlaku di pelbagai tempat termasuk di Taska.
Bengkel Khas Taska di Rumah anjuran Persatuan Pengasuh Berdaftar Malaysia (PPBM) diikuti 250 peserta itu bertujuan memberi pendedahan berhubung keperluan pendaftaran Taska di Rumah serta menggalakkan serta memastikan semua Taska di Rumah berdaftar dengan JKM.
Jelasnya, kebanyakan kes kemalangan berlaku di taska adalah di kalangan taska yang tidak berdaftar dan berpunca dari pengasuh yang tidak menghadiri Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak PERMATA (KAP).
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 28 2017
Kes penderaan kanak-kanak dan pengabaian berlaku di pelbagai tempat termasuk di taska perlu dipandang serius. -Gambar hiasan
SynBorneo Sustainable Farm cipta persekitaran biodiversiti lestari
SynBorneo Sustainable Farm di Lahad Datu telah menghasilkan transformasi amalan pertanian di Sabah dengan pendekatan pertanian sintropik sejak tahun 2023.
Kedudukan Sarawak di garis khatulistiwa jadi lokasi strategik
Kedudukan Sarawak yang terletak di garis khatulistiwa menjadikannya lokasi strategik untuk projek Aeroangkasa.
Bedah siasat mangsa maut dilakukan Isnin depan
Pihak Polis masih menjalankan siasatan berhubung insiden rumah runtuh Jalan Stampin Baru, di Kuching yang menyebabkan kematian seorang lelaki awal pagi Sabtu.
Zaidatul optimis KOM mampu selesaikan isu rekod kebangsaan tidak diiktiraf
Ratu pecut negara Zaidatul Husniah Zulkifli optimis Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) mampu menyelesaikan isu rekod kebangsaan diciptanya yang masih belum mendapat pengiktirafan Olahraga Dunia (WA).
Operasi mangsa jatuh tongkang ditangguh ekoran cuaca buruk
Operasi carilamat seorang warga emas yang terjatuh ke laut dari sebuah tongkang, Linau 27 di Perairan Muara Rejang memasuki hari ke-empat.
Amaran ribut petir di 9 negeri termasuk Sabah, Sarawak
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada Sabtu mengeluarkan amaran ribut petir di beberapa negeri di Semenanjung dan Sabah serta Sarawak.
Bersama pertahan semangat setiakawan, harmoni pelbagai kaum
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menyeru semua pihak mempertahankan keharmonian dan semangat setiakawan di negeri ini yang menjadi teladan perpaduan di Malaysia.
Pengampunan Najib: Bersolidariti ikut musim sangat memualkan - Khaled
Khaled berkata, UMNO tidak akan berhenti berjuang mendapatkan keadilan terhadap Najib, dan akan dilakukan mengikut lunas perundangan.
Konsol mudah alih Atari Gamestation Go akan dilancarkan di CES
Gamestation Go juga mempunyai dua port USB-C dan port HDMI, serta mungkin hadir dengan 200 permainan klasik Atari secara terbina.
Perjanjian JS-SEZ dijangka dimeterai Isnin ini - MB Johor
Perjanjian Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dijangka dimeterai di Putrajaya Isnin ini, kata Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.
581 kes penderaan kanak-kanak dilaporkan sejak 2015 hingga Jun ini
Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata mengikut statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) itu, sebanyak 146 kes berkenaan bermula awal tahun ini sehingga Jun.