Sebanyak 5,000 kotak bekalan makanan mula diagih hari ini di beberapa tempat di Gaza, sebaik tiga wakil misi bantuan kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) berjaya memasuki wilayah bergolak itu semalam.
Presiden KP1M, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dan dua wakil yang dibenar masuk ke Gaza melalui sempadan Rafah pada Ahad iaitu Duta Besar Malaysia ke Mesir dan Palestin Datuk Ku Jaafar Ku Shaari dan Duta Palestin ke Malaysia, Dr Anwar Al-Agha.
Bantuan daripada rakyat Malaysia itu mula diagih di Khan Younis, dibantu wakil kerajaan Palestin dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) Palestin.
Abdul Azeez berkata misi kemanusiaan itu akan diteruskan seperti dirancang antara lain bagi mengagihkan bekalan makanan itu kepada sekurang-kurangnya 25,000 warga Palestin.
"Sehingga sekarang keadaan masih mengizinkan di sini, dan selamat untuk kami bergerak," katanya ketika dihubungi pihak media yang mengikuti misi berkenaan di sini hari ini.
Tujuh puluh lapan sukarelawan lain termasuk media tidak dibenarkan meneruskan perjalanan apabila konvoi misi berkenaan yang dalam perjalanan, disekat kira-kira lima jam oleh tentera Mesir di Qantara, berhampiran Terusan Suez Ahad.
Abdul Azeez yang juga Pengerusi Biro Kebajikan Umno berkata setakat ini, perwakilan misi berkenaan turut melawat tiga hospital iaitu Hospital Abu Yusuf Al Najar, Hospital Nasser dan Hospital Bulan Sabit Merah Al Amal.
"Semua bantuan makanan, dan perubatan akan kami cuba teruskan sehingga selesai, ini amanah 28 juta rakyat Malaysia, akan kami sampaikan sedaya upaya sepanjang kami berada di sini," katanya.
Abdul Azeez menjangkakan akan keluar daripada wilayah bergolak itu esok dan mereka berjaya memasuki Gaza dengan diiringi tentera Mesir sehingga ke sempadan Rafah.
Di Kaherah, para doktor yang tidak berpeluang ke Gaza, akan meneruskan misi bantuan kemanusiaan KP1M dengan membantu rakyat Palestin yang dimasukkan ke hospital akibat serangan kejam tentera Zionis.
Mereka seterusnya akan membuat penilaian sekiranya perlu untuk membawa beberapa pesakit ke Malaysia bagi mendapat rawatan lanjut.
Hampir 2,000 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan Israel di Gaza sejak 8 Julai lepas.
Bernama
Tue Aug 19 2014

5000 kotak bantuan bekalan makanan mula diagih KP1M di Gaza
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.

90 peratus kediaman di Gaza musnah - IOM
Sejak 19 Jan, IOM menyalurkan bantuan merangkumi tempat perlindungan, bekalan air, alatan kebersihan serta barangan bukan makanan bagi menyokong penduduk Gaza.

Hamas siasat silap serah mayat tebusan, Netanyahu berang
Hamas sedang menyiasat kemungkinan kesilapan dalam mengenal pasti mayat yang diserahkan kepada Israel di bawah perjanjian gencatan senjata.

Sidang kemuncak pemimpin Arab bermula di Riyadh di sebalik perancangan pembangunan semula Gaza
Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman menjadi tuan rumah bagi sidang kemuncak peringkat tinggi di Riyadh.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Boikot berterusan Starbucks, Maybank IB potong unjuran pendapatan Berjaya Food RM95 juta pada FY25
Katanya, kerugian bersih teras kumpulan pada 2QFY25 sebanyak RM31 juta menjadikan kerugian bersih teras 1HFY25 kepada RM65 juta.

Penghantaran pertama rumah mudah alih ke Gaza bertolak dari Mesir
Trak yang membawa rumah mudah alih dan sebuah jentolak melintasi bahagian Mesir di Pintu Sempadan Rafah menuju ke terminal Kerem Shalom.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Jentera pulihkan Gaza disekat, 'jentera memusnahkan' pula dibenar masuk ke Israel - Penganalisis
Pelaksanaan gencatan senjata di Gaza ketika ini adalah tidak memuaskan berikutan kegagalan Israel melaksanakan sepenuhnya janji mereka yang melibatkan aspek penghantaran bantuan kemanusiaan.