Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) memperuntukkan tambahan 500 lesen vesel nelayan kelas A berteraskan konsep pemodenan bagi menarik lebih ramai golongan muda menyertai industri perikanan.
Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, sudah sampai masanya industri perikanan dimodenkan dengan dipandu anak muda ke arah memberi sumbangan ekonomi negara yang lebih baik.
“Saya (MOA) bersedia memberi tambahan 500 lesen baharu vesel kelas A tetapi dengan pemodenan dan satu nilai tambah seperti Norway yang sentiasa memastikan nilai tambah kepada nelayan supaya turut disertai nelayan muda.
“Kita tidak mahu lagi persepsi lama kebanyakan bapa nelayan yang tidak mahu anak mereka mewarisi bidang ini,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan tambahan Datuk Dr Abd Latiff Ahmad (PH-Mersing) yang bertanyakan mengenai insentif kerajaan dalam usaha menarik golongan muda menjadi nelayan.
Justeru, katanya kerajaan akan memastikan setiap bot berkenaan dilengkapi dengan peralatan moden dan berteknologi tinggi.
Selain itu, beliau juga akan meningkatkan penguatkuasaan di kawasan perairan supaya tiada lagi pencerobohan yang akan menjejaskan hasil laut negara.
Harits Asyraf Hasnan
Thu Nov 07 2019

Kerajaan berpendapat, sudah sampai masanya industri perikanan dimodenkan dengan dipandu anak muda ke arah memberi sumbangan ekonomi negara yang lebih baik. - Gambar hiasan
ASEAN 2025 | 13 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Pantau Agenda Reformasi: SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang
Bersama Jose Rizal, Ketua Aktivis, Gerakan E-Hailing Malaysia membincangkan tentang SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang.

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Cuepacs mohon kerajaan pertimbang beri Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri kepada penjawat awam.

PM Anwar arah KKDW segerakan, pantau rapi projek infrastruktur asas rakyat
Perdana Menteri mengarahkan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah supaya menyegerakan projek-projek infrastruktur asas yang melibatkan kepentingan rakyat.

Chong Wei sedia kongsi komitmen sebagai duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei bersedia memikul tanggungjawab sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor seperti diumum Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tiada bukti kaitkan bekas pakar patologi dengan pembunuhan Kevin Morais - Peguam
Mahkamah Persekutuan diberitahu tiada bukti yang mengaitkan Kolonel Dr R. Kunaseegaran dengan kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais.

Pemastautin sementara dalang palsu MyKad - Saifuddin
Seorang pemastautin sementara dipenjara kerana didapati menjadi dalang aktiviti pemalsuan kad pengenalan (MyKad) di ibu negara.
Vietnam seru negara anggota perkukuh ekonomi
ASEAN perlu memastikan kebergantungan strategik dan keupayaan menyesuaikan diri dalam menghadapi cabaran yang semakin berkembang pesat di tengah persaingan strategik.
Vietnam cadang lanjut cuti bersalin ke 7 bulan
Vietnam bercadang membenarkan pekerja wanita melanjutkan cuti bersalin daripada enam bulan kepada tujuh bulan apabila melahirkan anak kedua.

Perubahan iklim dan pengasidan laut pembunuh senyap industri perikanan negara
Penurunan secara konsisten dari tahun ke tahun sepanjang tempoh 2020-2022 secara langsung mencerminkan ancaman ke atas sekuriti makanan negara.

Lebih ramai rakyat Malaysia perlu terlibat dalam industri tangkapan tuna - Mohamad
Buat masa ini hanya 11 vesel yang mengambil bahagian dalam industri berkenaan berbanding 74 vesel yang telah diperuntukkan oleh IOTC.

Bantuan RM150 juta untuk transformasi nelayan
Kedua-dua kemudahan itu adalah untuk pembangunan industri perikanan pantai.

MAFI sasar 10 peratus perairan negara dilindungi sebagai Kawasan Perlindungan Marin
Sasaran itu selaras dengan obligasi di bawah Matlamat Pembangunan Lestari, Dasar Agromakanan Negara 2.0 dan Dasar Kepelbagaian Biologi Kebangsaan 2016-2025.

Kerajaan komited kurangkan pekerja asing dalam industri perikanan
Kerajaan memperuntuk RM150 juta kepada Program Pemodenan Vesel dan Mekanisasi Tangkapan Dana Jaminan Makanan untuk transformasi nelayan tradisi ke laut dalam.

Malaysia dan Indonesia sedia wujudkan kawasan pembangunan bersama perikanan
Malaysia dan Indonesia pada asasnya bersetuju untuk mewujudkan kawasan pembangunan bersama industri perikanan di kawasan pertindihan perairan kedua-dua negara.

500 lesen vesel kelas A berciri moden diwujudkan
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani peruntukkan tambahan 500 lesen vesel nelayan kelas A berteraskan konsep pemodenan