BENTONG: Sebanyak 50,000 tempat disediakan kepada generasi muda Felda untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Majlis TVET Negara berkata peluang itu ditawarkan di lebih 1,300 institusi TVET kepada generasi kedua hingga kelima tanah rancangan, dengan kursus disediakan adalah bersesuaian dengan kehendak guna tenaga negara.
"Tentulah kursus yang diadakan tidak lagi mengikut kursus konvensional. Kita (kena) lihat bagaimana agensi dan syarikat yang menyediakan kerja...umpamanya kita mahu terlibat dalam bidang seperti pengurusan tempat peranginan, melancong, insurans atau bidang-bidang lain.
"Pada hemat saya kursus yang disediakan hendaklah sesuai dengan pasaran dan kehendak semasa bagi membolehkan mereka dapat memenuhi peluang pekerjaan yang luas," kata beliau yang juga Menteri Kemajuan Dewa dan Wilayah semasa berucap merasmikan Karnival Kerjaya MYFutureJobs di Felda Chemomoi di sini hari ini.
Turut hadir Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, Pengerusi Felda Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Pengerusi Majlis Hal Ehwal Wanita dan Keluarga UMNO Malaysia (HAWA) Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil.
Ahmad Zahid berkata perbincangan akan dilakukan dengan pihak terlibat seperti Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Human Resources Development Corporation (HRD Corp) untuk melihat keperluan semasa dalam kursus yang boleh ditawarkan.
Beliau berkata HAWA, sebagai sebuah badan bukan kerajaan (NGO) di bawah UMNO juga diminta turut membantu dengan mewujudkan kursus dan latihan terbaik buat golongan wanita dan generasi muda Felda.
Selain itu, beliau berkata mengambil kira pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kewujudan pusat hemodialisis di wilayah Felda dikendalikan Yayasan Felda, Ahmad Zahid berkata latihan bagi menguruskan pusat dialisis itu merupakan antara yang boleh ditawarkan kepada golongan muda.
Pada sambutan Hari Peneroka Felda 2023 di Taman Ekspo Pertanian (MAEPS) Serdang, Selangor, 7 Julai lepas, Perdana Menteri mengumumkan peruntukan RM21 juta bagi pembinaan 12 pusat hemodialisis di seluruh wilayah Felda.
Menurutnya permohonan supaya peluang melanjutkan pendidikan TVET dibuka kepada generasi muda Felda antara yang 'dibisikkan' Ahmad Shabery kepada beliau.
Ahmad Zahid berkata pembangunan modal insan Felda antara komitmen Kerajaan Perpaduan yang peka dengan kehendak dan keperluan masyarakat di tanah rancangan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 30 2023
Ahmad Zahid berucap pada Karnival Kerjaya MyFuture Jobs bersama HAWA Malaysia di Felda Chemomoi hari ini. --fotoBERNAMA
PM Anwar tiba di New Delhi untuk lawatan kerja tiga hari
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di New Delhi di sini hari ini untuk lawatan kerja tiga hari di India.
Dua mayat wanita ditemukan dalam longkang di Alor Setar
Dua mayat wanita ditemukan di dalam longkang di belakang sebuah bangunan terbiar di Lebuhraya Sultan Abdul Halim, hari ini.
Thaksin Shinawatra tak bimbang dituduh hina kerabat diraja, anggap ia bermotifkan politik
Bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra tidak begitu risau dengan perbicaraan kes jenayah yang akan dihadapinya kerana memfitnah golongan diraja, yang boleh menyebabkan beliau dikenakan penjara maksimum 15 tahun jika sabit kesalahan.
Iran ada hak untuk balas dendam terhadap Israel
Rundingan gencatan senjata di Gaza langsung tidak mempunyai kaitan dengan perancangan serang balas Iran susulan pembunuhan Ketua Biro Politik Hamas, Dr Ismail Haniyeh, tegas jurucakap Kementerian Luar Iran, Naser Kanani, pada Isnin.
Beliau berkata, Iran tidak berhajat untuk meningkatkan ketegangan di timur tengah, namun negara itu masih mempunyai hak untuk menghukum pelaku tersebut.
Beliau berkata, Iran tidak berhajat untuk meningkatkan ketegangan di timur tengah, namun negara itu masih mempunyai hak untuk menghukum pelaku tersebut.
Hari Kebangsaan 2024: Larangan penggunaan dron pada 26 hingga 31 Ogos di seluruh negara
Penggunaan dron tanpa kelulusan di lokasi-lokasi sambutan dan perarakan di seluruh negara sempena persiapan dan sambutan Hari Kebangsaan 2024 bermula dari 26 hingga 31 Ogos ini, adalah dilarang.
Sebuah teluk di Venezuela tercemar, harta benda rosak turut rosak
Sebuah teluk di pantai utara di laut Carribean tercemar akibat insiden tumpahan minyak yang dipercayai berpunca dari sebuah kilang penapisan El Palito, Venezuela beberapa hari lain.
Enam mangsa hilang, operasi mencari dan menyelamat diteruskan
Beberapa pasukan penyelam dan helikopter telah dikerahkan pada Isnin untuk mencari enam mangsa yang hilang dalam sebuah insiden kapal layar tenggelam di perairan Palermo,Italy.
Tujuh hilang selepas kapal layar karam di Sicily
Tujuh individu dikhuatiri hilang selepas kapal layar yang mereka naiki tenggelam pada awal pagi Isnin di persisiran pantai Sicily, Palermo Italy.
Agensi berita Reuters melaporkan, setakat ini pasukan penyelamat telah berjaya menyelamatkan 15 penumpang yang lain termasuk seorang kanak-kanak.
Agensi berita Reuters melaporkan, setakat ini pasukan penyelamat telah berjaya menyelamatkan 15 penumpang yang lain termasuk seorang kanak-kanak.
Kembara Merdeka platform semarak semangat patriotisme - KKDW
Rubiah berkata program kembara itu perlu diteruskan agar dapat memberikan manfaat kepada komuniti desa selaras hasrat Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah semasa majlis penutup Kembara Merdeka 2023.
Naik taraf prasarana sukan guna model Liga Bola Sepak Malaysia - KBS
Kementerian Belia dan Sukan Malaysia akan menggunakan model Liga Bola Sepak Malaysia dalam menaik taraf prasarana sukan di seluruh negara.
FGV kekal komited terhadap amalan pengambilan pekerja bertanggungjawab
FGV Holdings Bhd kekal komited terhadap amalan pengambilan pekerja yang bertanggungjawab dan prinsip 'tiada yuran pengambilan' untuk bekas pekerja migran melalui program pembayaran baliknya.
Pilih calon penghubung Kerajaan Pusat dengan DUN Nenggiri - Ahmad Maslan
Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri memerlukan wakil rakyat yang boleh menjadi penghubung kepada Kerajaan Persekutuan, kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan.
Nenggiri akan berubah wajah jika rakyat beri mandat kepada BN - Ahmad Zahid
Nenggiri akan berubah wajah dalam tempoh setahun jika rakyat memberi mandat kepada Barisan Nasional pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri 17 Ogos depan.
Golden melon Felda Sungai Tengi Selatan gah tembusi tembok pasar raya besar
Berpegang kepada peribahasa berbudi kepada tanah, tanah tidak menipu, menjadi resepi kepada kejayaan generasi peneroka Felda Sungai Tenggi Selatan, Hulu Selangor mengusahakan tanaman golden melon.
Guna EV di Felda, ladang
EV itu dijangka digunakan di Felda pada hujung tahun ini secara berperingkat bagi menggantikan kenderaan sedia ada.
SejaTi Madani: PM umum peruntukan RM31.7 juta untuk 317 tanah rancangan Felda
Perdana Menteri mahu semua pihak terlibat, termasuk jawatankuasa penduduk, jawatankuasa masjid, persatuan belia dan juga wanita.
Penyasaran subsidi diesel: Anwar umum peruntukan tambahan RM100 juta kepada FELDA
Langkah itu diambil bagi memastikan pendapatan peneroka Felda tidak terkesan dengan penyasaran tersebut.
Ahmad Zahid hadir Program Felda Berselawat
Timbalan Perdana Menteri menyertai lebih 1,500 pengunjung dalam Program Felda Berselawat di MAEPS, malam tadi.
Pendapatan Felda meningkat tiga peratus kepada RM186 juta pada suku pertama 2024
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) merekodkan jumlah pendapatan sebanyak RM186 juta pada suku pertama 2024 atau meningkat tiga peratus berbanding suku pertama 2023.
Aidiladha: Perdana Menteri sumbang 35 ekor lembu kepada 11 wilayah Felda
Program korban merupakan satu daripada tumpuan diberi perhatian oleh Anwar bagi memberi peluang kepada peneroka mendapat manfaat daripadanya.