Universiti Putra Malaysia (UPM) berjaya mengkomersialkan 109 produk penyelidikannya sejak tahun 1990, ujar Pengarah Putra Science Park (Pusat Inovasi dan Pengkomersilan), UPM, Prof. Madya Dr. Samsilah Roslan.
Angka itu merangkumi kira-kira lima peratus daripada jumlah hasil intelek (IP) universiti tempatan itu yang disifatkan sebagai mencapai sasaran antarabangsa.
"Dalam tempoh 15 tahun kita telah menghasilkan hasil intelek (IP). Daripada jumlah tersebut, 800 lebih adalah paten dan yang lain adalah dalam bentuk harta intelek yang lain dan daripada jumlah ini, 109 berjaya dikomersialkan," katanya kepada media semasa Hari Terbuka Inovasi UPM di sini hari ini.
Tambahnya, produk yang dihasilkan melibatkan teknologi baharu yang diyakini memenuhi keperluan pasaran industri.
"Jadi untuk mewujudkan pasaran dan keinginan orang ramai menggunakan teknologi baru ini, kita perlu lakukan beberapa langkah-langkah tertentu sehingga akhirnya kaedah baharu yang mengubah cara sedia ada ini akan dapat diterima," kata beliau.
Pada tahun lalu sahaja, sebanyak 34 produk teknologi telah berjaya dilesenkan.
"Dari segi jualan kasar kita, produk-produk yang telah dihasilkan daripada teknologi kita telah mencatatkan jualan kasar sebanyak RM52 juta," jelasnya lagi.
Bagaimanapun nilai IP yang belum dikomersialkan sukar untuk ditentukan kerana teknologi berkenaan perlu diterokai.
"Jadi kita memerlukan pihak industri yang ada kerangka minda inovatif dan berani untuk mengambil satu risiko perniagaan inovasi yang menjanjikan pulangan yang sangat lumayan," ujarnya.
Beliau juga melihat sambutan yang menggalakkan diterima daripada pihak industri terhadap produk penyelidikan universiti berkenaan.
"Dengan adanya pelbagai agensi yang ditubuhkan bagi memastikan produk universiti lebih diterima oleh orang ramai, cuma dalam kalangan mereka ada yang berani terima inovasi dan ada yang ingin kekal dalam keadaan biasa. Jadi kita target kepada mereka yang berani mencuba," kata beliau.
Rahimah Abdullah
Fri Apr 22 2016
SAMSILAH: UPM berjaya mengkomersialkan 109 produk penyelidikannya sejak tahun 1990.
Banduan Islam di penjara Narathiwat dihidang makanan halal - Jurucakap
Enam tahanan Malaysia yang berada di penjara berkenaan berkeadaan baik dan mereka tidak membuat apa-apa aduan setakat ini.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [9 November 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Amirul Aiman
1. MTL dijangka kemuncak pada penghujung November
2. PM Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak APEC
3. SPRM: Siasatan menjurus ke arah kenal pasti aset diperoleh FashionValet
1. MTL dijangka kemuncak pada penghujung November
2. PM Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak APEC
3. SPRM: Siasatan menjurus ke arah kenal pasti aset diperoleh FashionValet
ARRC: Hafizh Syahrin manfaat fasiliti berkelas dunia JDT di Padang Seri Gelam
Hafizh sedang melakukan persediaan menjelang pusingan terakhir ARRC 2024 di Litar Antarabangsa Buriram, Thailand bermula 6 hingga 8 Disember depan.
Buy Now Pay Later ibarat hutang buku '555', tiada duit tapi mahu melaram - Penganalisis
Zaman dulu konsep berhutang satu aib, malu kalau kita berhutang tapi sekarang konsep itu tidak wujud lagi kerana yang penting kita ada sesuatu untuk menunjuk-nunjuk.
Lawatan PM Anwar ke Mesir tingkatkan hubungan dua hala - Duta
PM Anwar mengadakan lawatan rasmi ke Mesir bermula hari ini hingga 12 November atas jemputan jemputan Presiden Abdel Fattah El-Sisi.
Trump peroleh AS$500 juta hanya dengan satu hantaran di media sosial
Selepas menulis beliau tidak berhasrat menjual kepentingannya, dengan serta-merta, nilai saham berkenaan melonjak sehingga hampir 15 peratus.
Mourinho didenda, digantung kerana kritik pegawai perlawanan di Turkiye
Tindakan Mourinho dianggap "bercanggah dengan semangat kesukanan, etika sukan atau konsep permainan adil" dan "mengurangkan nilai" bola sepak di Turkiye.
SPRM ambil keterangan bekas pegawai khas Najib
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah hari ini, selesai mengambil keterangan bekas pegawai khas mantan perdana menteri berhubung kes meminta dan menerima rasuah daripada seorang pendakwah selebriti.
PM Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak APEC
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) ke-31, di Lima, Peru, dari 14 hingga 16 November.
Musk sertai perbualan telefon Trump dengan Zelenskyy - Laporan
Trump dan Musk berada di Mar-a-Lago, kediaman dan kelab Trump di Palm Beach, ketika panggilan itu dibuat.
5 peratus produk penyelidikan UPM berjaya dikomersialkan
Angka itu merangkumi kira-kira lima peratus daripada jumlah hasil intelek (IP) universiti tempatan itu yang disifatkan sebagai mencapai sasaran antarabangsa.