Akibat leka melerai kabel telekomunikasi bernilai RM70,000 tiga lelaki tidak menyedari kehadiran polis yang kemudian memberkas mereka di Taman Muhibah di sini, awal pagi semalam.
Susulan tangkapan itu, polis memberkas dua lagi lelaki di kawasan tersebut, yang dipercayai turut terlibat mencuri kabel berkenaan.
Ketua Polis Serdang ACP Abd Razak Elias berkata dalam kejadian pada kira-kira 3.45 pagi itu, polis menahan semua suspek yang berumur antara 24 dan 44 tahun, termasuk seorang bekas pekerja kontraktor pemasangan kabel.
Beliau berkata suspek berusia 37 tahun itu dipercayai menggunakan kepakarannya untuk mencuri kabel selain menyamar sebagai pekerja kontraktor pemasangan bagi mengelak kegiatan mereka dikesan.
"Kecurian kabel itu menjejaskan 1,500 pengguna telefon di sekitar kawasan kejadian. Kos membaik pulih pula dianggarkan RM 100,000," katanya pada sidang akhbar di Balai Polis Serdang.
Abd Razak berkata polis turut merampas sebuah lori tiga tan, dua kereta, dua gulung tali menarik kabel, satu pemotong kabel serta peralatan mencuri kabel.
"Polis turut merampas tiga kad pengenalan milik individu lain dan sedang mengesan individu berkenaan serta kaitan dengan suspek," katanya.
Beliau berkata siasatan mendapati seorang suspek yang berumur 31 tahun dikehendaki mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana memukul manakala dua lagi positif dadah jenis methapetamine dan ganja.
Katanya, semua suspek ditahan reman dua hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri.
Bernama
Thu Dec 13 2012
Cadangan jadikan Sarawak hab tenaga baharu tepat
Cadangan menjadikan Sarawak sebagai hub tenaga baharu di rantau ini selari dengan agenda Sarawak yang kini memusatkan 70 peratus penggunaan tenaganya berdasarkan tenaga hijau.
Kerjasama hidrogen PETRONAS, Petros diharap dapat tepati tarikh akhir mudah cara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap projek kerjasama tenaga hidrogen bersih antara Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS), Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan pihak konsortium Jepun diharap dapat dimudah cara menjelang Mei tahun ini.
#AWANIRingkas 10 Januari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 10 Januari 2025
1️⃣ Polis diarah lengkapkan semula kertas siasatan
2️⃣ Jepun terus perkukuh hubungan dengan negara anggota
3️⃣ Malaysia tiru kaedah Thailand
#awaniringkas
1️⃣ Polis diarah lengkapkan semula kertas siasatan
2️⃣ Jepun terus perkukuh hubungan dengan negara anggota
3️⃣ Malaysia tiru kaedah Thailand
#awaniringkas
Kebakaran hutan di California: Jumlah korban meningkat kepada 10
Jumlah korban akibat kebakaran hutan terburuk dalam sejarah California terus meningkat, dengan 10 orang maut setakat ini.
Mayat ditemui di Rawang dipercayai warga asing
Mayat yang ditemui tanpa dokumen pengenalan diri di tepi jalan kawasan hutan, Jalan Perkuburan, Bandar Country Homes, Rawang pada Khamis lalu dipercayai milik seorang wanita warga asing.
Pantau Agenda Reformasi: Suara pencetus idelisme, perubahan rakyat
Sejauh mana kelompok anak muda terutama barisan kepimpinan bersedia menjadi ejen perubahan sebenar dalam mencetuskan idea dan perubahan demi kesejahteraan rakyat?
BHEUU tidak terima sebarang pemakluman daripada Istana Negara
BHEUU sahkan bahawa tiada sebarang dokumen tambahan berkaitan permohonan pengampunan Datuk Seri Najib Razak dalam fail atau rekod rasminya.
Belia harus fokus bangunkan negara, jangan hebat main isu remeh - PM Anwar
Anwar berkata, belia mempunyai tanggungjawab untuk menyelamatkan negara dan tidak menumpukan pada isu-isu remeh.
Kerugian akibat jenayah komersial cecah RM3.11 bilion sepanjang tahun lepas
Jumlah kerugian akibat kesalahan jenayah komersial sepanjang tahun lepas mencecah RM3.11 bilion dengan 41,701 kertas siasatan dibuka.
Keuntungan jadi inti pati kerjasama ekonomi dan perdagangan - MFA
Langkah syarikat asing terus meningkatkan pelaburan di China mencerminkan saling untung dan sama menang menjadi inti pati kerjasama ekonomi dan perdagangan antara China dengan negara lain.
Geng curi kabel, pecah rumah ketika musim PKP tumpas
Hasil serbuan pihak polis di tiga lokasi yang berasingan pada Isnin telah membawa kepada tangkapan kesemua suspek.