“TAK boleh bayang lenguh tangan mak dia dukung baby.”
Hakikat sebenar hari ini, harga barangan semakin naik. Malah ramai yang terpaksa bekerja keras untuk meneruskan kehidupan. Jika kita rasakan diri susah rupanya ada lagi yang lebih susah dari kita.
Allahu, tak dapat bayangkan bagaimana seorang ibu mendukung bayinya menaiki motosikal dari Temerloh menuju ke Terengganu demi mencari rezeki.
Menerusi perkongsian saudara Syahmi Sarif menerusi akaun Facebooknya, menceritakan tentang sepasang suami isteri bersama tiga anak kecil mereka mengharungi perjalanan sejauh lebih 200 kilometer dengan hanya menunggang motosikal.
Ketika itu Syahmi menerusi perkongsiannya menerangkan secara kebetulan terserempak dengan lima beranak berkenaan ketika melalui Lebuhraya Pantai Timur (LPT).
“Selama saya naik highway ulang-alik Ajil ke AMBS setiap hari, banyak kali dah tengok motor rosak, kereta rosak.
"Tapi kali ini pertama kali saya jumpa orang bawa motor lima beranak dengan baby lagi. Saya berhenti tanya, dari mana. Dia beritahu dari Temerloh, datang Terengganu sebab nak pergi tempat kerja.
“Terkejut saya, dari Temerloh dengan anak-anak lagi. Tak boleh bayang lenguh tangan mak dia dukung baby atas motor,” terang Syahmi yang tidak sampai hati melihat keluarga tersebut.
Menurut pemuda itu lagi, dia menawarkan diri untuk membantu dengan mahu menumpangkan dua anak mereka menaiki motosikal bersamanya.
Namun mereka menolak pelawaan daripada Syahmi.
Nak tolong bawa anak mereka
“Saya kejar lepas tu berhenti pula di depan dia. Tanya dia okay tak? Tawar sekali lagi nak tolong bawa anak dia.
"Sekali lagi dia senyum sambil kata 'takpe bang... takpe bang.' Lepastu mereka berlalu. Dengan tengah hujan lagu, dengan lori-lori besar lalu.
“Saya tak sedap duduk rasanya. Saya follow motor dia daripada belakang takut jadi apa-apa. Sambil follow, teringat pula macam mana susah payah mak ayah saya jaga saya dulu-dulu,”
“Allahuakbar… dalam kita duk mengeluh, Dia jentik menerusi (kisah) ini. Terus datang rasa bersyukur.
“Saya doakan anak-anak abang motor ni jadi anak soleh solehah, jaga mak ayah elok-elok apabila besar nanti.
“Posting ini sebab mahu mohon anda semua doakan keluarga abang ni semoga dipermudahkan urusan,” kongsinya lagi.
Semoga dipermudahkan urusan abang sekeluarga” - Netizen
Menerusi ruangan komen ramai yang mendoakan agar keluarga abang tersebut dipermudahkan dalam mencari rezeki. - Mingguan Wanita
Mingguan Wanita
Sat Oct 07 2023
Sepasang suami isteri bersama tiga anak kecil mereka mengharungi perjalanan sejauh lebih 200 kilometer dengan hanya menunggang motosikal. - Mingguan Wanita
AWANI Pagi: Merancakkan ekonomi Pahang cara Kuantan 188
Bagaimana ekonomi Pahang khususnya ibu kota Kuantan boleh dirancakkan sempena Tahun Melawat Malaysia 2026. Apa peranan bijak boleh dimainkan produk pelancongan seperti Kuantan 188 untuk merangsang peluang mengajak kedatangan pelancong lebih-lebih lagi semasa Malaysia memegang tanggungjawab sebagai Pengerusi ASEAN tahun depan. Diskusi bersama Mohd Hanis Fakhri Ahman Yussri, Pengurus Operasi Kuantan 188 untuk kupasannya dalam siaran luar Awani Pagi dari Kuantan 188, di Kuantan Pahang.
The Economy: Xmas, new years, and a new US President
BFM Anchor, Sharaad Kuttan dives into the global buzz surrounding Donald Trump’s inauguration, blending festive vibes with critical analysis. Join us as we unwrap the intersection of holiday cheer and political shifts.
Transforming AI Applications with Langflow by DataStax
DataStax introduces Langflow, an innovative low-code platform for building and deploying AI applications. This tool simplifies the design and implementation of generative AI and RAG applications, enabling businesses to leverage artificial intelligence more efficiently and effectively.
Mykhailo Mudryk-Chelsea 'berpisah sementara'
Pemain berusia 23 tahun itu mungkin berdepan hukuman larangan berpanjangan jika didapati bersalah.
Silent Risk: How weak regulations impact property owners, tenants, and the real estate market
How gaps in regulation put property owners, tenants, and the real estate market at risk. Join Director, Research, Sr Sulaiman Saheh Explore as he explore critical need for robust property management regulations to safeguard public interest and elevate industry standards.
Malaysia hab pelaburan global, lonjak reformasi ekonomi
Niaga AWANI meninjau bagaimana lonjakan pelaburan pada sembilan bulan pertama tahun ini dapat diterjemahkan kepada manfaat ekonomi yang ketara, peluang pekerjaan berkualiti dan kemakmuran jangka panjang.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS hari ini, disokong oleh yuan yang stabil.
[Data & Statistik] Prestasi Pelaburan Malaysia Januari-September 2024
Malaysia berjaya merekodkan jumlah pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion dalam 9 bulan tahun ini membabitkan 4,753 projek, ia dijangka menjana 159,347 peluang pekerjaan baharu.
84.3 peratus projek pembuatan lulus sejak 2021 telah dilaksana
Sejumlah 84.3 peratus daripada projek pembuatan yang diluluskan sejak tahun 2021 telah dilaksanakan.
Rusuhan penjara: 33 maut, 15 cedera di Mozambique
Rusuhan itu turut menyaksikan kira-kira 1,534 banduan melarikan diri, tetapi setakat ini 150 telah berjaya ditangkap semula.
5 beranak dari Temerloh ke Terengganu naik motosikal, lenguh tangan ibu dukung anak kecil
Sepasang suami isteri bersama tiga anak kecil mereka mengharungi perjalanan sejauh lebih 200 kilometer dengan hanya menunggang motosikal.
Pondok dalam dusun jadi tempat tinggal lima beranak
Keperitan hidup mereka bagaimanapun terbongkar apabila dua beradik dalam keluarga berkenaan tidak menyertai Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) sejak berpindah ke dangau berkenaan.
Kereta jadi rumah, air kopi ganti susu anak, mi segera lapik perut
'Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul' - Itu ungkapan sesuai buat kehidupan seorang pengawal keselamatan, isteri dan tiga anak kecil mereka, apabila terpaksa menjalani kehidupan seharian