KUALA NERANG: Ekoran tidak mampu membayar sewa rumah selepas kehilangan pekerjaan, sebuah keluarga lima beranak terpaksa mendiami sebuah dangau di dalam dusun di Kampung Lok Koi, Kuala Nerang di sini sejak tiga bulan lalu.
Keperitan hidup mereka bagaimanapun terbongkar apabila dua beradik dalam keluarga berkenaan tidak menyertai Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) sejak berpindah ke dangau berkenaan.
Perkara tersebut dikesan guru-guru kepada pelajar Sekolah Kebangsaan Tualak berusia 7 dan 11 yang hairan apabila dua beradik itu tidak mengikuti pembelajaran dalam talian selama kira-kira tiga bulan.
Ketua keluarga berkenaan, Rahman Ismail, 37, berkata, dia, isteri dan tiga anaknya yang berusia antara lima hingga 11 tahun mula berpindah ke dangau dusun milik arwah bapanya itu pada Mei lalu selepas tiga bulan tidak dapat membayar sewa rumah di Kampung Tualak dekat sini.
Menurutnya, dia hilang pendapatan sebagai pemotong kayu getah dengan gaji RM1,300 sebulan selepas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.
"Saya tidak mampu membayar sewa rumah sebanyak RM250 sebulan akibat tidak dapat bekerja dan sewa sudah tertunggak selama tiga bulan. Saya ambil keputusan untuk pindah ke sini bersama anak dan isteri.
"PdPR anak-anak memang terkesan sebab di dangau ini tidak ada liputan telefon dan internet langsung. Sejak tiga bulan lalu memang dua anak saya tidak dapat ikuti PdPR," katanya ketika ditemui pemberita di dangaunya di Kampung Lok Koi, Kuala Nerang pada Selasa.
Jelas Rahman, nasib mereka itu diketahui oleh guru-guru melalui kawan-kawan anaknya dan guru sekolah tersebut hadir bertanya khabar dan menyampaikan bantuan makanan beberapa hari lalu.
Dangau dusun di Kampung Lok Koi, Kuala Nerang menjadi tempat berteduh buat Razman sekeluarga sejak Mei lalu.
Menurutnya, dangau yang diduduki mereka hanya berdindingkan separuh kain serta plastik selain bergantung kepada air bukit dan juga pelita minyak tanah bagi menerangi malam.
"Saya ambil keputusan untuk tinggal di dangau ini pun kerana rumah ibu di Kampung Baru Ladang sudah ada empat kelamin tinggal di situ.
"Di situ pun sudah ramai yang tinggal. Saya tidak mahu menyusahkan orang lain.
"Saya pun tidak bercadang tinggal lama di sini kerana memikirkan tentang persekolahan anak-anak dan mahu mencari kediaman selesa untuk mereka.
"Jarak sini ke SK Tualak sekitar 25 kilometer dan sangat sukar untuk persekolahan dan pendidikan anak-anak jika kami terus tinggal sini.
"Namun apa daya, buat sementara waktu, kami tinggal di sini dulu kerana saya masih tidak mempunyai pendapatan kerana tiada pekerjaan.
"Dulu ada pendapatan sebanyak RM1,300 sebulan, namun kini sudah tiada," ujarnya yang mendapat pertolongan saudara-mara yang hadir menziarahi mereka sejak tinggal di situ.
Tambah Rahman, sebelum ini dia sudah memohon bantuan rumah daripada beberapa pihak seperti Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) dan Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) namun difahamkan terdapat beberapa kriteria gagal dipenuhi.
"Kami fikirkan keselesaan dan pendidikan anak-anak terutamanya anak sulung dan kedua kerana telah ketinggalan pelajaran sejak tiga bulan lalu.
"Jika dapat kembali bekerja dan ada pendapatan mungkin dapat kembali semula tinggal di kawasan yang ada liputan telefon dan internet.
"Dangau ini jauh dari penempatan orang dan kira-kira 18 kilometer dari Pekan Kuala Nerang," jelasnya.
Isterinya, Nur Shakila Abd Rahman, 38, pula berkata, anak-anaknya kini sudah boleh menyesuaikan diri berbanding bulan pertama berada di situ.
Menurutnya, anak ketiga mereka yang berusia 5 tahun pada awalnya tidak dapat tidur malam kerana tidak selesa walaupun mereka memasang kelambu.
"Banyak juga ancaman binatang seperti sekumpulan kera pada sebelah siang dan sebelah malam pula ada ancaman daripada sekumpulan babi hutan pula yang datang untuk mencari sisa-sisa makanan.
"Orang kampung pun ada dengar ngauman harimau belang sebelum ini. Pada bulan pertama di sini memang sukar untuk tidur.
"Malam-malam memang suami akan bakar kayu untuk menghidupkan unggun api bagi menghalau babi hutan termasuk menghalau nyamuk," katanya lagi.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Aug 18 2021

Lima beranak itu ketika ditemui di dangau mereka di Kampung Lok Koi, Kuala Nerang pada Selasa. -Foto Sinar Harian
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Pondok dalam dusun jadi tempat tinggal lima beranak
Keperitan hidup mereka bagaimanapun terbongkar apabila dua beradik dalam keluarga berkenaan tidak menyertai Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) sejak berpindah ke dangau berkenaan.