PUTRAJAYA:Mahkamah Rayuan menetapkan tarikh baharu bermula 5 April ini bagi mendengar rayuan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap sabitan dan hukuman penjara bagi dakwaan penyelewengan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.
Pada 1 Oktober lepas, mahkamah menetapkan 12 hari bermula 15 hingga 18 Februari, 22 hingga 25 Februari dan 1 hingga 4 Mac depan untuk pendengaran rayuan berkenaan.
Salah seorang peguam Najib Muhammad Farhan Muhammad Shafee dalam hantaran teks pesanan WhatsApp kepada Bernama berkata, tarikh baharu untuk pendengaran selama 12 hari kini ditetapkan bermula dari 5 hingga 8 April, 12 hingga 15 April dan 19 hingga 22 April.
Sementara itu kedua-dua pihak pembelaan dan pendakwaan pada 8 Februari akan menerima rekod rayuan dipinda dan mereka perlu menfailkan hujah masing-masing menjelang 1 Mac, dan jawapan hujah menjelang 19 Mac, menurut sumber.
Pengurusan kes berikutnya bagi rayuan ditetapkan pada 22 Februari.
Tarikh pengurusan kes itu ditetapkan semalam di hadapan timbalan pendaftar Mahkamah Rayuan Darmafikri Abu Adam dan N. Kanageswari, dan bersambung hari ini, bagi menetapkan tarikh pendengaran dan menfail hujah.
Turut hadir dalam prosiding pengurusan kes adalah peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dan Nur Syahirah Hanapiah, manakala pihak pendakwaan diwakili timbalan pendakwa raya Mohd Ashrof Adrin Kamarul.
Najib yang merupakan Ahli Parlimen Pekan sebelum ini mengemukakan 307 alasan dalam petisyen rayuannya, mengenai mengapa dia perlu dibebaskan daripada pertuduhan.
Pada 28 Julai lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadap Najib selepas mendapati dia bersalah terhadap tujuh tuduhan membabitkan perbuatan pecah amanah, penggubahan wang dan salah guna kuasa melibatkan RM42 juta dana SRC.
Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun bagi setiap tiga kes pecah amanah dan masing-masing tiga kes pengubahan wang haram; serta penjara 12 tahun dan denda RM210 juta, jika tidak dipenjara lima tahun, dalam kes penyalahgunaan kedudukan.
Bagaimanapun Najib hanya perlu menjalani hukuman penjara 12 tahun selepas hakim memerintahkan hukuman itu berjalan serentak.
Najib kini bebas atas ikat jamin RM2 juta dengan dua penjamin sementara menunggu rayuannya selesai.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 03 2021
NAJIB: Najib kini bebas atas ikat jamin RM2 juta dengan dua penjamin sementara menunggu rayuannya selesai. - Gambar fail
Mesir hantar 22 tan bantuan kemanusiaan ke Lubnan
Mesir menghantar 22 tan bantuan kemanusiaan ke Lubnan, menurut Kementerian Luar negara itu pada Sabtu.
Kerajaan tidak pernah bincang tukar status agama Islam sebagai agama Persekutuan - PM Anwar
Kerajaan tidak pernah berbincang untuk menukar status agama Islam sebagai agama Persekutuan, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Petani berdepan masalah untuk hasilkan padi pada musim depan - Pesak
Petani di kawasan seliaan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu berdepan masalah untuk mengusahakan tanaman padi pada musim depan.
Macron gesa penghantaran senjata ke Israel dihentikan
Presiden Perancis Emmanuel Macron menggesa agar penghantaran senjata ke Israel dihentikan berikutan operasi ketenteraannya di Gaza yang lebih setahun telah membunuh hampir 42,000 orang dan mencederakan kira-kira 97,000 yang lain.
Suspek bunuh bapa sempat beli pisau lipat sebelum ditemui rebah
Lelaki OKU mental yang didakwa membunuh bapanya di rumah mereka di Kampung Senaling Kuala Pilah sempat membeli pisau lipat di sebuah kedai sebelum tiba-tiba rebah.
Dua PPS baharu dibuka di Daerah Hulu Perak
Dua lagi Pusat Pemindahan Sementara (PPS) menempatkan mangsa banjir dibuka pada Ahad bagi menempatkan mangsa banjir Daerah Hulu Perak.
[TERKINI] PM tegur kelompok elit taksub Bahasa Inggeris
PM tegur segelintir kelompok elit yang taksub dengan Bahasa Inggeris sehingga meremehkan penggunaan Bahasa Melayu, bahasa kebangsaan negara.
Larian Antarabangsa: Polis tahan 3 lelaki disyaki berkelakuan tak senonoh, lucah
Polis menahan tiga lelaki disyaki berkelakuan tidak senonoh dan lucah ketika program Larian Antarabangsa Pan Asia 2024 di Kota Tinggi, pada Sabtu.
Elak penganjuran program cetus polemik, gugat Islam - Mohd Na'im
Sebarang acara atau program yang boleh mencetuskan polemik dan menggugat kedaulatan agama Islam perlu dielakkan sama sekali.
Sabah akan dapat tempat utama dalam Belanjawan 2025 - Rafizi
Sabah dijangka akan terus mendapat tempat paling utama menerusi peruntukan dalam Belanjawan 2025 yang dijadual akan dibentang pada 18 Oktober ini.
Bunuh bapa kandung, lelaki diperintah bela diri
Mahkamah Rayuan hari ini memerintahkan seorang lelaki membela diri atas pertuduhan membunuh bapa kandungnya, lima tahun lepas.
Rogol anak OKU, bapa kekal dipenjara 25 tahun, 10 sebatan
Seorang bapa kekal dipenjara 25 tahun dengan 10 sebatan kerana merogol anak kandung perempuannya yang juga OKU.
'Bincanglah untuk selesaikan isu Duta Enclave' - Hakim
Mahkamah Rayuan berharap, kerajaan dan Semantan Estate berbincang dalam isu pertikaian pemindahan tanah di Jalan Tuanku Abdul Halim, Kuala Lumpur dengan segera.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 11 September 2024.
Salah guna kuasa: Mahkamah Rayuan tolak permohonan Muhyiddin semak keputusan
Keputusan itu dibuat panel lima hakim Mahkamah Rayuan dipengerusikan Datuk Azizah Nawawi.
Kes salah guna kuasa: Pemimpin PN hadir beri sokongan kepada Muhyiddin
Muhyiddin tiba di Istana Kehakiman Putrajaya pada jam 9 pagi menaiki Toyota Vellfire hitam diiringi ahli keluarga yang lain.
Keputusan semakan Muhyiddin lepas bebas hari ini
Panel lima hakim dipengerusikan Datuk Azizah Nawawi dijangka memutuskan perkara terbabit pada jam 9 pagi.
Tuntutan Kumpulan Sulu: Malaysia peroleh kemenangan penting terakhir - Azalina
Kerajaan telah memperoleh kemenangan penting terakhir di Mahkamah Agung Belanda hari ini, yang membuat keputusan berpihak kepada Malaysia dan menolak rayuan difailkan oleh kumpulan Sulu.
Liwat rakan sel: Mahkamah Rayuan kekal hukuman 15 tahun, sebatan
Hakim Azmi menyatakan bahawa hukuman berat adalah perlu untuk kes jenayah seksual seperti ini bagi melindungi masyarakat dan mengekang nafsu seks liar yang tidak terkawal.
Bekas tentera dapat kebenaran merayu terhadap penahanan salah
Seorang bekas tentera mendapat kebenaran Mahkamah Tinggi untuk meneruskan rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Rayuan bagi mengetepikan perintah pembayaran ganti rugi RM300,000 kepadanya.