1. Polis siasat Pegawai Khas Menteri Besar Kedah bergaduh
Polis membuka kertas siasatan berkaitan isu pergaduhan melibatkan Pegawai Pejabat Menteri Besar Kedah dengan orang awam di sebuah lokasi di bandaraya Alor Setar, yang tular di media sosial pada Isnin.
2. Remaja maut terperosok bawah MPV di Tambun
Seorang remaja maut selepas motosikal yang ditunggangnya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di Bandar Baru Tambun, dekat sini, awal pagi ini.
3. Buruh didakwa rogol anak rakan berusia 14 tahun
Seorang buruh pertanian dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan merogol anak rakannya yang berusia 14 tahun, Julai lalu.
4. Parlimen: Audit ke atas 2,000 syarikat GLC bakal 'cetus' kejutan - Anwar
Langkah itu juga selari dengan hasrat untuk memastikan syarikat kerajaan diurus mengikut mandat sebenar khususnya demi kesejahteraan ekonomi rakyat.
5. Bunga raya dipilih sebagai logo rasmi Kepengerusian ASEAN 2025
Bunga raya membawa signifikan yang besar kepada Asia Tenggara memandangkan ia banyak terdapat di negara-negara di rantau tersebut, sekali gus selari dengan tema "Keterangkuman dan Kelestarian".
6. Titah Adendum: Mahkamah Rayuan tetapkan 5 Dis dengar rayuan Najib
Adendum itu didakwa dititah oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16 bagi membolehkan Najib menjalani baki hukuman penjara sebagai tahanan di rumah.
7. PM Anwar bangga pencapaian wira negara di Sukan Olimpik dan Paralimpik Paris 2024
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan rasa bangga atas pencapaian tujuh wira negara yang telah mengharumkan nama Malaysia di temasya Sukan Olimpik dan Paralimpik Paris 2024.
8. Daftar pemilih tambahan September 2024 dibuka untuk semakan - SPR
Semakan Daftar Pemilih Tambahan Bulan September Tahun 2024 (DPT BLN9/2024) boleh dibuat untuk tempoh 30 hari bermula hari ini hingga 20 Nov depan, kata Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Ikmalrudin Ishak.
9. Op Global: 22 individu termasuk Nasiruddin akan didakwa esok
Seramai 22 individu termasuk Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Global Ikhwan Services and Business (GISB) Holdings Sdn Bhd, Datuk Nasiruddin Mohd Ali akan dituduh di Mahkamah Sesyen Selayang, pada Rabu.
10. TUDM nafi dentuman kuat di Ipoh berpunca daripada 'sonic boom'
Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) hari ini menafikan bunyi dentuman dan gegaran yang berlaku di sekitar Ipoh, Perak pagi semalam berpunca daripada dentuman sonik (sonic boom) pesawat pejuang tentera.