Sebanyak 5,544 unit komputer yang digunakan untuk kegiatan perjudian siber bernilai lebih RM1.16 juta berjaya dilupuskan polis di stor barang dan tapak pelupusan kes Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, di sini, hari ini.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Ramli Din berkata, semua barangan berkenaan adalah membabitkan set komputer meja, monitor dan papan kekunci yang dirampas oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu membabitkan 96 kertas siasatan berjaya diselesaikan dalam tempoh sembilan tahun berkenaan.
Beliau berkata, pelupusan terbabit juga mengambil pendekatan untuk melupuskan barang kes dengan menggunakan kaedah e-waste selaras dengan prosedur operasi standard (SOP) yang digariskan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) Sabah menerusi kontraktor dilantik.
"Untuk makluman, pada hari ini kita melupus 5,544 set komputer berunsur perjudian yang dirampas oleh IPD Kota Kinabalu sejak tahun 2006 hingga 2015 lalu dengan membabitkan nilai RM1.16 juta.
"Pelaksanaan pelupusan barang kes dengan menggunakan sistem atau kaedah e-waste ini adalah kali pertama dilakukan oleh pihak IPD Kota Kinabalu, "katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita bersempena program pelupusan barang kes IPD Kota Kinabalu di IPK Sabah, hari ini.
Ruzaini Zulkepli
Mon Dec 04 2017

Ramli hadir ke majlis pelupusan 5,544 set komputer judi siber di stor pelupusan IPK Sabah pada Isnin. - Foto Astro AWANI
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Dr Akmal selesai beri keterangan selepas tiga jam
Beliau memaklumkan ada beberapa soalan tambahan dikemukakan dan ia telah selesai dijawab dengan baik sebelum dilepaskan oleh pihak polis.

Dr Akmal Saleh beri keterangan lebih 2 jam di IPD Kota Kinabalu
Dr Muhamad Akmal berkata keterangan diberikan antaranya mengenai laporan polis berkait ceramah beliau di Kelantan baru-baru ini.

25 anggota IPD Kota Kinabalu positif COVID-19
Setakat ini lebih 15 anggota sudah sembuh dan menjalankan tugas seperti biasa.

Lelaki ditahan miliki dadah bernilai RM200,000
Polis menahan seorang lelaki bersama dadah seberat 4.2 kilogram dianggarkan bernilai lebih RM200,000 dalam satu serbuan di kawasan Taman Teluk Likas, dekat sini, pada 31 Okt lepas.

Mayat wanita reput dijumpai di Kampung Tamalang Silau, Inanam
Mayat seorang wanita berumur dalam lingkungan 20-an, ditemui dalam keadaan reput di kawasan hutan belukar di Kampung Tamalang Silau, Inanam, petang semalam.

Pengedar syabu Kota Kinabalu dicekup
Ketika serbuan, dua suspek lelaki berkenaan sedang buat transaksi pengedaran dadah di Jalan Tuaran di Inanam, Kota Kinabalu.

5,544 unit komputer judi bernilai RM1.16 juta dilupus
Sebanyak 5,544 unit komputer yang digunakan untuk kegiatan perjudian siber bernilai lebih RM1.16 juta berjaya dilupuskan polis di stor barang dan tapak pelupusan kes IPK Sabah di sini.