KUALA TERENGGANU: Seramai 273 nelayan darat di seluruh Terengganu dijangka mendapat manfaat hasil pelepasan 440,200 benih ikan air tawar secara serentak di seluruh negeri tersebut pada Khamis.
Exco Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa Terengganu, Dr Azman Ibrahim berkata, antara spesies ikan air tawar yang dilepaskan ialah baung, lampam, siakap serta udang galah.
"Aktiviti dijalankan ini merupakan inisiatif sempena Tahun Pertanian Terengganu 2021.
"Pelepasan benih ikan dan udang tersebut bertujuan meningkatkan bekalan ikan di perairan umum sekali gus memberi manfaat kepada 273 nelayan darat di seluruh negeri.
"Anggaran kos keseluruhan program pelepasan benih ikan ini membabitkan RM141,800," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Menurut Azman, pelepasan benih ikan tertinggi membabitkan daerah Hulu Terengganu iaitu sebanyak 230,000 benih udang galah dan lampam dalam Sungai Leban di Tasik Kenyir dan Sungai Tersat (22,550 benih ikan).
Katanya, sebanyak 42,750 benih ikan dilepaskan di Sungai Dungun; Setiu dan Kuala Terengganu masing-masing 22,500 benih; Marang (21,000), Kuala Nerus (21,500), Kemaman (20,500) dan Besut (14,600).
Azman berkata, lagi sebanyak 40 unit unjam turut dilabuhkan di Kampung Sura, Dungun untuk memberi manfaat kepada 20 nelayan di samping menyerahkan sebanyak 109 lesen sampan khas kepada penerima di daerah berkenaan.
"Kami juga menyampaikan bantuan one-off Covid-19 kepada empat penerima termasuk nelayan, penternak dan usahawan di Dungun," katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Sep 24 2021
Aktiviti pelepaskan benih ikan di seluruh Terengganu melibatkan 440,200 ekor ikan pelbagai spesies termasuk udang galah. -Gambar Sinar Harian
PRK Sungai Bakap: Raja sehari datang mengundi sebelum bersanding
Muhammad Syafiq yang ditemani isterinya, Munirah Yahya, 24 mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Jawi di sini pada jam 12.30 tengah hari.
UIAM nafi tidak berupaya bayar balik hutang
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) menafikan institusi itu berada dalam keadaan tidak berupaya membayar balik hutang.
AWANI Ringkas: Amaran hidupan laut Gastropoda
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Harimau belang mati dilanggar kereta
Kejadian sekitar jam 5.45 pagi itu menyebabkan kereta jenis Nissan Juke yang dipandu seorang lelaki mengalami kerosakan di bahagian depan.
"Saya ada maruah..." - Bernard Chandran tak bayar Lady Gaga
Bernard Chandran berkongsi pengalaman ketika penyanyi terkenal antarabangsa, Lady Gaga menggayakan rekaan bajunya.
EURO 2024: England lega UEFA hanya denda Jude Bellingham
Ketua jurulatih England, Gareth Southgate, berpuas hati dengan keputusan UEFA yang tidak menggantung Jude Bellingham.
Lawan arus kerana tak perasan jalan tidak boleh dilalui
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, kejadian itu dipercayai berlaku pada jam 11.39 pagi.
PRK Sg Bakap: 31.84 peratus sudah mengundi setakat 12 tengah hari – SPR
Sebanyak 31.84 peratus pengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap telah menunaikan tanggungjawab mereka setakat 12 tengah hari ini, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
MARA Inc: KKDW cari jalan atasi kerugian agar tidak berulang - Ahmad Zahid
KKDW akan mencari jalan untuk mengatasi kerugian MARA Inc berjumlah RM286.30 juta seperti dilaporkan Laporan Ketua Audit Negara.
[TERKINI] Kerajaan fokus pemulangan aset 1MDB
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata pihaknya difahamkan bahawa penyelesaian telah dicapai antara DOJ dan ahli perniagaan dalam buruan itu, dan ia menjadi urusan kedua-dua pihak terbabit.
440,200 benih ikan dilepas serentak seluruh Terengganu
Antara spesies ikan air tawar yang dilepaskan ialah baung, lampam, siakap serta udang galah.