Seramai 44 kontak rapat dengan empat pelajar Kelantan positif COVID-19 yang pulang dari Mesir, disahkan negatif hasil ujian saringan dilakukan.
Kesemua kontak rapat berkenaan terdiri daripada ahli keluarga empat pelajar berkenaan.
Bagaimanapun, menurut Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Datuk Dr Zaini Hussin, mereka tetap perlu menjalani kuarantin selama dua minggu di kediaman masing-masing walaupun ujian awal didapati negatif.
"Setakat ini kesemua kontak rapat kepada empat pelajar berkenaan sudah dikesan. 44 kontak, semua negatif," katanya.
Beliau ditemui media selepas menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri (JKKN) Khas yang dipengerusikan Menteri Besar Datuk Ahmad Yaakob di Kota Darul Naim di sini semalam.
Mengenai empat pelajar berkenaan, Zaini berkata, mereka kini dalam keadaan stabil dan akan menjalani rawatan selama dua minggu di Hospital Tumpat.
Menjelaskan kes mereka, beliau berkata, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sudah membuat saringan di lapangan terbang sebaik mereka tiba di Malaysia, namun disahkan negatif.
"Bagaimanapun, selepas ujian swab kali kedua, mereka didapati positif," katanya.
Media sebelum ini melaporkan, KKM memaklumkan terdapat 11 kes import membabitkan pelajar dari Mesir terdiri dari pelbagai negeri.
Pada 11 Jun lalu, KKM memaklumkan sejumlah 11 kes import dilaporkan membabitkan warga Malaysia yang pulang dari luar negara, berada dalam keadaan stabil dan sedang dirawat di hospital di beberapa negeri.
KKM semalam menafikan dakwaan bahawa empat pelajar dari Mesir yang positif COVID-19 dibenarkan pulang ke negeri asal mereka, Kelantan dan sedang dirawat di hospital di negeri itu.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menjelaskan, pelajar dari luar yang dibawa pulang ke negara ini perlu menjalani ujian swab dan jika didapati positif akan dimasukkan ke wad dan diasingkan di pusat kuarantin di Melaka.
Beliau menambah, pelajar hanya dibenarkan pulang ke kampung jika ujian swab didapati negatif.
Muhafandi Muhamad
Mon Jun 15 2020
Zaini berkata, empat pelajar Mesir berkenaan kini dalam keadaan stabil dan akan menjalani rawatan selama dua minggu di Hospital Tumpat. - Gambar fail
AWANI 7:45 [16/07/2024] - Suspek dibawa ke lokasi | Selamat tinggal rakyat Malaysia | Harimau Malaya hilang taring?
- Polis sahkan suspek bunuh Kartini anggota polis.
- Pan-Gon enggan dedah punca letak jawatan.
- Faisal Halim sedih mentor Pan-Gon undur diri.
- Pakai reben putih di Parlimen, tak salah.
- Pan-Gon enggan dedah punca letak jawatan.
- Faisal Halim sedih mentor Pan-Gon undur diri.
- Pakai reben putih di Parlimen, tak salah.
E-sukan harus dijadikan kepentingan sehingga ke peringkat lebih tinggi
Kerajaan juga harus wujudkan sebuah dasar yang jelas supaya kepentingan e-sukan ini mampu diperkembangkan ke masa hadapan.
Kerajaan pandang serius penularan ideologi liberalism, pluralism
Kerajaan sentiasa memandang serius terhadap penularan ideologi dan aliran pemikiran yang bercanggah dengan ajaran Islam seperti ideologi liberalism dan pluralism agama.
Tidak dapat tidak, atlet RTG mesti bawa pulang emas - MOM
Atlet di bawah projek Road To Gold (RTG) tidak mempunyai pilihan selain memenangi emas yang diidam-idamkan Malaysia pada Sukan Olimpik 2024 di Paris.
KEDA peruntuk RM3.37 juta tahun ini bagi keterjaminan makanan
Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) memperuntukkan RM3.37 juta pada tahun ini bagi memastikan keterjaminan makanan negara.
Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia
Rang Undang-Undang Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia 2024 yang bertujuan menubuhkan MCBA diluluskan persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memulakan prosiding bagi empat isu yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Siri 2/2024.
AWANI Ringkas: Kes bunuh Nur Farah Kartini | Skandal LCS
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar
Chong Zhemin, tindakan tersebut seolah-olah satu penghinaan paling besar kepada Parlimen yang telah meluluskan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkait Akta Antilompat Parti.
Masuk Pas untuk sama-sama susah dengan rakyat - ADUN Rembia
Muhamad Jailani berkata, sebelum ini beliau pernah menghantar surat kepada Lembaga Disiplin UMNO memohon untuk memecat keahliannya daripada parti Melayu itu.
Tidak dapat tidak, atlet RTG mesti bawa pulang emas - MOM
Atlet di bawah projek Road To Gold (RTG) tidak mempunyai pilihan selain memenangi emas yang diidam-idamkan Malaysia pada Sukan Olimpik 2024 di Paris.
Tidak perlu lagi kemas kini status COVID-19 dalam MySejahtera - KKM
Jika positif COVID-19 melalui ujian kendiri, pesakit boleh mengunjungi klinik dan hospital berdekatan bagi mendapatkan pengesahan.
Ancaman keganasan di Asia Tenggara bersifat sederhana rendah - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata ancaman keganasan masih wujud di rantau Asia Tenggara namun ia bersifat sederhana rendah.
Kerajaan tanggung kerugian RM185 juta akibat lebihan vaksin COVID-19 - Dr Dzulkefly
Malaysia menanggung kerugian lebih RM185 juta akibat lebihan vaksin COVID-19 setakat 11 Jun lalu, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
TPR positif COVID-19, prosiding bela diri Dr Roland ditangguh ke 23 Sept
Pada 5 Julai 2021, Dr Roland didakwa atas pertuduhan membuat dan memulakan hantaran video bersifat jelik dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain di Facebook.
Sarawak mahu lebih ramai kontraktor Bumiputera kelas lebih tinggi - Uggah
Kerajaan bukan setakat mahu melihat lebih ramai kontraktor Bumiputera berjaya malah pada masa sama mahu menambah bilangan mereka berdaftar dalam kelas yang lebih tinggi.
KKM keluarkan perincian semakan semula SOP bagi COVID-19 dalam masa terdekat
Kementerian Kesihatan akan mengeluarkan perincian semakan semula prosedur operasi standard (SOP) berkaitan COVID-19 dalam waktu terdekat.
Dulu jurutera, sekarang usahawan cili
Srinath tinggalkan kerjaya sebagai jurutera perisian kerana mahu beri tumpuan pada tanaman cili secara fertigasi.
Bantu anak-anak istimewa autisme, fahami kekurangan mereka
Suara jeritan diikuti dengan tangisan membuatkan beberapa orang pelanggan Tong Kayu Cafe, Bayan Lepas (Pulau Pinang) berhenti makan sambil menghalakan pandangan ke arah wanita itu.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.