MELAKA: Seramai 42 peserta Miss and Mister Celebrity International 2023 Pageant dari 26 negara akan berkampung selama dua hari di Melaka dalam usaha mempromosikan negeri itu sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM 2024).
Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata kumpulan berkenaan yang terdiri daripada pempengaruh, artis dan selebriti terkenal di negara masing-masing, antaranya Belgium, Korea, China, Jepun, Kazakhstan, Laos, Pakistan, India, Myanmar, Mongolia, Thailand, Kemboja, Indonesia dan Malaysia.
"Peserta Miss and Mister Celebrity International 2023 Pageant dilihat akan menjadi duta kecil untuk kita memperkenalkan produk pelancongan di Melaka sebagai salah satu destinasi pelancongan yang perlu dilawati.
"Kita yakin menerusi inisiatif ini, produk pelancongan Melaka dapat dipromosikan secara lebih meluas di peringkat antarabangsa menerusi peserta terlibat khususnya di media sosial mereka memandangkan peserta merupakan individu dikenali serta ramai pengikut," katanya kepada pemberita di Pejabat Pelancongan Negeri Melaka di Jonker Walk di sini hari ini.
Beliau berkata demikian selepas Majlis Meet and Greet Miss and Mister Celebrity International 2023 Pageant yang turut dihadiri Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Datuk Abdul Razak Abdul Rahman.
Ab Rauf berkata peserta pertandingan itu akan dibawa melawat destinasi pelancongan khususnya di sekitar Banda Hilir antaranya Menara Taming Sari, Melaka River Cruise, Muzium Baba Nyonya dan Jonker Street.
Beliau berkata selain itu, mereka juga dijangka turut hadir pada Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Negeri Melaka yang akan berlangsung esok di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di Ayer Keroh.
Miss and Mister Celebrity International 2023 Pageant berlangsung selama 10 hari di Kuala Lumpur bermula 24 April lepas dan Melaka merupakan salah satu negeri dikunjungi kumpulan selebriti itu sebagai salah satu pengisian program berkenaan.
Pertandingan akhir program itu akan berlangsung di HGH Convention Centre, Sentul di Kuala Lumpur pada 1 Mei depan.
Sementara itu Ab Rauf berkata kerajaan negeri tidak terkesan dengan sebarang tindakan atau agenda politik termasuk dakwaan isu membabitkan seorang exco kanannya dengan rasuah seks.
Katanya sebaliknya semua barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) kini memberi fokus sepenuhnya membangun dan memajukan Melaka dalam pelbagai sektor demi kemakmuran dan kesejahteraan rakyat.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 28 2023
![42 peserta Miss and Mister Celebrity International berkampung dua hari di Melaka 42 peserta Miss and Mister Celebrity International berkampung dua hari di Melaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/61682676077_AbRaufYusoh.jpg)
Ab Rauf (dua, kiri) menyampaikan cenderahati kepada peserta Miss and Mister Celebrity International 2023 yang tiba di Melaka pada Majlis Meet and Greet Miss and Mister Celebrity International 2023 hari ini. - Foto BERNAMA
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Wanita curi duit semasa kenduri ditahan, ada 10 rekod jenayah
Seorang wanita berusia 61 tahun yang menyamar sebagai tetamu dan mencuri beg tangan berisi wang RM2,500 ketika majlis perkahwinan di Pasir Mas, Kelantan pada 1 Februari lalu berjaya diberkas polis.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 16 Februari 2025.
![42 peserta Miss and Mister Celebrity International berkampung dua hari di Melaka 42 peserta Miss and Mister Celebrity International berkampung dua hari di Melaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/61682676077_AbRaufYusoh.jpg)
42 peserta Miss and Mister Celebrity International berkampung dua hari di Melaka
Seramai 42 peserta Miss and Mister Celebrity International 2023 Pageant dari 26 negara akan berkampung selama dua hari di Melaka dalam usaha mempromosikan negeri itu sempena Tahun Melawat Melaka 2024.