Lembaga Zakat Selangor (LZS) menerima zakat perniagaan daripada 41 buah syarikat berjumlah RM6.182 juta dalam satu majlis penyerahan di Wisma PKPS, Shah Alam.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Saipolyazan Mat Yusop berkata, komitmen berkenaan menunjukkan kepercayaan syarikat korporat di Selangor semakin meningkat terhadap LZS.
Malah, ketika ini semakin banyak syarikat baharu yang tampil menunaikan zakat perniagaan.
"Ini adalah program tahunan kita dan kita menjemput syarikat-syarikat untuk membayar zakat. 41 syarikat telah tampil untuk mengeluarkan zakat kepada LZS. Ini menunjukkan bahawa kepercayaan syarikat-syarikat korporat kepada LZS semakin meningkat dan kita dapati hari ini banyak syarikat-syarikat baharu yang membayar zakat kepada kita. Ini satu perkembangan yang baik dan bermakna.
"Mereka juga ingin membantu kita. Selain membantu penerima zakat, mereka juga membantu kita untuk cuba membangunkan asnaf yang kita sebutkan tadi. Program hari ini kita bersyukur kerana semakin lama semakin ramai syarikat yang tampil membantu kita," katanya dalam sidang media selepas Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan 2019 di sini pada Rabu.
Cyberview Sdn Bhd mendahului senarai syarikat berkenaan dengan menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM951,200.11, diikuti Radicare (M) Sdn Bhd RM676,485 dan Syarikat Perumahan Pegawai Kerajaan Sdn Bhd RM500,000.
Syarikat lain termasuk Dagang Net Technologies Sdn Bhd (RM446,168), Tradewinds International Insurance Brokers Sdn Bhd (RM400,000), TM Auro Lease Sdn Bhd (RM381,318) dan PWN Exellence Sdn Bhd (RM317,443.87).
Pada majlis itu, LZS turut menyampaikan pelbagai bantuan zakat dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM196,154.
Lima syarikat pengeluar zakat turut menyerahkan sumbangan 'Kasihku Zakat Selangor' berjumlah RM737,565.50.
Dalam pada itu, LZS juga ingin bekerjasama dengan syarikat-syarikat melalui Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) atau bentuk bantuan lain seperti latihan kemahiran.
"Sebagai contoh, mungkin ada syarikat tertentu boleh menyediakan latihan untuk menguruskan restoran. Ada banyak syarikat besar mempunyai skim sebegini yang mana boleh melatih anak-anak kita ataupun pelajar-pelajar habis belajar untuk jadi pengurus," ujar Saipolyazan.
Tambahnya, perancangan masa depan dilakukan LZS untuk anak-anak golongan Asnaf juga bagi membolehkan mereka dapat meneruskan kehidupan yang lebih baik pada masa akan datang.
Rahimah Abdullah
Wed Dec 18 2019
![41 syarikat tunai zakat perniagaan berjumlah RM6.182 juta 41 syarikat tunai zakat perniagaan berjumlah RM6.182 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-12/81576678016_agihanzakat.jpg)
Lembaga Zakat Selangor (LZS) menerima zakat perniagaan daripada 41 buah syarikat berjumlah RM6.182 juta dalam satu majlis penyerahan di Wisma PKPS, Shah Alam. - Astro AWANI
![Harga petrol, diesel kekal hingga 24 Julai Harga petrol, diesel kekal hingga 24 Julai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61717993469_RON.jpg)
Harga petrol, diesel kekal hingga 24 Julai
Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini memaklumkan harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada paras RM2.15 seliter.
![Ladang kelapa sawit dipercayai lokasi Nur Farah Kartini dibunuh - Polis Ladang kelapa sawit dipercayai lokasi Nur Farah Kartini dibunuh - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721210176_TBFARAHMAYAT.jpg)
Ladang kelapa sawit dipercayai lokasi Nur Farah Kartini dibunuh - Polis
Polis percaya kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang di sini adalah lokasi Nur Farah Kartini Abdullah, dipercayai dibunuh.
Pantau Agenda Reformasi: Bola sepak Malaysia selepas Kim Pan Gon
Niaga AWANI: BSKL dijangka melepasi 1,700 mata pada akhir 2024
Bursa Malaysia dijangka mencatatkan aliran meningkat dengan indeks utama FBM KLCI dijangka melepasi paras 1,700 mata menjelang akhir tahun ini.
Niaga AWANI: Harga emas rekod paras tertinggi dalam sejarah
Harga emas dilaporkan naik ke paras tertinggi dalam sejarah hari ini. Ia berikutan kenyataan terbaharu daripada pegawai Rizab Persekutuan (FED) Amerika Syarikat yang meningkatkan jangkaan bahawa akan berlaku penurunan kadar faedah pada September.
Suspek masih belum digantung tugas
Polis Perak sedang menunggu hasil siasatan terhadap suspek sebelum tindakan menggantung tugas sebagai anggota polis.
Dasar digital perlu pastikan jurang antara miskin dan kaya tidak terus melebar
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau bukan mahu bersikap negatif terhadap golongan elit, namun menegaskan bahwa sekiranya tidak dikawal, kesenjangan di antara kaya dan miskin akan terus melebar.
Ahli Dewan Rakyat wajib jalani pemeriksaan kesihatan
Semua Ahli Dewan Rakyat diwajibkan untuk menjalani pemeriksaan kesihatan selewat-lewatnya pada 11 November depan.
![Jenazah Nur Farah Kartini dijangka dituntut selepas DNA ibu diambil - Abang Jenazah Nur Farah Kartini dijangka dituntut selepas DNA ibu diambil - Abang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721206884_NurFarahKartini.jpg)
Jenazah Nur Farah Kartini dijangka dituntut selepas DNA ibu diambil - Abang
Urusan tuntutan jenazah mangsa bunuh Nur Farah Kartini Abdullah dijangka hanya dapat dilakukan selepas pengambilan sampel DNA ibunya di Hospital Kuala Kubu Bharu hari ini.
![[KOLUMNIS] Konotasi 'Belanda' dalam pantun dan peribahasa Melayu [KOLUMNIS] Konotasi 'Belanda' dalam pantun dan peribahasa Melayu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721207677_belanda.jpg)
[KOLUMNIS] Konotasi 'Belanda' dalam pantun dan peribahasa Melayu
Pantun merupakan akal budi orang Melayu, iaitu penciptaan bait-bait diksi yang indah yang mempunyai unsur alam dan persekitaran masyarakat.
![41 syarikat tunai zakat perniagaan berjumlah RM6.182 juta 41 syarikat tunai zakat perniagaan berjumlah RM6.182 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-12/81576678016_agihanzakat.jpg)
41 syarikat tunai zakat perniagaan berjumlah RM6.182 juta
Lembaga Zakat Selangor (LZS) menerima zakat perniagaan daripada 41 buah syarikat berjumlah RM6.182 juta dalam satu majlis penyerahan di Wisma PKPS, Shah Alam.