KUALA LUMPUR: Sebanyak 41.6 peratus populasi keseluruhan di Malaysia atau 13,580,934 individu telah lengkap menerima dua dos suntikan vaksin COVID-19 setakat semalam, menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV).
Jawatankuasa itu yang berkongsi maklumat berkenaan di laman Twitter rasminya memaklumkan setakat semalam juga, seramai 18,631,593 individu atau 57.1 peratus sudah menerima dos pertama, menjadikan kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) kini sebanyak 32,212,527 dos.
Menurut perkongsian maklumat itu, peratusan populasi dewasa yang menerima kedua-dua dos meningkat kepada 58.0 peratus setakat semalam berbanding 56.9 peratus, pada Isnin.
Dalam pada itu, vaksinasi harian semalam pula mencatatkan peningkatan kepada 420,164 dos berbanding 396,576 dos pada Isnin, dengan 265,160 daripadanya merupakan dos kedua dan baki 155,004 adalah dos pertama.
PICK dilancarkan pada 24 Feb lepas bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik COVID-19 di seluruh negara.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 25 2021

Peratusan populasi dewasa yang menerima kedua-dua dos meningkat kepada 58.0 peratus setakat semalam berbanding 56.9 peratus, pada Isnin. - Gambar hiasan

Malaysia perkukuh kerjasama ASEAN-India di bawah Kepengerusian 2025
Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia menggesa kerjasama lebih erat antara ASEAN dan India dengan keutamaan kepengerusiannya yang berteraskan "Keterangkuman dan Kemampanan."

Sabah peruntuk lebih RM75 juta laksana inisiatif bantuan pendidikan - Hajiji
Sabah memperuntukkan RM75.5 juta pada tahun ini untuk melaksanakan 13 inisiatif bantuan pendidikan kepada pelajar, sekolah, persatuan ibu bapa dan guru serta persatuan mahasiswa Sabah.

PRK DUN Ayer Kuning: BN Tapah guna pendekatan berbeza santuni pengundi
Barisan Nasional (BN) Tapah akan menggunakan pendekatan berbeza dalam menyantuni pengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, April ini.

Syukuri nikmat kesihatan, jadikan Ramadan ubah gaya hidup lebih sihat - Sultan Pahang
Sultan Pahang bertitah masyarakat perlu mensyukuri nikmat kesihatan dan menjadikan Ramadan sebagai bulan untuk berubah kepada gaya hidup lebih sihat.

Usaha bantu golongan memerlukan sentiasa jadi keutamaan kerajaan - Noraini
Usaha membantu golongan memerlukan sentiasa menjadi keutamaan kerajaan dengan pelbagai inisiatif telah tersedia.

Mesin pengimbas bagasi akan ditambah baik di KLIA
Mesin pengimbas bagasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akan ditambah baik bagi memerangi penyeludupan haiwan eksotik dan terancam.

MATRADE lancar Perdagangan Digital MADANI
MATRADE dengan kerjasama Nazsoft Tech Sdn Bhd, melancarkan MDT, sebuah platform bersepadu maya yang direka untuk mengukuhkan akses pengeksport Malaysia ke pasaran antarabangsa.

Kiosk Sentuhan MADANI disasar diperluas ke 30 lokasi seluruh negara
Inisiatif Kiosk Sentuhan MADANI disasar untuk diperluaskan ke 30 lokasi di seluruh negara dalam tempoh 36 bulan.

Lebih 70,000 ekor lembu diseludup di negeri bersempadan Malaysia-Thailand
Aktiviti penyeludupan itu dikesan berlaku di negeri Kelantan, Kedah, Perlis dan Perak sekali gus memberi kesan kepada penternak tempatan.

Meta akan mulakan ujian Community Notes di Facebook, Instagram dan Threads
Meta, syarikat induk Facebook, Instagram dan Threads, mengumumkan pada Khamis, ia akan memulakan ujian Community Notes di platformnya.

Lebih 15 juta individu dewasa Malaysia terima dos penggalak
Setakat Isnin, sejumlah 22,944,111 atau 97.5 peratus daripada populasi dewasa telah melengkapkan vaksinasi.

Lebih 1.2 juta kanak-kanak di Malaysia terima vaksin COVID-19
Bagi remaja 12 hingga 17 tahun, sejumlah 2,843,805 individu atau 94.6 peratus telah melengkapkan vaksinasi.

65.6 peratus populasi dewasa terima dos penggalak COVID-19
Sejumlah 25,782,213 atau 97.5 peratus daripada populasi sama telah melengkapkan vaksinasi mereka.

Lebih 870,000 populasi kanak-kanak di Malaysia terima vaksin COVID-19
Sejumlah 14,660,956 individu atau 62.3 peratus populasi dewasa negara telah menerima dos penggalak COVID-19.

COVID: 78.8 peratus populasi dewasa lengkap vaksinasi setakat semalam
Setakat semalam, 93.3 peratus atau 22,001,266 individu daripada populasi dewasa sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos.

78.2 peratus populasi dewasa lengkap vaksinasi COVID-19 setakat 18 Sept
Seramai 18,295,014 individu atau 78.2 peratus daripada populasi dewasa di negara ini telah melengkapkan suntikan vaksin COVID-19 setakat semalam, menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin

41.6 peratus populasi Malaysia lengkap dua dos vaksin - JKJAV
Setakat semalam, jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan adalah sebanyak 32,212,527 dos.

COVID-19: Vaksinasi harian kembali catat peningkatan, 424,936 dos diberi pada 19 Julai
Jumlah ini menyaksikan angka vaksin harian kembali kepada lebih 400,000 dos sehari.

252,773 dos vaksin COVID-19 diberi pada 23 Jun, jumlah kumulatif 6.55 juta dos
Ia membabitkan 174,448 dos pertama manakala selebihnya 78,325 dos kedua.