ISKANDAR PUTERI: Hampir 400,000 orang dijangka menggunakan laluan darat antara Malaysia dan Singapura melalui Tambak Johor dan Linkedua, pada minggu pertama pembukaan semula sempadan negara bermula Jumaat ini.
Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata kesemua kaunter di Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) iaitu di Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), di sini, dan Bangunan Sultan Iskandar di Johor Bahru akan beroperasi sepenuhnya, bagi mengelakkan berlakunya kesesakan.
“Ketika prapandemik, hampir 400,000 pengguna masuk dan keluar setiap hari, jadi 400,000 orang ini kita jangkakan untuk tujuh hari sekurang-kurangnya dari 1 hingga 7 April.
"Semua kaunter akan dibuka dan beroperasi 100 peratus di kedua-dua CIQ, mereka juga telah membuat segala persediaan tersebut.
“Jabatan Penerangan Johor juga akan menyediakan infografik yang akan dipaparkan di media sosial, supaya pengembara tahu apa prosedur operasi standard (SOP) dan
keperluan, paling penting mereka perlu muat turun aplikasi MySejahtera sebelum masuk ke Malaysia,” katanya pada sidang media selepas meninjau ‘dry run’ pembukaan semula sempadan di Kompleks CIQ KSAB di Tanjung Kupang, di sini hari ini.
Turut hadir Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong.
Onn Hafiz berkata hampir 2,700 pegawai dan anggota daripada pelbagai jabatan dan agensi termasuk Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan dan Jabatan Kesihatan Negeri, akan bertugas 24 jam di kedua-dua CIQ berkenaan mulai 1 April ini.
Beliau berkata Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim turut berkenan supaya 130 sukarelawan Southern Volunteers, ditempatkan di kedua-dua CIQ tersebut untuk membantu rakyat Malaysia dan pengembara sekali gus memudahkan urusan mereka nanti.
Berhubung pengecualian bayaran tol tujuh hari mulai Jumaat ini di kedua-dua CIQ itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, atas pengumuman berkenaan sekali gus mempertimbangkan dengan baik permohonan kerajaan negeri suarakan sebelum ini, selaras dengan pendekatan memudah cara perjalanan rentas sempadan dengan Singapura.
Beliau juga merakamkan penghargaan kepada Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof, kerana turut membantu selain kepada Menteri Pengangkutan yang bersetuju dengan permohonan kerajaan negeri untuk memberi pengecualian Caj Jalan sebanyak RM20 bagi tempoh seminggu, iaitu bermula 1 hingga 7 April.
"Keputusan ini pastinya mampu melancarkan perkhidmatan dan aliran trafik semasa proses masuk ke Malaysia di kedua-dua CIQ, dan pemilik kenderaan tidak perlu berhenti untuk urusan bayaran dan menambah nilai kad Touch 'n Go mereka untuk tempoh satu minggu," katanya.
Sementara itu, Wee berkata pengecualian bayaran tol tujuh hari mulai Jumaat ini di kedua-dua CIQ berkenaan, mampu meleraikan masalah kesesakan di kedua-dua pintu masuk sempadan darat, berikutan jumlah kenderaan yang dijangka bertambah terutamanya untuk menyambut awal Ramadan.
Beliau berkata setakat ini, sebanyak 191,263 kenderaan dari Singapura sudah mendaftar untuk memasang tag Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) Permit Kemasukan Kenderaan (VEP) pada kenderaan masing-masing, dan daripada jumlah itu, 65,263 pemilik sudah menerima tag tersebut.
Pada 25 Mac lepas, Perdana Menteri Malaysia dan Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong, menerusi kenyataan bersama memaklumkan, kedua-dua negara bersetuju untuk membuka sepenuhnya sempadan darat bagi pengembara yang telah lengkap vaksinasi mulai 1 April, selaras dengan fasa peralihan ke endemik.
Malaysia dan Singapura juga akan membenarkan pengembara yang telah lengkap vaksinasi untuk merentas sempadan darat tanpa perlu menjalani kuarantin atau melaksanakan ujian COVID-19, termasuk ujian prapelepasan dan semasa ketibaan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 30 2022
![400,000 dijangka guna laluan darat Malaysia-Singapura pada minggu pertama 400,000 dijangka guna laluan darat Malaysia-Singapura pada minggu pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/41648645584_nnHafizGhazi.jpg)
Onn Hafiz berkata, semua kaunter di CIQ iaitu di KSAB dan Bangunan Sultan Iskandar akan beroperasi sepenuhnya bagi mengelakkan kesesakan. - Gambar/ Bernama
![Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715247870_SohThianLaijpg.jpg)
Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM
Pemimpin perniagaan dan usahawan daripada golongan belia merupakan pemacu penting yang akan membentuk masa depan industri pembuatan Malaysia, kata Presiden Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia.
AWANI Tonight: 16 July 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. Govt mulls amending Penal Code to deal with cyberbullying
2. England's Southgate resigns after Euro 2024 Final defeat
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Govt mulls amending Penal Code to deal with cyberbullying
2. England's Southgate resigns after Euro 2024 Final defeat
#AWANIEnglish #AWANINews
![Empat individu termasuk pasangan pempengaruh bebas tahanan reman Empat individu termasuk pasangan pempengaruh bebas tahanan reman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716613114_TBsprm.jpg)
Empat individu termasuk pasangan pempengaruh bebas tahanan reman
Kesemua individu juga perlu hadir ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebulan sekali untuk melaporkan diri.
![KPT alu-alukan syor PAC guna garis panduan pelaburan universiti awam untuk anak syarikat KPT alu-alukan syor PAC guna garis panduan pelaburan universiti awam untuk anak syarikat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719822088_ZambryAbdKadir.jpg)
KPT alu-alukan syor PAC guna garis panduan pelaburan universiti awam untuk anak syarikat
KPT mengalu-alukan cadangan PAC berhubung pelaksanaan dan pemakaian Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024, kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan kementerian itu.
![SUKMA 2024: Sepak takraw wanita mungkin digugurkan SUKMA 2024: Sepak takraw wanita mungkin digugurkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720679430_AbdulKarimRahman.jpg)
SUKMA 2024: Sepak takraw wanita mungkin digugurkan
Sepak takraw wanita berpasukan berkemungkinan akan digugurkan daripada senarai acara temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 berikutan jumlah penyertaan kurang daripada jumlah minimum yang ditetapkan.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Enam rakyat Vietnam ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok Enam rakyat Vietnam ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41702437730_maut.jpg)
Enam rakyat Vietnam ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok
Enam orang ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok, Thailand pada Selasa laporan media tempatan yang memetik polis Bangkok.
AWANI 7:45 [16/07/2024] - Suspek dibawa ke lokasi | Selamat tinggal rakyat Malaysia | Harimau Malaya hilang taring?
- Polis sahkan suspek bunuh Kartini anggota polis.
- Pan-Gon enggan dedah punca letak jawatan.
- Faisal Halim sedih mentor Pan-Gon undur diri.
- Pakai reben putih di Parlimen, tak salah.
- Pan-Gon enggan dedah punca letak jawatan.
- Faisal Halim sedih mentor Pan-Gon undur diri.
- Pakai reben putih di Parlimen, tak salah.
![Isteri calon gandingan Trump letak jawatan di firma guaman Isteri calon gandingan Trump letak jawatan di firma guaman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721139141_TBJDUSHA.jpg)
Isteri calon gandingan Trump letak jawatan di firma guaman
Usha Vance, isteri kepada Senator J.D. Vance yang dipilih sebagai calon gandingan bekas presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump awal minggu ini, telah meletakkan jawatannya di sebuah firma guaman,
![Najib fail permohonan di mahkamah rayuan cabar Titah Adendum Najib fail permohonan di mahkamah rayuan cabar Titah Adendum](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/71683779541_TBNAJIBRAZAK.jpg)
Najib fail permohonan di mahkamah rayuan cabar Titah Adendum
Berdasarkan sistem e-filing mahkamah, rayuan itu telah ditetapkan untuk pengurusan kes pada 7 Oktober ini.
![Tentera Sudan buka semula sempadan dengan Eritrea Tentera Sudan buka semula sempadan dengan Eritrea](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/41693719903_TBMSF.jpg)
Tentera Sudan buka semula sempadan dengan Eritrea
Panglima tentera Sudan Jeneral Abdel Fattah al-Burhan pada Sabtu mengarahkan pembukaan semula sempadan negara dengan Eritrea, menurut satu kenyataan rasmi.
![Pembukaan semula sempadan antara faktor kenaikan jumlah keuntungan Tabung Haji - Pakar Pembukaan semula sempadan antara faktor kenaikan jumlah keuntungan Tabung Haji - Pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/81682744872_AgihanKeuntunganTa.jpg)
Pembukaan semula sempadan antara faktor kenaikan jumlah keuntungan Tabung Haji - Pakar
Pembukaan semula sempadan negara selepas keadaan COVID-19 terkawal adalah antara faktor kenaikan jumlah keuntungan Lembaga Tabung Haji.
![Thailand alu-alukan kumpulan pelawat pertama dari China Thailand alu-alukan kumpulan pelawat pertama dari China](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/61675703259_BangkokStreetsgen.jpg)
Thailand alu-alukan kumpulan pelawat pertama dari China
Sebanyak 14 penerbangan yang membawa rombongan pelancong dari China dijadual tiba di Thailand pada Isnin.
![Pelancongan perubatan Pulau Pinang mula meningkat Pelancongan perubatan Pulau Pinang mula meningkat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/81672661283_YeohSoonHin.jpg)
Pelancongan perubatan Pulau Pinang mula meningkat
Jumlah pendapatan pelancongan perubatan Pulau Pinang meningkat secara eksponen berbanding RM66 juta yang direkodkan semasa 2021 kepada RM285 juta pada 2022.
![Ringgit meningkat pada hari terakhir dagangan berikutan pembukaan semula sempadan China Ringgit meningkat pada hari terakhir dagangan berikutan pembukaan semula sempadan China](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/71662613177_MONEYCHANGE.jpg)
Ringgit meningkat pada hari terakhir dagangan berikutan pembukaan semula sempadan China
Pada 6 petang, mata wang tempatan meningkat kepada 4.3995/4095 berbanding dolar AS kepada 4.4180/4215 sewaktu ditutup pada Khamis.
![Lebih sejuta pelancong tiba di Malaysia sejak 1 April Lebih sejuta pelancong tiba di Malaysia sejak 1 April](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/41654342301_LapanganAntarabangs.jpg)
Lebih sejuta pelancong tiba di Malaysia sejak 1 April
Lebih sejuta pelancong tiba di negara ini, iaitu melebihi separuh daripada sasaran dua juta pelancong antarabangsa yang ditetapkan kerajaan pada tahun ini.
![Sektor pelancongan domestik pantas catat pemulihan Sektor pelancongan domestik pantas catat pemulihan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/71653784873_MustapaMuhamed.jpg)
Sektor pelancongan domestik pantas catat pemulihan
Bagi pelancongan antarabangsa, pemulihan sedang berjalan dengan pembukaan sempadan Malaysia-Thailand, Malaysia-Singapura pada 1 April lepas.
![Pembukaan semula 9 pusat pemeriksaan sempadan Thai-Malaysia dorong pemulihan ekonomi Pembukaan semula 9 pusat pemeriksaan sempadan Thai-Malaysia dorong pemulihan ekonomi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/61653068614_PADANGBESAR.jpg)
Pembukaan semula 9 pusat pemeriksaan sempadan Thai-Malaysia dorong pemulihan ekonomi
Ia akan merangsang sektor pelancongan dan seterusnya meningkatkan perdagangan sempadan antara Thailand dan Malaysia.
![JPJ Perlis pantau kenderaan keluar masuk Malaysia-Thailand JPJ Perlis pantau kenderaan keluar masuk Malaysia-Thailand](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/41652259972_ExcoPerlis.jpg)
JPJ Perlis pantau kenderaan keluar masuk Malaysia-Thailand
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perlis sentiasa melakukan pemantauan sejak pintu sempadan Malaysia-Thailand dibuka.
![Pintu sempadan Padang Besar dibuka hari ini Pintu sempadan Padang Besar dibuka hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/61651678585_PADANGBESAR.jpg)
Pintu sempadan Padang Besar dibuka hari ini
Satu lagi pintu sempadan Malaysia-Thailand iaitu Padang Besar akan dibuka hari ini, bermula 6 pagi hingga 10 malam setiap hari.