"Empat puluh tahun kami dok hadap benda ni". Itu rintihan penduduk Kampung Air Melintas Kecil, di sini yang terjejas akibat pembuangan sisa kumbahan khinzir ke saliran sungai dari ladang ternakan khinzir di Kampung Selamat berdekatan kampung itu.
Wakil penduduk, Yusof Othman, 65, berkata isu tersebut bukan sahaja membelenggu penduduk di kampungnya malah kampung lain turut terjejas.
"Boleh dikatakan punca sisa najis khinzir ini bermula dari Kampung Selamat iaitu tempat ladang ternakan khinzir menuju ke Sungai Kreh di kampung ini sehinggalah ke Kampung Air Hitam (Sungai Dua, Butterworth) kira-kira 12 kilometer dari kampung kami," katanya kepada pemberita di lokasi pembuangan najis khinzir itu, di sini pada Ahad.
Yusof bersama kira-kira 20 penduduk kampung itu berkumpul di situ dan membawa sepanduk menggesa kerajaan negeri supaya mengambil tindakan sewajarnya kepada pihak terbabit.
Beliau berkata akibat daripada pembuangan sisa kumbahan khinzir yang dilepaskan di Sungai Kreh itu menyebabkan saliran parit di kampung mereka tercemar sehingga mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan terutamanya pada waktu malam dan selepas hujan.
"Lebih menyedihkan, sekitar tahun 2003 dan 2011 ketika kampung kami banjir, air naik menyebabkan kami terpaksa samak seluruh rumah untuk mencuci sisa najis khinzir yang tersisa," katanya yang sudah mendiami kampung tersebut lebih 40 tahun.
Yusof berkata selain itu, penduduk kampung turut mengalami simptom gatal-gatal badan dan sesak nafas akibat terhidu bau busuk yang disifatkannya seperti 'terkepung' di dalam kawasan yang busuk.
Seorang lagi penduduk kampung itu, yang juga Ketua Unit Peladang Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Pokok Sena, Ahmad Sulaiman, 69, berkata, masalah tersebut turut menjejaskan hasil tanaman padi yang diusahakannya.
"Untuk semusim, pesawah dikehendaki mencapai sasaran (di bawah rancangan Pertubuhan Peladang) kira-kira 10 tan untuk bendang seluas satu hektar, namun sejak masalah ini berlarutan hasil tanaman padi telah menjunam sehingga 5 tan kerana padi rosak," katanya.
Sementara itu, Pengerusi Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan negeri, Dr Afif Bahardin berkata, pihaknya kini memberi tempoh sehingga hujung tahun ini kepada pengusaha ladang khinzir berkenaan untuk menghentikan pembuangan sisa kumbahan di situ.
"Kita nak kuatkuasakan tindakan tersebut melalui Enakmen Penternakan Babi 2016 dan fokus kita adalah supaya pengusaha tersebut menghentikan aktiviti pencemaran sehingga hujung tahun ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 07 2019

Penduduk kampung turut mengalami simptom gatal-gatal badan dan sesak nafas akibat terhidu bau busuk.

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.

'40 tahun kami hadap sisa kumbahan babi'
Wakil penduduk, Yusof Othman, 65, berkata isu tersebut bukan sahaja membelenggu penduduk di kampungnya malah kampung lain turut terjejas.