Kes penipuan penjualan barangan dalam talian di daerah itu meningkat kepada 40 kes membabitkan kerugian sebanyak RM81,654 bagi tempoh sembilan bulan tahun ini.
Ketua Polis Daerah Manjung ACP Tengku Mohd Zailan Tengku Ahmad Shah berkata jumlah itu meningkat sebanyak 6.4 peratus daripada 14 kes yang melibatkan kerugian berjumlah RM76,720 bagi tempoh sama tahun lalu.
"Peningkatan kes itu meliputi pelbagai penipuan dalam talian termasuk membabitkan jual beli kereta, peralatan gajet dan sebagainya manakala mangsa penipuan terdiri daripada pelbagai golongan termasuk ahli korporat, penjawat awam dan kerani," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata kebanyakan mangsa mengalami kerugian ribuan ringgit selepas memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun bank dan kemudiannya tidak dapat menghubungi penjual berkenaan.
"Mangsa gagal mendapatkan barangan atau peralatan yang dibeli dan akaun bank berkenaan pula didapati telah didaftarkan atas nama orang lain," katanya sambil menambah kes itu disiasat di bawah Seksyen 420 kanun keseksaan kerana menipu.
Sementara itu, Tengku Mohd Zailan berkata statistik kemalangan maut di daerah Manjung turut menunjukkan peningkatan apabila sebanyak 69 kes direkodkan sehingga September tahun ini berbanding 54 kes bagi tempoh sama tahun lalu.
Beliau berkata kawasan panas yang sering berlaku kemalangan antaranya Jalan Sitiawan- Teluk Intan, Jalan Damar Laut-Batu Hampar dan Jalan Lumut-Ipoh.
Menurutnya, sebanyak 24,422 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan sehingga September tahun ini berbanding 13,095 saman direkodkan bagi tempoh sama tahun lalu.
Dalam perkembangan lain, Tengku Mohd Zailan berkata nilai rampasan dadah di daerah itu meningkat kepada RM128,288 sehingga September 2016 berbanding tempoh sama tahun lalu iaitu bernilai RM85,167.
Katanya rampasan dadah jenis heroin masih menunjukkan peningkatan apabila sebanyak 1,742 gram dirampas setakat tahun ini berbanding 1,288 gram pada tahun lalu.
Bernama
Tue Oct 04 2016
![40 kes penipuan jualan barangan dalam talian di Manjung 40 kes penipuan jualan barangan dalam talian di Manjung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-02/61455338619_MOUSE.jpg)
Kebanyakan mangsa mengalami kerugian ribuan ringgit selepas memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun bank dan kemudiannya tidak dapat menghubungi penjual berkenaan. - Gambar hiasan
Nasib acara sepak takraw wanita diketahui Khamis ini
Nasib acara sepak takraw wanita berpasukan dalam Sukan Malaysia (SUKMA) edisi ke-21 di Sarawak akan ditentukan dalam Mesyuarat Jawatankuasa SUKMA Peringkat Kebangsaan pada Khamis ini.
JPBM Sabah serah jentera khas buat pasukan sukarela
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri Sabah sedang dalam perancangan untuk menyerahkan jentera khas, iaitu Volunter Fire Rescue Tender (VFRT) untuk Pasukan Bomba Sukarela (PBS) di Sabah.
Sarawak akan pertahan pingat sukan Muay Thai edisi lalu
Skuad Sarawak akan berusaha mempertahankan masing-masing dua emas, perak dan gangsa dalam kejohanan SUKMA yang dimenangi dalam edisi lalu.
![Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721124841_TBFAM.jpg)
Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi
FAM pernah berusaha memujuk Kim Pan-gon untuk terus mengemudi skuad Harimau Malaya hingga kontraknya tamat secara rasmi pada akhir tahun depan.
![Kaspersky tinggalkan pasaran AS bermula 20 Julai ini Kaspersky tinggalkan pasaran AS bermula 20 Julai ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51708604164_kasperskyancamans.jpg)
Kaspersky tinggalkan pasaran AS bermula 20 Julai ini
Kaspersky mengesahkan kurang 50 pekerja akan terkesan, dan mereka akan diberikan pampasan susulan penutupan syarikat tersebut.
![ADB lulus pinjaman AS$100 juta kepada Uzbekistan ADB lulus pinjaman AS$100 juta kepada Uzbekistan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721128485_Uzbekistanflag.jpg)
ADB lulus pinjaman AS$100 juta kepada Uzbekistan
Pinjaman itu bagi membantu Uzbekistan meningkatkan penjagaan pranatal untuk wanita hamil dan bayi mereka.
![Keluarga Nur Farah Kartini mohon henti keluar kenyataan guris hati Keluarga Nur Farah Kartini mohon henti keluar kenyataan guris hati](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721127722_NurFarahKartini.jpg)
Keluarga Nur Farah Kartini mohon henti keluar kenyataan guris hati
Kakak ipar mangsa Syeril Norsyuhada Suhaimi, 29, berkata mereka sekeluarga masih terkejut dan sedih atas kejadian yang menimpa Nur Farah Kartini.
![Sultan Selangor jalani pemeriksaan kesihatan untuk pembedahan katarak mata Sultan Selangor jalani pemeriksaan kesihatan untuk pembedahan katarak mata](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721125507_SultanSelangor.jpg)
Sultan Selangor jalani pemeriksaan kesihatan untuk pembedahan katarak mata
Sultan Selangor Sultan kini berada di hospital untuk rawatan pemeriksaan kesihatan bagi menjalani prosedur pembedahan katarak mata.
Enam MP kekal : Tak adil salahkan Speaker - Gobind
Mengenai keputusan mengekalkan enam kerusi Parlimen bekas ahli Bersatu, Gobind Singh Deo berkata tidak adil untuk salahkan Speaker buat keputusan yang diperuntukkan undang-undang.
![Tokan dadah ditahan bersama dua pucuk pistol di Alor Setar Tokan dadah ditahan bersama dua pucuk pistol di Alor Setar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721123744_tokandadah.jpg)
Tokan dadah ditahan bersama dua pucuk pistol di Alor Setar
Polis menahan dua lelaki dan merampas dua pucuk pistol serta pelbagai jenis dadah dalam dua tangkapan di Taman Lam Foong, di Alor Setar.
![40 kes penipuan jualan barangan dalam talian di Manjung 40 kes penipuan jualan barangan dalam talian di Manjung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-02/61455338619_MOUSE.jpg)
40 kes penipuan jualan barangan dalam talian di Manjung
Jumlah itu meningkat sebanyak 6.4 peratus daripada 14 kes yang melibatkan kerugian berjumlah RM76,720 bagi tempoh sama tahun lalu.
![Tiga cara sah untuk menjana pendapatan secara online di Malaysia Tiga cara sah untuk menjana pendapatan secara online di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-01/61453640557_onlinebusiness.jpg)
Tiga cara sah untuk menjana pendapatan secara online di Malaysia
Tiga jenis bisnes online yang anda boleh kendalikan sendiri untuk mengurangkan risiko ditipu, di samping menjana pendapatan tambahan yang anda perlukan.