LAHAD DATU: Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) hari ini telah mengeluarkan senarai terkini 21 individu yang dikehendaki kerana disyaki terbabit dalam aktiviti jenayah rentas sempadan.
Komander ESSCom, DCP Datuk Ahmad Fuad Othman dalam satu kenyataan berkata senarai terbaru ini turut menyenaraikan empat lagi suspek baharu iaitu warga Filipina Tista Hussein dan adiknya, Ahadin Hussein, Ellam Sajirin@Nasirin dan Ismuran Jirah.
Katanya, salah seorang daripada individu tersebut, Tista disyaki mengetuai penculikan di Tambisan, Lahad Datu pada 23 september 2019 yang melibatkan tiga warga Indonesia dan adiknya, Ahadin turut disyaki terlibat dalam penculikan tersebut.
“Dua lagi individu iaitu, Ellam dan Ismuran disyaki terlibat dengan aktiviti penculikan di mana mereka menjadi penjaga (caretaker) kepada mangsa yang diculik oleh pasangan adik-beradik, Tista dan Ahadin,” katanya.
Menurut Ahmad Fuad, lima individu juga telah dikeluarkan daripada senarai orang dikehendaki di mana empat daripadanya telah ditembak mati dalam operasi di Beaufort bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Mei lalu.
Individu yang telah dikeluarkan daripada senarai ialah Apo Mike@Majan Sahidjuan, Raden Abuh, Long Sahirin, Japs Sawadjaan@Mujfr Sawadjaan dan Mundi Sawadjaan.
Tambahnya, antara nama lain yang masih dalam senarai ialah Al Munjir Yadah, Salip Mura, Marajan@Manajan Asiri, Sangbas Parisko, Hamsan Pakkan@Black Cobra,Sabri Madrasul@Salip Jul, Ben Tatoh Quirino, Jul@Jun Hasan, Jul Aksan Abdurajan@Halimaw, Tampi@Bunju, Haibin Mubin@Apo Kuhambo, Halipa, Basaron Arok, Mujimar Sawadjaan@Rasad, Hadji Wahad@Talip dan Barah Uddong@Alvin.
Ridzal Abdullah, Azmie Lim
Mon Jun 28 2021

Empat nama baharu itu dimasukkan selepas mengeluarkan suspek lama yang ditembak mati pasukan keselamatan Filipina, selain operasi ESSCom di Beaufort. - Gambar/ ESSCom

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.

ESSCom beri jaminan kurangkan jenayah rentas sempadan
ESSCom memberi jaminan untuk mengurangkan kes jenayah rentas sempadan yang sering berlaku di kawasan Zon Selamat Sabah Timur (ESS Zone).

Kehadiran 'sosok' anggota ESSCom beri keyakinan keselamatan penduduk di ESS Zone
Februari ini, genap 11 tahun peristiwa pencerobohan pengganas bersenjata Sulu memasuki perairan negara secara berperingkat di Felda Sahabat, Lahad Datu.

Kerajaan lulus RM20 juta tambah aset ESSCom di sempadan negara
Ketua Pegawai ESSCOM Dr Jamaluddin Mohd Ali berkata aset berkenaan antaranya termasuk bot-bot laju sedang dalam proses peralihan.

Agong lawat ESSCom, Permaisuri memasak untuk rakyat di Lahad Datu
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan melawat ESSCom.

Kerajaan terus tingkat kebajikan petugas ESSCom - Saifuddin
Kerajaan Perpaduan akan terus meningkatkan aspek kebajikan pegawai dan anggota Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) melalui persekitaran kerja yang kondusif.

ESSCom rancang guna aplikasi keselamatan untuk pelancong - Komander
Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) merancang untuk menggunakan satu aplikasi bagi memastikan keselamatan pelancong yang berada di kawasan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone).

Semporna mulai terima pelancong China selepas COVID-19
Pengarah Borneo Divers Datuk Abdul Hajan Gurimbang berkata kemasukan pelancong antarabangsa ke Semporna meningkat dengan jangkaan kemasukan 2,000 pelancong China pada setiap hari selepas ini.

Keselamatan: 12 kawasan penempatan PATI di Sandakan digempur ESSCom
ESSCom menjalankan Operasi Bersepadu selama tujuh hari bermula Rabu minggu lalu hingga semalam (Selasa) sebelum menggempur 12 lokasi disyaki penempatan warga asing di Sandakan.

ESSCom laksana Operasi Gasak Laut roboh pondok kecil di Kudat
Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) akan melaksanakan Operasi Gasak Laut yang menumpukan perobohan pondohan (pondok kecil) di perairan Si Bogo, Pulau Bangkawan.

Selain jaga keselamatan, ESSCom tingkat kemahiran penduduk di ESSZone
Program kemahiran dan latihan beri peluang kepada penduduk untuk menambah baik kemahiran kendiri, sekali gus menaikkan taraf ekonomi.