KEPALA BATAS: Polis menahan empat individu termasuk tiga beradik kerana terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah dan merampas 5,244 gram (g) syabu bernilai RM204,400 dalam serbuan di sebuah rumah di Kepala Batas, di sini Jumaat lepas.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Noorzainy Mohd Noor berkata bertindak hasil maklumat dan risikan yang dijalankan, polis menyerbu rumah itu pada 5.30 petang dan menahan kesemua mereka berumur 42 hingga 51 tahun serta merampas dadah disembunyikan di dalam sebuah beg sekolah.
"Pemeriksaan di dalam rumah didiami mereka, polis menemukan lima bungkusan syabu seberat 5,244 g yang disembunyikan di dalam sebuah beg sekolah di sebuah bilik dan siasatan mendapati sindiket dipercayai turut menjadikan kediaman tersebut sebagai tempat menyimpan serta membungkus semula dadah sebelum menjual kepada pembeli di sekitar negeri ini.
"Mereka yang ditahan terdiri daripada sepasang suami isteri dan adik perempuan serta adik lelaki kepada wanita itu, dipercayai mempunyai kaitan dengan sindiket dadah serta aktif menjalankan kegiatan tersebut sejak beberapa bulan lepas," katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata ujian air kencing mendapati seorang lelaki positif dadah dan mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah serta dadah dan susulan serbuan tersebut, polis turut menyita dua kereta iaitu Perodua Myvi dan Kenari serta wang tunai sebanyak RM1,050 daripada mereka.
Noorzainy berkata dua lelaki dan dua wanita yang ditahan itu mempunyai peranan masing-masing dalam sindiket pengedaran dadah yang didalangi keluarga tersebut dan mereka kini direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan menurut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Sementara itu, dalam perkembangan lain, beliau berkata seorang ahli perniagaan kerugian RM40,000 selepas lelaki itu menjadi mangsa Macau Scam iaitu penipuan penyamaran sebagai pegawai kerajaan menerusi panggilan telefon, dalam kejadian baru-baru ini.
Katanya, lelaki berusia 55 tahun itu pada mulanya menerima panggilan daripada individu yang mendakwa dirinya pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan memaklumkan dia mempunyai tunggakan cukai syarikat sebelum panggilan berkenaan disambung kepada individu lain kononnya pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang.
"Mangsa dimaklumkan oleh 'polis' berpangkat ASP itu bahawa dia juga telah terlibat dalam beberapa kes jenayah seperti dadah, along dan scam, dia yang panik selepas mendengar dakwaan itu tanpa berfikir panjang telah mengikut arahan pemanggil supaya namanya dibersihkan daripada rekod polis," katanya.
Noorzainy berkata mangsa memindahkan wang sebanyak RM40,000 ke dalam dua akaun bank yang diberikan suspek dan hanya menyedari dia ditipu selepas memaklumkan hal itu kepada anak lelakinya sebelum tampil membuat laporan polis semalam.
Menurutnya, siasatan lanjut masih dijalankan dan kes itu disiasat menurut Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu tipu.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 23 2021

Polis menahan kesemua mereka berumur 42 hingga 51 tahun serta merampas dadah disembunyikan di dalam sebuah beg sekolah. - Gambar hiasan
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.

Polis tahan lapan individu, tumpaskan penipuan pelaburan saham
Polis menumpaskan sindiket penipuan pelaburan saham yang menjadikan tiga unit kondominium di Sri Petaling, sebagai pusat panggilan dengan penahanan lapan individu, pada Selasa.

Polis tahan pekerja ladang bantu siasatan penemuan mayat lelaki
Polis menahan seorang pekerja ladang bagi membantu siasatan susulan penemuan mayat seorang lelaki yang dipercayai dibunuh di sebuah kedai di Bukit Sekilau, semalam.

Polis tahan keldai akaun, mangsa rugi RM39,000
Polis menahan seorang lelaki disyaki menjadi keldai akaun kepada sindiket penipuan berkaitan pinjaman tidak wujud secara dalam talian, melibatkan kerugian hingga RM39,000 kepada mangsa baru-baru ini.

Polis tahan 14 lelaki disyaki berjudi
Polis menahan 14 lelaki tempatan kerana disyaki menjalankan aktiviti perjudian di sebuah rumah di Jalan Seri Binjai 3, Taman Seri Binjai tengah malam tadi.

Kes OKU dipukul: Polis tahan pempengaruh muat naik hantaran berbaur ugutan
Pemangku Ketua Polis Daerah Kemaman DSP Wan Muhamad Wan Ja'afar berkata lelaki berusia 36 tahun itu ditahan di sebuah hotel di Segamat, Johor, kira-kira pukul 6.55 pagi tadi.

Seludup besi: Enam ditahan, barangan bernilai RM113 juta dirampas
Enam individu ditahan terdiri daripada dua lelaki dan seorang perempuan warga tempatan serta tiga lelaki warga asing berumur antara 33 hingga 50 tahun.

Polis tahan dua rakan disyaki terlibat aktiviti dadah
Polis menahan dua individu tempatan dan merampas beberapa paket dadah keseluruhan bernilai RM18,194 menerusi operasi pencegahan jenayah di Taman Dusun Nyiur, awal pagi tadi.

Insiden cederakan peguam: Polis tahan 22 individu, empat didakwa
Polis menahan 22 lelaki termasuk suspek utama bagi membantu siasatan berhubung insiden menyerang seorang peguam sehingga cedera.

Remaja perempuan ditahan kes buang bayi dalam tandas kompleks beli-belah
Polis menahan seorang remaja perempuan berusia 19 tahun susulan penemuan seorang bayi lelaki di dalam tandas sebuah kompleks beli-belah semalam.

Polis rampas serbuk ekstasi lebih RM600,000, tahan lelaki tempatan
Polis menahan seorang lelaki dan merampas 3.98 kilogram serbuk ekstasi bernilai RM665,578 dalam serbuan di dua rumah di Taman Abad dan Taman Sentosa, Selasa lepas.