KOTA KINABALU:Empat lagi sekolah di daerah Sandakan diarah tutup akibat jangkitan COVID-19, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Sabah, Datuk Masidi Manjun.
Beliau berkata berdasarkan maklumat daripada Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, sekolah yang terkesan ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sandakan, Kolej Vokasional Sandakan, Sekolah Menengah (SM) St. Cecilia dan SMK Agama (SMKA) Tun Juhar.
Katanya, ia menjadikan lapan sekolah menengah ditutup di Sandakan setakat ini selepas empat ditutup minggu lalu.
Beliau turut memaklumkan sebuah lagi tadika swasta turut ditutup susulan pengesanan kes positif COVID-19.
"Sebelum ini, terdapat satu tadika swasta yang telah ditutup susulan terdapat kes positif COVID-19. Hari ni, terdapat satu lagi tadika swasta yang ditutup," kata beliau dalam sidang media laporan harian COVID-19 di negeri ini.
Tadika swasta terbabit ialah Tadika Jati, Taman Haringgton dan Kinabalu International School di sini.
Masidi turut memaklumkan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 di negeri ini dilanjutkan sehingga 18 Februari depan, selaras dengan keputusan di peringkat Persekutuan.
"Pergerakan merentas daerah dan negeri serta aktiviti sosial masih tidak dibenarkan, manakala SOP lain kekal seperti sebelum ini," jelas beliau.
Pada hari ini juga, katanya kerajaan negeri bersetuju untuk membenarkan latihan sukan secara kuarantin bagi Sukan Prestasi Tinggi.
Katanya, ia membabitkan atlet-atlet negeri Sabah bagi persediaan kejohanan antarabangsa, Sukma dan Para Sukma bermula 3 Februari 2021 berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) yang disediakan oleh Kementerian Belia dan Sukan Sabah (KBSS).
Sementara itu, katanya menurut Laporan Statistik Tenaga Buruh (2020), kadar pengangguran di Sabah pada suku tahun pertama 2020 menunjukkan kenaikan, iaitu 3.9 peratus berbanding 3.3 peratus (2019).
"Jabatan Perangkaan Malaysia telah mengunjurkan kadar pengangguran di Malaysia, termasuklah Sabah, akan meningkat pada tahun ini berikutan impak penularan pandemik COVID-19.
"Sungguhpun demikian, kerajaan optimis untuk melaksanakan usaha bagi memastikan bahawa impak daripada pandemik COVID-19 ke atas sektor-sektor utama di negeri ini khususnya sektor pekerjaan dapat diminimumkan," tegas beliau.
Sabah merekodkan penambahan 276 kes positif COVID-19 hari ini, dengan empat kes kematian dicatatkan. Bagaimanapun, tiada kluster baru dilaporkan.
Daerah Semporna dan Pitas antara yang terkini bertukar daripada zon merah ke zon jingga, menjadikan jumlah keseluruhan zon merah di Sabah turun kepada 18 daerah.
Eleanor Michelle Patrick
Tue Feb 02 2021
![4 lagi sekolah di Sandakan diarah tutup akibat COVID-19 - Masidi 4 lagi sekolah di Sandakan diarah tutup akibat COVID-19 - Masidi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/51612275588_MasidiManjun.jpg)
Masidi turut memaklumkan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 di negeri ini dilanjutkan sehingga 18 Februari depan, selaras dengan keputusan di peringkat Persekutuan.
![Kontinjen Great Britain kritik keadaan makanan di sukan Olimpik Paris Kontinjen Great Britain kritik keadaan makanan di sukan Olimpik Paris](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721891818_ParisOlympics.jpg)
Kontinjen Great Britain kritik keadaan makanan di sukan Olimpik Paris
Antara aduan adalah tentang kekurangan makanan tertentu, selain soal kualiti, termasuk kes daging mentah yang dihidangkan kepada atlet.
![Guru lelaki ditahan lakukan amang seksual beberapa murid lelaki sekolah rendah Guru lelaki ditahan lakukan amang seksual beberapa murid lelaki sekolah rendah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716563551_PolisLogoPolisP.jpg)
Guru lelaki ditahan lakukan amang seksual beberapa murid lelaki sekolah rendah
Siasatan awal mendapati guru lelaki berusia 30-an itu disyaki melakukan perbuatan terbabit di beberapa lokasi berbeza.
Rakyat Palestin berlindung di bekas penjara
Selepas berbulan-bulan serangan tentera Israel di Gaza tanpa henti, puluhan ribu rakyat Palestin terhimpit dengan isu kemanusiaan paling dahsyat yang mana mereka menjadi pelarian di tanah kelahiran mereka sendiri.
Barack Obama, isteri sokong penuh Kamala Harris
Barack Obama berkata, beliau dan isterinya yakin Harris akan menjadi Presiden Amerika Syarikat yang hebat.
Polis Sepanyol rampas 4 tan kokain di pelabuhan Barcelona
Sepanyol merampas empat tan kokain yang disembunyikan dalam guni beras di Barcelona pada Jumaat.
Kesedaran tentang anti diskriminasi perlu ditingkatkan di IPT
Kesedaran tentang anti diskriminasi terhadap pesakit HIV dan AIDS perlu dipergiatkan di peringkat institusi pendidikan tinggi bagi mengurangkan stigma.
Konsert penyanyi legenda India, operasi LRT dilanjut ke 1 pagi pada Sabtu
Operasi Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Bukit Jalil akan dilanjutkan sehingga pukul 1 pagi berikutan konsert mega, penyanyi dan komposer legenda dari India, AR Rahman akan berlangsung pada Sabtu malam.
MCMC rampas 138 walkie-talkie tak diperakui
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) merampas 138 unit walkie-talkie bernilai lebih RM20,000 dari tiga premis di Jalan Pasar, Pudu, Kuala Lumpur dalam operasi baru-baru ini
Keluhan pengusaha bas kilang akan dibawa ke kabinet: Tengku Zafrul
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) bersedia mendengar dan akan membawa keluhan pengusaha bas kilang yang tidak mendapat subsidi diesel baru-baru ini ke Kabinet.
MyCC denda 100 perusahaan, penalti cecah RM570 juta
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, sepanjang tempoh itu, sebanyak RM570 juta penalti dikenakan terhadap semua syarikat yang didapati bersalah.
![Tiga pengendali makanan disyaki pembawa demam kepialu di sekolah Tiga pengendali makanan disyaki pembawa demam kepialu di sekolah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/41705558720_TBZAINIHUSSINjp.jpg)
Tiga pengendali makanan disyaki pembawa demam kepialu di sekolah
Semua pengendali makanan telah diberi rawatan dan tidak dibenarkan mengendalikan makanan sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
![LKAN: 337 sekolah masih guna teknologi broadband 4G LKAN: 337 sekolah masih guna teknologi broadband 4G](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720079587_EthernetCable.jpg)
LKAN: 337 sekolah masih guna teknologi broadband 4G
Sebanyak 337 sekolah masih menggunakan teknologi broadband (4G) atau satelit dengan limitasi capaian kelajuan sehingga 30 Mbps.
![Pelajar Tingkatan 1 cedera jatuh dari tingkat tiga bangunan sekolah Pelajar Tingkatan 1 cedera jatuh dari tingkat tiga bangunan sekolah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719622924_tbPelajarcedera.jpg)
Pelajar Tingkatan 1 cedera jatuh dari tingkat tiga bangunan sekolah
Seorang pelajar lelaki berusia 13 tahun mengalami kecederaan selepas terjatuh dari tingkat tiga sebuah bangunan sekolah di Kajang semalam.
![Sarawak peruntuk RM200 juta baik pulih sekolah, klinik daif Sarawak peruntuk RM200 juta baik pulih sekolah, klinik daif](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41719070438_AnwarIbrahim.jpg)
Sarawak peruntuk RM200 juta baik pulih sekolah, klinik daif
Jumlah itu diperuntukkan sebagai inisiatif pembiayaan terlebih dahulu oleh Sarawak bagi projek Persekutuan di negeri ini.
![PBB kecam serangan udara Israel ke atas sekolah PBB kecam serangan udara Israel ke atas sekolah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61717717238_Palestinian.jpg)
PBB kecam serangan udara Israel ke atas sekolah
Apa yang menyedihkan adalah ia berlaku pada saat rundingan pengantara mengenai gencatan senjata.
![Serangan ke atas sekolah di Gaza 'sasar' pasukan pejuang Islam Serangan ke atas sekolah di Gaza 'sasar' pasukan pejuang Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41717717136_IsraelVehicle.jpg)
Serangan ke atas sekolah di Gaza 'sasar' pasukan pejuang Islam
Pengarah pejabat media kerajaan Gaza menolak dakwaan Israel bahawa sekolah PBB itu menyembunyikan pasukan pejuang Hamas.
![Polis rujuk kertas siasatan video tular anak didenda guru ke pejabat TPR Polis rujuk kertas siasatan video tular anak didenda guru ke pejabat TPR](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703940930_LogoPDRM.jpg)
Polis rujuk kertas siasatan video tular anak didenda guru ke pejabat TPR
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001 merujuk kepada penganiayaan, pengabaian, pembuangan atau penderaan kanak-kanak.
![Lapan pasangan kembar belajar sekolah sama Lapan pasangan kembar belajar sekolah sama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51716164631_TBKEMBAR.jpg)
Lapan pasangan kembar belajar sekolah sama
Persamaan dimiliki kembar tersebut sering kali mengelirukan guru-guru dan kadangkala mereka tersilap menghukum salah seorang pasangan kembar.
![Konflik, bencana alam paksa lebih 4.1 juta kanak-kanak tidak bersekolah di Ethiopia Utara - PBB Konflik, bencana alam paksa lebih 4.1 juta kanak-kanak tidak bersekolah di Ethiopia Utara - PBB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71714448003_ethiopia.jpg)
Konflik, bencana alam paksa lebih 4.1 juta kanak-kanak tidak bersekolah di Ethiopia Utara - PBB
Konflik dan bencana alam telah memaksa lebih 4.1 juta kanak-kanak tidak bersekolah di Wilayah Amhara Ethiopia.
![Kes buli: Sekolah harus selamat untuk pelajar, kata Mahkamah Persekutuan Kes buli: Sekolah harus selamat untuk pelajar, kata Mahkamah Persekutuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71708400247_MahkamahKualaLumpu.jpg)
Kes buli: Sekolah harus selamat untuk pelajar, kata Mahkamah Persekutuan
Guru dan petugas lain yang serupa mempunyai kewajipan untuk mengawasi para pelajar ketika mereka berada di kawasan sekolah, demikian putus Mahkamah Persekutuan.