KUALA LUMPUR: Polis menahan empat ah long kerana disyaki melakukan ugutan jenayah terhadap peminjam yang gagal membayar hutang pada Isnin.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Mohd Mahidisham Ishak berkata, kesemua lelaki berusia 18 hingga 25 tahun itu ditahan di sebuah premis di Bandar Bukit Jalil di sini, pada jam 4 petang.
"Pada 18 Mac lalu, kita menerima laporan daripada mangsa yang juga kakitangan kerajaan membuat pinjaman peribadi RM2,000 secara dalam talian.
"Namun pengadu tidak mampu untuk membuat bayaran balik disebabkan kadar bunga pinjaman yang tinggi," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Mohd Mahidisham berkata, keluarga pengadu diugut akan dicederakan melalui beberapa panggilan sekiranya mangsa gagal membayar hutang tersebut.
"Kita berjaya menahan empat suspek serta merampas 13 telefon bimbit dan sembilan keping kad bank yang digunakan dalam menjalankan kegiatan terbabit," katanya.
Beliau berkata, sindiket itu menjalankan aktiviti berkenaan antara tiga hingga empat bulan.
"Kesemua suspek direman empat hari sehingga Khamis ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan," katanya.
Dalam kes berasingan, Mohd Mahidisham memaklumkan, seramai 11 lelaki diberkas kerana disyaki terlibat dengan sindiket penipuan bidaan terhadap pembelian hartanah dan barang berharga yang tidak wujud.
Mohd Mahidisham berkata, kesemua individu berusia 22 hingga 36 tahun itu ditahan di sebuah premis di sini, pada jam 7 malam Isnin.
"Siasatan awal mendapati, sindiket ini telah menjalankan operasi berkenaan sejak Mac lalu.
"Mereka menawarkan mangsa dari luar negara untuk membuat bidaan terhadap pembelian hartanah dan barang berharga yang disyaki tidak wujud," katanya.
Mohd Mahidisham berkata, pihaknya turut merampas lima unit komputer riba, 27 telefon bimbit dan serangkai kunci rumah.
"Kesemua suspek direman sehingga Rabu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu," katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Mar 29 2022
Empat lelaki disyaki ah long ditahan kerana melakukan ugutan terhadap peminjam. -Foto Sinar Harian
Wanita 19 tahun korban keenam keracunan arak metanol
Pelancong wanita warga Australia yang dirawat akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Pertabalan Raja Charles telan kos hampir RM424 juta
Pertabalan Raja Charles menelan belanja sebanyak 72 juta pound (hampir RM424 juta).
Aktivis tuang baja di Pejabat Kementerian Dalam Negeri Itali
Di Rom...pejuang iklim diketuai extinction rebellion pada Jumaat ada cara tersendiri untuk memperjuangkan kesihatan planet bumi khusus dengan perubahan iklim global yang semakin merosot.
Kualiti udara di New Delhi menjunam ke paras berbahaya
Kualiti udara di New Delhi India terus menjunam ke tahap berbahaya setakat Jumaat mengakibatkan rutin harian penduduknya terjejas selain risiko kesihatan yang terus meningkat. Berdasarkan angka indeks kualiti udara (AQI) oleh agensi pemantau kesihatan udara berpangkalan di Switzerland IQAir, kualiti udara di bandar itu terus merosot pada angka 545.
AS8.5 bilion komitmen diperoleh daripada syarikat UK
Indonesia meraih komitmen pelaburan sebanyak 8.5 bilion dolar Amerika daripada 19 syarikat terkemuka United Kingdom (UK) semasa lawatan Presiden Prabowo Subianto ke negara itu.
Polis UK laksana 'letupan terkawal' pada bungkusan misteri
Polis United Kingdom (UK) pada Jumaat bergegas ke Kedutaan Amerika Syarikat untuk melaksanakan prosedur letupan terkawal susulan penemuan bungkusan mencurigakan di perkarangan pejabat itu. Polis Metropolitan London menerusi laman media sosial X pada Jumaat mengesahkan bunyi letupan kuat yang didengari di kawasan itu adalah merupakan hasil dari proses letupan terkawal yang dilaksanakan anggota-anggotanya.
Bangunan di Lubnan runtuh akibat ledakan tepat misil Israel
Tentera rejim Zionis Israel pada Jumaat meletopkan sebuah bangunan yang terletak di Chiyah, di selatan Beirut dalam siri keganasan terbaharunya di Lubnan. Dalam visual menggerikan yang dikongsikan oleh Reuters menyaksikan orang ramai menjerit ketakutan serta terkejut dengan ledakan misil yang berlaku amat pantas.
Makaf sasar sembilan pingat emas Sukan SEA 2027
Skuad karate negara sedang mengatur strategi sebagai persediaan Malaysia menjadi tuan rumah temasya Sukan SEA 2027 dengan sasaran sembilan pingat emas.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
KTMB sediakan 2 ETS tambahan KL Sentral-Padang Besar
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan dua perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bagi laluan pergi balik KL Sentral-Padang Besar, sempena sambutan Hari Natal dan cuti sekolah penggal ketiga tahun ini.
Subsidi: Wajar diteruskan, ambil langkah banteras penyelewengan
Dr Barjoyai berkata, subsidi harus diteruskan namun perlu memberi penekanan terhadap usaha membanteras penyelewengan.
Dua suspek ditahan tipu perunding kewangan lebih RM600,000 - Polis
Kedua-dua suspek yang merupakan dalang utama kes berkenaan ditahan di Jalan Bukit Bintang pada tengah hari Khamis.
4 'ah long' ditahan ugut peminjam
Kesemua lelaki berusia 18 hingga 25 tahun itu ditahan di sebuah premis di Bandar Bukit Jalil pada jam 4 petang.
Promoter rugi RM29,700 tertipu pinjaman tidak wujud
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Asisten Komisioner Mohd Mahidisham Ishak berkata, wanita berusia 28 tahun itu membuat laporan di Balai Polis Setapak pada Rabu.
Awas! Wanita bekerjaya dan sunyi sasaran sindiket Parcel Scam
Sebanyak 115 kertas siasatan dibuka melibatkan sindiket penipuan 'Parcel Scam' sejak Januari hingga Ogos tahun ini di sekitar ibu negara.
Sindiket penipuan tawaran kerja melalui e-dagang tumpas, 20 ditahan
Polis menumpas satu sindiket penipuan tawaran kerja melalui platform e-dagang dengan penahanan 20 individu dalam serbuan di tiga premis di sekitar ibu kota Isnin lepas.