KUALA LUMPUR: Sebanyak 4,471 kes kehilangan kanak-kanak berumur 18 tahun ke bawah dilaporkan dari 2017 hingga 1 September tahun ini, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri I Datuk Seri Ismail Mohamed Said.
Beliau berkata berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM), daripada jumlah itu, 4,399 orang kanak-kanak telah dijumpai semula manakala 72 orang lagi masih hilang.
Bagi kes orang hilang berumur 18 tahun dan ke atas pula, beliau berkata sebanyak 6,074 kes dilaporkan dalam tempoh sama dengan 4,871 orang telah dijumpai semula manakala 1,203 orang masih hilang.
"Antara langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk menangani masalah ini adalah dengan mewujudkan Portal Kanak-kanak Hilang. Maklumat berkenaan dipaparkan di portal https://knk2hilang.rmp.gov.my yang boleh diakses oleh orang awam.
"Portal ini memberi peluang kepada masyarakat untuk bekerjasama mengesan kanak-kanak yang hilang dengan lebih cepat dan berkesan dengan menyalurkan maklumat yang terkini melalui Internet," katanya semasa sesi soal jawab pada persidangan Dewan Negara di sini hari ini.
Ismail menjawab soalan Senator Datuk Koh Nai Kwong yang ingin tahu mengenai statistik bilangan kes kehilangan orang dan kanak-kanak yang dilaporkan di Malaysia dalam tempoh lima tahun sebelum ini termasuk bilangan orang telah ditemui dan masih belum ditemui serta langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk menangani masalah itu.
Selain itu, beliau berkata PDRM juga menjalin kerjasama dengan 40 agensi lain melalui NUR Alert iaitu sistem amaran awal bagi kes kehilangan kanak-kanak untuk membantu agensi penguatkuasa undang-undang dalam menjalankan siasatan dan membawa kepada tangkapan yang pantas.
"PDRM turut mengadakan kerjasama dengan pelbagai pihak dalam penganjuran program-program kesedaran untuk mengelakkan kes ini daripada berulang. Kempen Kesedaran Kanak-kanak atau Child Awareness Campaign (CAC) bertujuan memberikan kesedaran kepada masyarakat bahawa kanak-kanak mudah terdedah menjadi mangsa dan adalah penting untuk memastikan keselamatan mereka terjamin," katanya.
Menjawab soalan tambahan Senator Muhammad Zahid Md Arip, Ismail berkata berdasarkan siasatan PDRM, antara sebab orang hilang adalah mengalami masalah keluarga atau kurang mendapat perhatian keluarga; keluar rumah kerana mengikut rakan sebaya atau kekasih untuk mencari kebebasan; kemurungan; nyanyuk, masalah mental atau tidak siuman dan masalah jenayah.
Selain itu, katanya orang hilang juga merangkumi orang yang mencari pekerjaan, hilang daripada keluarga mungkin ada perselisihan faham dengan keluarga; lari dari pengutip hutang dan penderaan fizikal atau mental.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 11 2021

PDRM menjalin kerjasama dengan 40 agensi lain melalui NUR Alert iaitu sistem amaran awal bagi kes kehilangan kanak-kanak untuk membantu agensi penguatkuasa undang-undang dalam menjalankan siasatan. - Gambar hiasan

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Cuepacs mohon kerajaan pertimbang beri bantuan khas kewangan Aidilfitri
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri kepada penjawat awam.

PM Anwar arah KKDW segerakan, pantau rapi projek infrastruktur asas rakyat
Perdana Menteri mengarahkan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah supaya menyegerakan projek-projek infrastruktur asas yang melibatkan kepentingan rakyat.

Chong Wei sedia kongsi komitmen sebagai duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei bersedia memikul tanggungjawab sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor seperti diumum Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tiada bukti kaitkan bekas pakar patologi dengan pembunuhan Kevin Morais - Peguam
Mahkamah Persekutuan diberitahu tiada bukti yang mengaitkan Kolonel Dr R. Kunaseegaran dengan kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais.

Pemastautin sementara dalang palsu MyKad - Saifuddin
Seorang pemastautin sementara dipenjara kerana didapati menjadi dalang aktiviti pemalsuan kad pengenalan (MyKad) di ibu negara.
Vietnam seru negara anggota perkukuh ekonomi
ASEAN perlu memastikan kebergantungan strategik dan keupayaan menyesuaikan diri dalam menghadapi cabaran yang semakin berkembang pesat di tengah persaingan strategik.
Vietnam cadang lanjut cuti bersalin ke 7 bulan
Vietnam bercadang membenarkan pekerja wanita melanjutkan cuti bersalin daripada enam bulan kepada tujuh bulan apabila melahirkan anak kedua.
VinFast rancang bina 100,000 stesen pengecas EV di Indonesia
VinFast merancang membina 100,000 stesen pengecas kenderaan elektrik atau EV di seluruh Indonesia yang boleh digunakan orang awam.
Singapura-Vietnam bentuk perkongsian strategik komprehensif
Perkongsian strategik komprehensif ini akan memacu perkembangan didorong oleh inovasi serta pertumbuhan hijau di Singapura dan Vietnam.

Polis siasat ibu ayah Hud Aryan
Polis Kelantan melakukan siasatan lanjut terhadap ibu ayah Hud Aryan Mohd Nor Hafifi berusia 19 bulan yang ditemukan meninggal dunia tersangkut pada pokok di tepi sungai.

Jenazah Hud Aryan selamat dikebumikan di Tanah Merah
Suasana pilu menyelubungi pekarangan tanah perkuburan apabila hampir 100 orang termasuk ahli keluarga dan penduduk kampung mengiringi perjalanan terakhir anak tunggal itu.

Mayat Hud ditemui, dihanyutkan 3km dari rumah
Kanak-kanak berusia 19 bulan, Hud Aryan Mohd Nor Hafifi, yang hilang dari rumahnya di Kampung Aira Kuala Tiga, sejak Isnin lalu, ditemui meninggal dunia tersangkut pada pokok di muara sungai.

Perkukuh keselamatan digital, hukuman lebih berat tangani isu kanak-kanak hilang, penderaan seksual
Lee berkata isu ini memerlukan tindakan segera memandangkan statistik mendedahkan ramai kanak-kanak hilang berisiko menjadi mangsa eksploitasi.

Polis mohon bantuan kesan Dhiya Azzahra
Polis sedang mengesan seorang kanak-kanak perempuan yang dilaporkan hilang sejak keluar dari sebuah rumah di Seksyen U3, di sini pada Sabtu.

Anak Mat Redho dilapor hilang ditemui selamat
Polis mengesahkan anak atlet sukan ekstrem Mohd Redha Rozlan atau Mat Redho yang dilaporkan hilang di perhentian bas di sebuah sekolah di Taman Tun Dr Ismail di sini, ditemukan selamat, petang ini.

4 pelajar tahfiz di Datuk Keramat hilang sejak Selasa
Empat pelajar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Datuk Keramat di sini hilang selepas keluar dari pusat itu, Selasa lalu.

Kanak-kanak hilang Jumaat lepas ditemukan selamat
Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun yang dilaporkan hilang pada Jumaat lepas ditemukan selamat semalam.

Polis mohon bantuan kesan Mohammed Ahil
Polis memohon bantuan orang ramai mengesan seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun yang dilaporkan hilang malam tadi.

Raisya Rasyiqah ditemukan selamat
Seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang sebelum ini ditemukan selamat di pekan Beranang pada Khamis.