Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sarawak berjaya merampas satu kontena mengandungi 4.3 juta batang rokok yang cuba diseludup masuk ke negara ini melalui Pelabuhan Senari di sini pada 4 Disember lalu.
Ketua Pengarah JKDM, Datuk Seri Subromaniam Tholasy berkata, keseluruhan rampasan adalah bernilai RM390,000 dengan anggaran cukai berjumlah RM3.2 juta.
“Semua rokok itu disita di bawah peruntukan Seksyen 114, Akta Kastam 1967 kerana disyaki diimport tanpa lesen. Kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1) (a) Akta Kastam 1967 iaitu mengimport barang larangan,” katanya.
Berdasarkan pemeriksaan di dalam Sistem Maklumat Kastam (SMK), barangan tersebut dideklarasi sebagai pembersih cat kuku dan pembersih air, namun hasil siasatan lanjut, kontena terbabit didapati mengandungi 430 kotak rokok putih jenama Rave.
Subromaniam berkata demikian pada satu sidang media di Wisma Kastam di sini pada Isnin.
Menurutnya, jika sabit kesalahan, denda akan dikenakan tidak kurang daripada 10 kali ganda amaun duti kastam dan tidak lebih dari 20 kali ganda, atau hukuman penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali.
Dalam perkembangan berasingan, Bernama melaporkan, JKDM dijangka menggantung lesen 12 ejen penghantaran tidak lama lagi, yang disyaki terlibat membuat ikrar palsu berkaitan pelanggan mereka bertujuan membantu penipuan, penyeludupan barang atau melarikan cukai.
Subromaniam berkata, adalah mustahil bagi ejen-ejen ini untuk tidak tahu barang apa yang dibawa mereka, kerana salah satu daripada syarat lesen diberikan kepada mereka adalah, mereka perlu tahu pelanggan mereka.
Katanya, 12 ejen ini sedang disiasat kerana berdasarkan sistem demerit yang diperkenalkan jabatan sekitar April lepas, ejen-ejen ini disyaki melakukan banyak kesalahan, seperti meletakkan nama syarikat pelanggan yang tidak betul atau alamat pelanggan yang palsu.
“Banyak kali siasatan kita tergendala disebabkan isu nama dan alamat pelanggan ini, sebab itu cara terbaik ialah kita gantung atau batalkan lesen ejen-ejen ini, yang juga boleh menjadi amaran kepada ejen-ejen penghantaran yang lain,” katanya.
Menurutnya kebanyakan ejen-ejen ini beroperasi di pelabuhan di Johor, Pelabuhan Klang, Bukit Kayu Hitam, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.
Shaibullah Sabeli
Mon Dec 11 2017
Semua rokok disita di bawah peruntukan Seksyen 114, Akta Kastam 1967 kerana disyaki diimport tanpa lesen. - Gambar hiasan
Trump akan perkukuh hubungan dengan sekutu di Timur Tengah, tekan Hamas - Pakar
Ketua Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya, Prof. Madya Dr. Abu Hanifah Haris berkata Presiden Terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump dijangka akan memulakan pentadbirannya dengan memperkukuh hubungan dengan sekutunya di Timur Tengah. Jelasnya, disamping itu Trump juga akan terus memberikan tekanan kepada Hamas sebagai sebahagian dasar luar Timur Tengahnya. #DialogTigaPenjuru
Trump bukan punca keamanan untuk umat Islam – IKMAS UKM
Ketua Pusat Pengajian Asia Barat IKMAS UKM, Dr. Abdul Rahim Ahmad berkata kemenangan Donald Trump dalam Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat 2024 tidak boleh dilihat sebagai suatu berita baik yang akan membuahkan keamanan di negara-negara Islam. Jelasnya, kejayaan Trump ini perlu menjadi pemangkin negara-negara Islam untuk memperkuat kekuatan sendiri. #DialogTigaPenjuru
Kemenangan Trump perkuat kedudukan Netanyahu, rumitkan konflik dunia – IRIS Institute
Ketua Pegawai Operasi IRIS Institute, Asyraf Farique berkata kemenangan Donald Trump dalam Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat hanya akan memperkukuhkan kedudukan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dalam misi genosidnya di Palestin. Jelasnya, Trump sebagai presiden bagi penggal kedua ini juga akan merumitkan konflik dunia termasuk di Laut China Selatan. #DialogTigaPenjuru
Kenderaan pengangkut kereta perisai terbalik di Lebuhraya KL-Karak
Ketika kejadian pada 4.48 petang, kenderaan berkenaan dalam perjalanan ke Gemas, Negeri Sembilan untuk tujuan latihan.
PM Anwar akhiri lawatan kerja di China
Hasimi Muhamad membawakan rangkuman lawatan tiga hari Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke China.
Kemajuan fizikal Lebuh Raya Pan Borneo Sabah Fasa 1A capai 78 peratus - Nanta
Status kemajuan fizikal semasa bagi Lebuh Raya Pan Borneo (LPB) Sabah Fasa 1A mencapai 78 peratus dan dijadual siap pada suku pertama 2026.
Op Favish: Ada transaksi meragukan, SPRM mahu lihat jika ada unsur penipuan - Azam Baki
Pihak SPRM telah mengesan beberapa transaksi mencurigakan sewaktu menyemak dokumen-dokumen yang diperolehi, susulan siasatan terhadap syarikat FashionValet dan 30 Maple Sdn.Bhd.
14 warga asing ditahan disyaki terlibat sindiket penipuan pelaburan dalam talian
Polis menyerbu sebuah rumah dipercayai dijadikan pusat panggilan skim penipuan pelaburan dalam talian di Hulu Kelang, Ampang, pada 29 Okt lepas.
PM Anwar harap pentadbiran Trump bawa impak positif kepada geopolitik dunia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap sesuatu yang baik daripada kemenangan Presiden Terpilih Donald Trump, bukan saja dalam hubungan dua hala dan perdagangan tetapi geopolitik dunia.
Malaysia catat eksport produk halal berjumlah RM45.04 bilion setakat Januari-September 2024
Keupayaan Malaysia untuk menguasai pasaran halal masih terbatas kerana pengeluaran sijil halal oleh Jakim di Malaysia masih rendah.
MAQIS rampas 225 tan kelapa kering dari Papua New Guinea
Kesemua kelapa kering yang dianggarkan bernilai RM 778,500 dibawa menggunakan 16 buah kontena.
4.3 juta batang rokok dengan anggaran cukai RM3.2 juta dirampas
Ketua Pengarah JKDM, Datuk Seri Subromaniam Tholasy berkata, keseluruhan rampasan adalah bernilai RM390,000 dengan anggaran cukai berjumlah RM3.2 juta.