Seramai 36 murid Sekolah Kebangsaan Guru Kalgidhar, Buntong di sini mengalami keracunan makanan dipercayai berpunca daripada makanan yang dijual di kantin sekolah itu hari ini.
Mereka yang makan semasa waktu rehat pada pukul 10 pagi mengadu sakit kepala, sakit perut, muntah dan cirit-birit dikejarkan ke Klinik Kesihatan Buntong.
Pengawai Pelajaran Daerah Kinta Utara Marazlen Amran berkata semua pelajar kini berada dalam keadaan stabil selepas menerima rawatan pesakit luar.
"Semua murid dihantar ke klinik sekitar pukul 10 pagi hingga 12 tengah hari. Hanya lima daripada mereka memerlukan rawatan lanjut," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Beliau berkata perkara itu telah dimaklumkan kepada Jabatan Kesihatan negeri dan kantin tersebut disita untuk siasatan lanjut.
Katanya kantin itu beroperasi sejak 30 tahun lepas dan pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan pemilik tapak sekolah itu yang juga dipercayai pengusaha kantin.
Beliau berkata Pegawai Khas Menteri Besar Perak C. Sivaraj akan mengagihkan makanan percuma kepada murid sekolah itu esok.
Timbalan Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Perak Idris Ramli berkata jabatan itu menunggu laporan lengkap daripada pihak sekolah sebelum menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian sebelum mengambil tindakan selanjutnya.
Sekolah bantuan penuh kerajaan itu mempunyai 96 pelajar tahun satu hingga enam.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pelancongan dan Kebudayaan Nolee Ashilin Radzi berkata kejadian itu berlaku dipercayai daripada sejenis makanan India iaitu idli yang diperbuat daripada tepung beras yang dikukus.
"Makanan itu adalah dari kantin sekolah dan bakteria yang disyaki adalah bacillus cereus," katanya.
Bernama
Tue Jul 23 2013

Kuwait kutuk tindakan Israel putuskan bekalan elektrik di Gaza
Kuwait menyifatkan tindakan ini sebagai pelanggaran hak asasi dan undang-undang antarabangsa.

Cadillac sah jadi pasukan ke-11 Formula 1 2026
Keluarga besar Formula 1 akan menerima kehadiran ahli baharu apabila pasukan Cadillac sah akan menyertai siri perlumbaan bermula 2026.
AWANI Ringkas: PM seru rakyat jadi ejen perpaduan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Taylor’s University lancar program PPE pertama di Malaysia, persiap graduan jadi pemimpin masa hadapan
Program ini dirangka untuk memenuhi keperluan pasaran dengan kemahiran kritikal dan melibatkan kerjasama erat dengan industri.

KDN tiada hasrat ikut langkah AS berhubung dasar hantar pulang pendatang tanpa izin
Kementerian Dalam Negeri tidak bercadang mengikut langkah Amerika Syarikat berhubung dasar menghantar pulang pendatang tanpa izin.

Insiden baling botol: AFC bakal hukum JDT?
AFC sedang menunggu laporan penuh berhubung tindakan segelintir penyokong JDT membaling botol ke dalam kawasan padang semasa perlawanan ACLE menentang Buriram United.

KPDN serbu stor haram seleweng LPG, minyak masak di Kapar
KPDN Selangor berjaya menumpaskan dua aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi melibatkan gas petroleum cecair (LPG) dan minyak masak peket.

Butiran mengenai pendidikan tinggi percuma di Sarawak diketahui Nov
Inisiatif ini bertujuan mengukuhkan tenaga kerja dalam bidang STEM, undang-undang, dan perakaunan.

ACLE: Sedih, tetapi JDT akan terus berkembang - Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio, meluahkan rasa sedihnya selepas pasukannya tewas kepada kelab Thailand, Buriram United.

Meta dilapor sedang uji cip latih AI pertama
Cip dalam siri Meta Training and Inference Accelerator (MTIA) dijangka digunakan untuk melatih model AI seawal 2026.

Polis serbu 'makmal' dadah, lebih 18kg dadah dirampas
Polis Perak menyerbu sebuah rumah di Buntong yang dijadikan tempat pemprosesan dadah dan merampas 18.4 kilogram dadah pelbagai jenis.

Polis kesan lima lelaki bantu siasatan kes gaduh
Polis sedang mengesan lima lelaki disyaki terlibat dalam kejadian pergaduhan di sebuah kedai permainan komputer di kawasan Buntong di Ipoh.

Dakwaan Jambatan Sungai Pari berbahaya dan boleh runtuh tidak benar - MBI
Struktur Jambatan Sungai Pari di Jalan Gurdwara, Buntong di sini dijamin dalam keadaan baik dan selamat digunakan oleh pengguna jalan raya.

Lelaki maut dipukul dengan tukul
Mior Faridalathrash berkata, mangsa berusia 37 tahun itu pada awalnya ditemui tidak sedarkan diri oleh abangnya dalam keadaan terbaring dan berselimut sebelum disahkan meninggal dunia.

Kedai kacang putih popular di Buntong musnah terbakar
Kebakaran turut melibatkan kemusnahan 30 peratus rumah dua tingkat bersebelahan, 40 peratus motosikal EX-5 dan lima peratus van Nissan.

Dua bekas Adun DAP, Paul Yong dan A Sivasubramaniam sertai Bersatu - Laporan
Adun Tronoh, Paul Yong dan Adun Buntong, A Sivasubramaniam yang menang atas tiket Pakatan Harapan (PH) dikatakan kini menjadi anggota Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Polis Ipoh minta bantuan orang ramai kesan remaja perempuan hilang
Remaja berkenaan dikenali sebagai Nurain Sarudin yang beralamat di Flat Buntong Harmoni.

NGO gesa lantik wakil MIC dalam pentadbiran PN di Perak
Pengerusinya, Dr. V. Jayabalan berkata, pelantikan wakil itu penting bagi memastikan keperluan dan kebajikan masyarakat kaum itu di negeri ini terbela dan tidak tercicir.

ADUN Buntong tinggalkan DAP, sertai Gerakan
Keputusan itu dibuat bagi meneruskan khidmatnya kepada rakyat di Buntong yang didakwa gagal dilaksanakan semasa dalam DAP.

Suami isteri diberkas, dadah RM110,000 dirampas
Heroin seberat kira-kira 6.2 kilogram dan Methamphetamine (549 gram) itu ditemui di dalam but kereta jenis BMW.