Seramai 347 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan menerusi Ops Bersepadu Khas yang bermula 22 Nov sehingga semalam di Cameron Highlands.
Operasi bersepadu yang dijalankan setiap hari di beberapa buah pekan di kawasan tanah tinggi ini melibatkan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Menurut Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, DSP Wan Zahari Wan Busu, mereka yang ditahan terdiri daripada 127 warga Indonesia, Bangladesh (77), Myanmar (66), Nepal (50), India (12), Kemboja (enam), Pakistan (lima), dan Sri Lanka (empat).
Katanya selain daripada menjalankan operasi bersepadu, pihaknya turut melaksanakan sekatan jalan raya di empat laluan masuk ke Cameron Highlands yang beroperasi 24 jam.
"Setakat ini dengan bantuan PGA (Polis Gerakan Am) dan ATM, kami melakukan rondaan dan pemeriksaan di kawasan hutan yang telah dikenal pasti tempat persembunyian PATI," katanya kepada Bernama, semalam.
Ditanya tentang jumlah tangkapan yang sedikit, DSP Wan Zahari berkata jumlah tangkapan tersebut adalah yang dilaksanakan menerusi Ops Bersepadu Khas sahaja, dan tidak termasuk jumlah tangkapan yang dilaksanakan oleh jabatan penguat kuasa yang lain.
Dalam operasi semalam yang bermula pukul 12 tengah malam di sekitar Brincang dan Kuala Terla, katanya sebanyak 12 PATI berjaya ditahan atas kesalahan tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah dan tinggal lebih masa.
Bernama
Sun Dec 14 2014
![347 PATI ditahan di Cameron Highlands 347 PATI ditahan di Cameron Highlands](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-12/61418532777_295x200.jpg)
Selain daripada menjalankan operasi bersepadu, pihak polis turut melaksanakan sekatan jalan raya di empat laluan masuk ke Cameron Highlands yang beroperasi 24 jam. - Gambar Fail
Polis rakam 26 saksi bantu siasatan
Polis sudah merakam percakapan 26 saksi bagi membantu siasatan kes pembunuhan Nur Farah Kartini Abdullah dan ia sudah mencukupi.
Empat lagi suspek disiasat berhubung komen jelik, provokatif
Seramai empat lagi suspek telah disiasat berhubung komen jelik dan provokatif menerusi siaran ulangan sesi Parlimen, yang dimuat naik di platform TikTok dan Facebook pada 9 Julai 2024.
MCMC berkata, ini menjadikan jumlah keseluruhan individu yang telah disiasat seramai enam orang. Tindakan ini adalah untuk membendung gejala buli siber yang berleluasa dalam kalangan masyarakat.
MCMC berkata, ini menjadikan jumlah keseluruhan individu yang telah disiasat seramai enam orang. Tindakan ini adalah untuk membendung gejala buli siber yang berleluasa dalam kalangan masyarakat.
Petrol, diesel kekal sehingga 24 Julai
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 serta diesel kekal masing-masing pada paras RM3.47, RM2.05 DAN RM3.35 seliter sehingga 24 Julai.
Agong berkenan berangkat ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-266
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) ke-266 di Istana Negara.
Kerajaan tetap teruskan 'river of life'
Kerajaan tetap meneruskan Projek Sungai Nadi Kehidupan atau 'River Of Life' yang kini hanya berbaki 19 peratus untuk disiapkan.
Kim Pan-gon perlu bayar pampasan RM3.16j kepada FAM
Kim Pan-Gon perlu bayar pampasan sebanyak RM3.16 juta kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) susulan tindakannya mengambil keputusan meletak jawatan meskipun berbaki satu tahun lagi dalam kontraknya.
Polis teruskan operasi di lokasi kedua
Polis meneruskan operasi pencarian bahan bukti kes pembunuhan Nur Farah Kartini Abdullah di sebuah lagi kawasan di Perak.
[TERKINI] SPRM tumpas sindiket `pasport terbang' di Sabah
SPRM menumpaskan sindiket 'pasport terbang' susulan penahanan tiga anggota penguatkuasa menerusi Op Fly di Kota Kinabalu.
Calon UMNO DUN Nenggiri diumum tempoh terdekat
Calon UMNO yang akan bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri adalah seorang anak tempatan dan mempunyai jawatan dalam parti.
AWANI Ringkas: Menambah baik sistem pakar perubatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![LTAT umum dividen 5 peratus tahun 2022, meningkat berbanding 2021 LTAT umum dividen 5 peratus tahun 2022, meningkat berbanding 2021](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/41658853105_TBLTAT.jpg)
LTAT umum dividen 5 peratus tahun 2022, meningkat berbanding 2021
Kadar dividen pada 2022 juga merupakan kenaikan bagi lima tahun berturut-turut sejak 2018.
![347 PATI ditahan di Cameron Highlands 347 PATI ditahan di Cameron Highlands](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-12/61418532777_295x200.jpg)
347 PATI ditahan di Cameron Highlands
Seramai 347 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan menerusi Ops Bersepadu Khas yang bermula 22 Nov sehingga semalam di Cameron Highlands.
![Wira negara, Kanang Anak Langkau meninggal dunia Wira negara, Kanang Anak Langkau meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-01/71357181312_295x200.jpg)
Wira negara, Kanang Anak Langkau meninggal dunia
Pahlawan Negara, Datuk Temenggong Kanang Anak Langkau, atau lebih dikenal dengan Kanang Anak Langkau menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Umum, Kuching, pagi tadi.